Seremban, 16 November 2022 – Pada hari ini, Yakult telah mengumumkan bahawa pelawat yang datang melawat ke kilang Yakult di Seremban telah mencecah 500,000 sejak penubuhannya pada tahun 2004. Satu majlis telah diadakan di Kilang Yakult bagi menyambut pelawat ke 500,000 iaitu pelawat dari SM Tuanku Aisyah Rohani, Seremban yang telah diraikan oleh Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn. Bhd., Encik Hiroki Yanase. Bersempena dengan hari yang istimewa ini, pihak Yakult telah menyediakan cenderahati kepada setiap pelawat dari SM Tuanku Aisyah Rohani. Sekolah ini juga turut menerima plak cenderahati dan sijil sebagai tanda penghargaan.
Sejak awal penubuhan kilang Yakult, kilang ini telah menawarkan lawatan pendidikan secara percuma kepada orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan usus serta sejarah penubuhannya dan proses pembuatan minuman susu kultur probiotik. Lawatan secara fizikal telah dibuka kembali sejak Jun 2022 selepas ianya terhenti sementara selama lebih dari 2 tahun akibat pandemik Covid. Lawatan secara fizikal kini dibuka untuk tempahan di laman web rasmi Yakult, www.yakult.com.my. Lawatan ini dibuka setiap hari Isnin sehingga Jumaat serta Sabtu yang terpilih dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Menurut Encik Hiroki Yanase, “Di sebalik pelbagai cabaran yang kami hadapi terutamanya sejak pandemik Covid-19, ini merupakan pencapaian terbesar kami apabila berjaya mencapai 500,000 pelawat. Kami berbesar hati menjemput orang ramai untuk datang melawat kilang Yakult setelah redanya pandemik ini. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan Yakult atas sokongan yang konsisten dan berterusan sejak dulu lagi. Kami mempunyai banyak perancangan pada tahun hadapan untuk menambahbaik kemudahan kilang yang diharapkan akan membawa lebih banyak keseronokan dan pengalaman baharu kepada para pengunjung kami. Kami percaya bahawa ini akan membawa pencapaian yang lebih besar dan kepuasan hati pelanggan. Kami amat gembira apabila memperoleh 99% daripada penilaian pelawat bahawa mereka merasai pengalaman lawatan yang menarik dan menyeronokkan bersama kami. Kami akan terus berusaha keras bagi menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang di seluruh dunia.
Yakult 工厂创下50万参观客里程碑
(芙蓉16日讯)– 今天,Yakult马来西亚宣布自2004年建厂以来,已经有50万参观客参观了位于芙蓉的Yakult工厂。为了欢庆这项里程碑,Yakult在工厂为第50万参观客,Sekolah Menengah Tuanku Aisyah Rohani举办了庆祝活动,而Yakult马来西亚董事经理,梁濑弘树先生也参与其中。Yakult马来西亚特意为所有来自该学校的参观客准备了礼品。该学校还获得了一枚定制的镀金锡合纪念牌和奖状来纪念这有意义的日子。
Yakult工厂自建立以来一直都为公众提供免费工厂参观,让他们更了解肠道健康,Yakult益生菌饮品的历史和制造过程。迫于疫情,工厂不接待任何参观已有超过两年半,然而在今年6月份时Yakult工厂再次向公众开放实体参观。Yakult工厂参观如今已在官方网站www.yakult.com.my 开放预约。Yakult工厂每天都开放参观,参观时间为星期一至五和特定星期六,上午八点半至四点。
根据梁濑弘树先生说道:“尽管新冠肺炎疫情带来了各种严峻的挑战,但我们能够在今天达到50万参观客的里程碑,这确实超乎寻常。如今疫情已趋向缓和,我们再次欢迎大家来参观Yakult工厂。我们也非常感谢我们的忠实顾客多年来对我们一如既往的支持。为了能为前来参观Yakult工厂的公众带来更多有趣和新的体验,我们计划在明年改善工厂设施。我们相信这过程将让我们取得更高的成就和提升顾客满意度。我们也很高兴知道有99%的参观客反馈出他们有很棒和愉快的参观体验。这将推动我们会更努力的继续为人们带来健康和快乐。”