Yakult Fiesta 2023 Berakhir Dengan Meriah
SEREMBAN, Negeri Sembilan – 27 Ogos 2023 – Yakult Fiesta 2023 yang dianjurkan oleh syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, pada 26 Ogos yang lepas di Kilang Yakult di Seremban, Negeri Sembilan telah berakhir dengan jayanya.
Acara tersebut telah berjaya menarik seramai 1500 orang pengunjung, termasuk pelanggan setia Yakult dan rakan – rakan strategik. Bahang kemeriahan acara tersebut terasa sebaik sahaja acara bermula dan hasrat Yakult untuk menyatakan penghargaan dan mengiktiraf sokongan berterusan daripada pelanggan dan rakan strategik yang merangkul usaha Yakult dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti tercapai.
Acara ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Encik Hiroki Yanase, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, bersama-sama Encik Yuji Yoshida, Pengarah Kilang Yakult Malaysia, dan En Fazeerul Akmar bin Ahmad, Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Seremban untuk
upacara perasmian.
Ketika acara berlangsung, para pengunjung dapat menyaksikan sendiri penghasilan minuman ikonik probiotik Yakult. Selain itu, para pengunjung juga dapat berhibur dengan pelbagai permainan karnival, pertandingan mewarna dan juga persembahan menarik oleh sekolah-sekolah dari Negeri Sembilan, lantas mencipta suasana meriah penuh kegembiraan dan gelak tawa.
Satu sorotan yang berjaya mencuri perhatian adalah pertunjukan fesyen keluarga yang mempesonakan, di mana para peserta mempamerkan gaya unik mereka. Pemenang utama, Soong dan keluarganya mengagumkan para pengunjung dengan sentuhan kreativiti dan gaya tersendiri mereka.
Yakult juga telah menganjurkan pertandingan kitar semula di kalangan sekolah-sekolah di Negeri Sembilan berkonsepkan penggunaan inovatif botol-botol Yakult pada bulan Julai yang lepas sebagai gimik pra-acara Yakult Fiesta 2023. Kemuncak acara menyaksikan pengumuman SJKC Ladang Sua Betong sebagai juara pertandingan tesebut, menunjukkan kreativiti dan inovasi yang luar biasa.
Encik Hiroki Yanase menyampaikan rasa terima kasih tidak terhingga kepada para pengunjung dan berkata, “Kejayaan penganjuran Yakult Fiesta 2023 kali ini adalah kerana sokongan berterusan para pelanggan dan juga rakan strategik kami. Semoga acara ini dapat mendekatkan lagi hubungan kami dengan komuniti sebagai keluarga besar Yakult. Kami juga berharap agar acara ini dapat memberi kegembiraan dan mengeratkan ikatan silaturahim dengan para pengunjung.”
Yakult Fiesta 2023 telah memanifestasikan kesungguhan mereka dalam menerapkan kesihatan dan penglibatan komuniti selaras dengan falsafah korporatnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Yakult dan acara-acara akan datang, sila layari www.yakult.com.my.
2023 Yakult 工厂开放日嘉年华璀璨落幕
(芙蓉27日讯 ) Yakult马来西亚有限公司“2023 Yakult工厂开放日嘉年华”于8月26日 在芙蓉森美兰州工厂圆满落幕。
此次活动吸引了1500人出席,包括Yakult的忠实顾客和合作伙伴们。该活动在热烈与激情的氛围中展开,Yakult也藉此活动感谢顾客与合作伙伴们长期以来的支持,尤其是帮助Yakult推广社区健康与幸福所作出的贡献。
Yakult马来西亚董事经理梁濑弘樹先生,协同Yakult马来西亚工厂经理吉田雄二先生,以及森美兰州芙蓉县教育局法芝鲁先生为此活动掀开序幕,让活动增色不少。
参与者在当天参观工厂,并亲眼见证Yakult益生菌饮品的全制作过程与工艺。参与者也在当天体验嘉年华游戏,填色比赛以及有幸观赏由森美兰州学校的学生所带来的精彩表演,使得当天活动气氛雀跃,并充斥着欢笑声和激情。
活动当天的亮点是参赛者们展示独特风格与时尚感的亲子服装秀,而获奖的是赢家是Soong Family。他们的服装充分展现了家庭的多元性,并利用创意的方式将走秀表演发挥得淋漓尽致,让观众叹为观止。
逢此次嘉年华Yakult在活动前夕也举办了一项环保比赛。这环保比赛开放给森美兰州各大学校,让学生们以创意的方式使用Yakult瓶子。活动的另一个亮点见证了波德申苏密东华文小学为该比赛的胜利者,他们的作品创意无限,也将循环再利用的想法发挥得淋漓尽致。
梁濑弘樹先生感谢所有人的参与,他表示:“2023年Yakult 工厂开放日嘉年华因顾客与伙伴们的参与而精彩。希望这项活动能让大家如Yakult 大家庭一样更贴近彼此。我们亦希望每个人把这愉快、有趣和团聚在一起的时刻铭记于心。”
2023 Yakult 工厂开放日嘉年华活动是Yakult 遵循其企业理念,致力贡献于社会的健康和参与。欲知有关于Yakult和其他活动的详情,请浏www.yakult.com.my。