Teman Hidup Kita

Ramai mungkin tidak menyedari kewujudan mikroorganisma secara semula jadi dalam usus manusia. Kehadiran mereka mampu mempengaruhi saluran penghadaman, sedangkan halimunan pada mata kasar. Seeloknya kita ambil peduli penghuni kecil usus kita ini.

Tidak semua bakteria berbahaya seperti disangka. Malah, kebanyakannya mesra usus! Usus kita didiami lebih 400 spesies bakteria yang pelbagai dan bilangannya boleh mencecah 100 trilion. Populasi bakteria ini biasa digelar ‘flora usus’.

Flora usus yang seimbang mempunyai nisbah bakteria baik yang lebih tinggi (~85%) berbanding bakteria jahat (~15%). Kekalkanlah keseimbangan flora usus melalui pengambilan bakteria baik atau probiotik dalam pemakanan kita setiap hari.

Hah, makan bakteria? Usah gentar. Probiotik adalah bakteria baik yang selamat untuk kita. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan probiotik sebagai mikroorganisma hidup yang dapat memberi manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Bukan sembarangan bakteria baik boleh dipukul rata sebagai probiotik untuk apa sahaja keadaan kesihatan. Bakteria yang terpilih wajib dikaji lebih lanjut untuk mengetahui keberkesanan dan tatacara pemberiannya dengan tepat.

Apakah sumber probiotik yang sesuai untuk saya?

Bakteria probiotik boleh ditemui dalam makanan yang telah melalui proses penapaian. Selain itu, bakteria probiotik turut dipasarkan secara komersial dalam bentuk suplemen dan minuman susu kultur untuk pilihan pengguna. Jom kenali semuanya!

Makanan bertapai
Dahulunya, proses penapaian dilakukan untuk meningkatkan jangka hayat dan mikronutrien dalam makanan. Sayur jeruk, yogurt, tapai dan sebagainya adalah antara contoh makanan bertapai yang terdapat di Malaysia. Apabila memilih makanan bertapai, pastikan ia mengandungi kultur hidup yang bermanfaat dan tidak terdedah pada suhu panas.

Suplemen
Pergi sahaja ke farmasi dan anda akan diperkenalkan kepada pelbagai jenama suplemen probiotik. Ada yang berbentuk kapsul, cecair atau serbuk yang perlu dilarutkan dalam air. Kandungan strain kultur bakteria adalah lebih spesifik dan setiap satunya memberikan manfaat yang tersendiri seperti melegakan masalah kulit atau intoleran laktosa.

Minuman susu kultur
Minuman susu kultur probiotik seperti Yakult terhasil daripada proses pengkulturan bakteria baik dalam larutan susu. Gula akan ditambah sebagai makanan untuk kultur bakteria tersebut supaya ia mampu kekal hidup sepanjang jangka hayat produk. Minuman susu kultur biasanya dijual pada harga yang berpatutan supaya lebih ramai individu berpeluang mendapat manfaat kesihatan daripada probiotik.

Sentiasa sematkan dalam fikiran, “Ambil probiotik untuk apa?”; supaya anda dapat memilih sumber probiotik yang sesuai dengan keperluan kesihatan dan gaya hidup masing-masing. Sebagai pengguna yang bijak, jadikan ia tabiat untuk membaca maklumat yang tertera pada bungkusan untuk memudahkan proses pemilihan produk probiotik di pasaran.

Periksa dahulu, semudah A, B, dan C!

Perhatikan label pada bungkusan produk, terdapat banyak klu yang berguna untuk membuat pilihan yang menepati keperluan anda.

A – Apakah strain yang digunakan?

Kenal pasti jenis strain yang digunakan kerana setiap strain memberikan manfaat yang berlainan. Sesetengah produk boleh mengandungi lebih daripada satu strain mikroorganisma.

Strain unik dalam minuman susu kultur Yakult adalah Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain – mesra digelar Shirota strain, merupakan antara strain probiotik yang giat dikaji dan terbukti secara saintifik mampu meningkatkan fungsi usus. Strain ini cukup terkenal dalam dunia penyelidikan kesihatan sebagai probiotik untuk apa-apa isu berkaitan usus terutama dalam rawatan sembelit, cirit-birit dan imuniti.

B – Berapakah kuantiti bakteria probiotik dalam setiap hidangan?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan probiotik sebagai mikroorganisma hidup yang dapat memberi manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Kuantiti bakteria ini perlu dipapar pada bungkusan produk.

Setiap botol minuman susu kultur Yakult mengandungi lebih 30 bilion probiotik Shirota strain yang hidup. Amalkan minum Yakult sebotol sehari untuk menikmati empat manfaat utama Shirota strain.

C – Cara pengendalian produk

Baca arahan yang tertera untuk memastikan produk probiotik yang diambil adalah berkesan. Ingat, bakteria baik tersebut perlu hidup sampai ke usus agar memenuhi syarat sebagai probiotik.

Anda pasti tahu, minuman susu kultur Yakult harus disimpan sejuk pada suhu 10◦C ke bawah untuk mengekalkan bilangan probiotik Shirota strain dalam jumlah yang efektif.

Banyaknya pilihan, manakah yang terbaik?

Jika anda ingin menjadikan pengambilan probiotik sebagai rutin setiap hari, minuman susu kultur adalah pilihan yang amat mudah untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Tambahkan Yakult sebagai sumber probiotik untuk apa sahaja hidangan sejuk yang anda gemari. Yakult lazat diminum segar dari peti sejuk serta boleh diolah menjadi resipi kreatif lain seperti smoothie buah-buahan sebagai sebahagian daripada pemakanan harian yang lengkap dan seimbang sambil menguatkan fungsi usus anda.

 Anda boleh melanggan servis penghantaran bekalan minuman susu kultur Yakult berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan melalui Wanita Yakult kami atau membeli di mana-mana pasaraya dan kedai serbaneka.

 Anda boleh melanggan servis penghantaran bekalan minuman susu kultur Yakult berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan melalui Wanita Yakult kami atau membeli di mana-mana pasaraya dan kedai serbaneka.

Biarpun suplemen probiotik menawarkan kelebihan seperti kepelbagaian jenis strain yang spesifik, jangka hayat yang lebih lama, rata-rata ia dijual dengan harga yang berkali ganda berbanding makanan bertapai atau minuman susu kultur.

Sekiranya anda mempunyai alahan susu, probiotik berbentuk suplemen mungkin sesuai untuk anda. Namun, segelintir individu tidak menggemari suplemen kerana merasakan seperti sedang mengambil ubat-ubatan.

Walau apa sahaja kriteria anda ketika memilih sumber probiotik, utamakan produk yang mengandungi strain probiotik yang mendapat pengiktirafan kualiti dan keselamatan serta telah melalui kajian saintifik secara menyeluruh.