YAKULT TINGKAT KESEDARAN ANCAMAN KANSER USUS BESAR DAN PAYUDARA DI KALANGAN KOMUNITI LUAR BANDAR
Kelantan, Oktober 2022 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai sekali lagi menganjurkan Program Saringan Kanser Usus Besar dan Kanser Payudara pada 3 Oktober 2022 bertempat di Auditorium Rafflesia, Aras 4, Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan.
Menurut Malaysia National Cancer Registry (MNCR) 2012-2016, secara keseluruhan, kanser usus besar merupakan kanser kedua paling kerap berlaku di Malaysia (13.5%) selepas kanser payudara (19%). Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit kanser usus besar dan berkongsi pengetahuan dengan peserta berkaitan kepentingan pemeriksaan awal bagi mencegah penularan sel kanser serta membantu meningkatkan pengetahuan penduduk berkaitan pengamalan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang seimbang. Selain itu, seiring dengan bulan Oktober setiap tahun iaitu merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia, program kali ini turut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepentingan pemeriksaan sendiri payudara yang merupakan satu kaedah yang sangat mudah, penting dan berkesan untuk mengesan kanser payudara dari peringkat awal.
Antara aktiviti menarik yang berlansung sepanjang program dijalankan ini ialah sesi ceramah, pameran kesedaran kanser usus besar dan kanser payudara, pelaksanaan saringan kanser usus besar melalui pengagihan Immunological Faecal Ocult Blood Test (iFOBT) untuk mengesan kanser usus besar pada peringkat awal serta ujian saringan pemeriksaan sendiri payudara percuma dengan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan. Aktiviti tersebut dapat menyasarkan peningkatkan pengetahuan mengenai kanser usus besar dan kanser payudara di kalangan orang ramai. Sebanyak 200 kit iFOBT telah diagihkan sepanjang program ini berjalan.
Menurut Hiroki Yanase, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn. Bhd., program ini merupakan salah satu inisiatif dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yakult yang mana bertujuan untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai. “Kami berharap dapat meningkatkan tahap kesedaran penduduk Malaysia mengenai risiko kanser usus besar dan kanser payudara serta ingin menekankan tentang pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Ia juga selaras dengan falsafah syarikat yang menekankan penggunaan probiotik iaitu bakteria berfaedah untuk
mengurangkan risiko kepada masalah kanser dan usus yang telah dibuktikan melalui pelbagai penyelidikan saintifik. Antaranya adalah, kajian yang dibuktikan oleh pakar kanser usus Jepun, Dr Hideki Ishikawa a terhadap pengurangan risiko cancer usus besar dan kajian kawalan kes berasaskan populasi yang dijalankan oleh Dr Masakazu Toi dari Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto dan Dr Yasuo Ohashi b dari Jabatan Biostatistik, Universiti Tokyo, Jepun yang mencadangkan bahawa amalan pengambilan minuman mengandungi Shirota strain dan isoflavon secara tetap dari kecil dapat mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan Wanita.” Beliau turut menjelaskan bahawa antara faktor utama penyebab kanser ini adalah disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.
Program kali ini telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk dan juga dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai.
Aktiviti CSR ini selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu pencegahan penyakit yang mana Yakult percaya bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Yakult通过主办大肠癌与乳癌醒觉运动,提升郊区居民的意识
吉兰丹,2022年10月讯-Yakult马来西亚有限公司连同瓜拉吉赖县卫生局和苏丹伊斯迈柏特拉医院于2022年10月3日位于吉兰丹瓜拉吉赖苏丹伊斯迈柏特拉医院的四楼莱佛士礼堂再一次主办大肠癌与乳癌筛检活动。
根据马来西亚国家癌症注册局从2012年至2016年的数据显示,在马来西亚,大肠癌(13.5%)是紧接着乳癌(19%)第二普遍的癌症。这项活动的宗旨是为了帮助提高人民对于大肠癌的醒觉意识并将早期筛检的重要性知识传达给参加者们,以及通过均衡的饮食增加大众们对于健康生活习惯的知识。借着世界乳癌醒觉月,这项活动也旨在宣导乳房自检的重要性。这是一项简单,重要并且能有效检测早期乳癌的方式。
活动当天涵盖了一系列的讲座环节,大肠癌和乳癌的展览项目,使用免疫化学粪便潜血检查(iFOBT)的大肠癌筛检活动,还有通过不同政府机构合作的免费乳房自检活动。这些活动的进行目的是为了提升大众对于大肠癌和乳癌的知识。此外,一共有两百个免疫化学粪便潜血检查测试剂被分派出去。
Yakult马来西亚有限公司的董事经理,梁瀬弘樹先生说道,这项活动是Yakult公司的企业社会责任活动之一,希望通过这项活动可以将健康和快乐带给人们。“我们希望可以帮助提高马来西亚人民对于大肠癌和乳癌风险的警觉,并注重预防胜于治疗。当然,这项活动也符合公司的理念强调益生菌的用处,包括已通过科学研究证实的使用益生菌来降低患上癌症的风险以及改善肠道问题。”
他加以解说,“在这些研究当中,有一项是由一名日本大肠癌专科石川樹秀医生(Dr Hideki Ishikawa)对降低大肠癌风险所执行的研究以及一项由京都大学内科部的户井雅和教授(Dr Masakazu Toi )和来自日本东京大学生物统计学的Dr Yasuo Ohashi 所进行的研究。这些研究建议通过定期饮用含有Shirota菌种和异黄酮的饮料可降低女性患上乳癌的风险。”他也解释道不健康的生活和饮食习惯是导致罹患癌症的主要因素之一。
这项活动获得当地居民以及来自马来西亚卫生部,那就是瓜拉吉赖县卫生局和苏丹伊斯迈柏特拉医院的良好反应。
这项企业社会责任活动也符合Yakult公司的哲学理念那就是预防胜于治疗。