HARI TERBUKA MAYA KILANG YAKULT PADA SEPTEMBER 2021 

Hadiah utama wang tunai bernilai RM10,000 untuk dimenangi di “Karnival Family Power” Yakult x Era! 

Seremban, Ogos 2021– Kilang Yakult Malaysia di Seremban masih lagi belum dibuka untuk lawatan kepada orang awam disebabkan situasi pandemik sekarang. Walau bagaimanapun, berikutan sambutan yang memberangsangkan pada Hari Terbuka Kilang Yakult yang lepas, syarikat Yakult telah memutuskan untuk menganjurkan Hari Terbuka Kilang Yakult secara maya buat julung kalinya yang dikenali sebagai Karnival Family Power. Karnival yang akan berlangsung pada 24 September 2021 ini membolehkan penggemar Yakult berinteraksi dengan syarikat itu dari keselesaan kediaman mereka. 

Karnival Family Power adalah sebuah rancangan permainan maya yang akan disiarkan secara langsung pada 24 September 2021, jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam di laman Facebook ERA (@era.je) dan laman Facebook Yakult Malaysia (@yakultmalaysia). Antara sorotan utama rancangan ini adalah penampilan Nabila Huda dan personaliti Era, Haniff Hamzah. 

Rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menyertai rancangan permainan maya ini dengan 3 langkah berikut: 

1. Beli produk Yakult Malaysia minimum 20 botol dalam satu resit bercetak sepanjang tempoh kempen (14 Ogos hingga 12 September) dari mana-mana kedai runcit, pasaraya (GMS), Yakult Lady, atau mana-mana platform e-dagang rasmi Yakult Malaysia.  

2. Ambil gambar resit pembelian dan pastikan resit pembelian mengandungi maklumat lengkap iaitu produk dibeli, nombor resit, harga, nama kedai dan tarikh pembelian.

3. Muat naik gambar resit rasmi / e-resit yang jelas ke laman mikro yang boleh diakses melalui laman web Yakult Malaysia (https://www.yakult.com.my) berserta butiran lengkap termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: nama penuh mengikut MyKad, nombor MyKad, nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat emel dan nyatakan sebab anda ingin menyertai rancangan ini dengan kreatif.  

Para peserta amat digalakkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan bagi merebut peluang untuk terpilih menyertai rancangan permainan maya ini. Dua peserta bertuah akan dijemput bersama setiap seorang ahli keluarga untuk menyertai rancangan permainan maya di samping berinteraksi dengan selebriti Nabila Huda dan anaknya. Juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 manakala Naib Juara bakal memenangi wang tunai sebanyak RM5,000. Selain itu, seramai 50 penonton bertuah bakal memenangi hadiah tambah nilai e-wallet Touch N Go bernilai RM50 dengan hanya menonton dan menjawab soalan segmen kuiz semasa Facebook Live pada 24 September 2021. 

Di samping itu, terdapat juga segmen lawatan Kilang Yakult secara maya, di mana penonton berpeluang melihat sendiri proses pembuatan minuman probiotik Yakult semasa rancangan permainan maya ini berlangsung. Dengan pendekatan ini, Yakult berharap dapat terus mendidik dan mendorong pengguna untuk sentiasa mengamalkan pengambilan Yakult secara berterusan bagi menguatkan fungsi usus terutamanya pada waktu pandemik sekarang. 

Menurut Encik Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, “Sudah lebih setahun kita berhadapan dengan pandemik dan oleh sebab itu ibu bapa kini kerap bekerja dari rumah. Mereka mungkin menjadi lebih sibuk dan terlepas pandang akan beberapa aspek yang melibatkan ahli keluarga. Dengan adanya rancangan permainan maya bertemakan kekeluargaan, ibu bapa boleh meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti dan berhibur bersama dengan yang tersayang. Selain daripada rancangan permainan, terdapat juga segmen lawatan Kilang Yakult secara maya untuk mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga.” 

Untuk maklumat lanjut berkenaan rancangan permainan maya, sila layari laman web rasmi Yakult Malaysia di www.yakult.com.my. 

Inisiatif ini sejajar dengan falsafah korporat Yakult iaitu “Kami menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan semua orang di seluruh dunia”. 

Yakult工厂开放日即将在9 份线上举行

Yakult与Era 电台联办Karnival Family Power,大奖价值RM10,000的现金等你来赢取 

(芙蓉18日讯) 自疫情发生以来位于马来西亚芙蓉的Yakult工厂仍然持续关闭,不接待任何实体参观然而,为了延续历年来获得热烈反应的Yakult工厂开放日,Yakult将在今年9月份首次举办线上工厂开放日线上开放日名为Karnival Family Power,让Yakult与在家中的忠实顾客们继续进行互动。                                         

Karnival Family Power 是一档线上游戏竞赛的节目将在9月24日晚上8点30分通过ERA 电台(@era.je)面子书以及Yakult 马来西亚面子书(@yakultmalaysia)同步直播。受邀参与游戏挑战的知名马来艺人娜碧拉(Nabila Huda)和主持节目直播的Era 电台艺人哈聂夫(Haniff Hamzah)也成为了该节目的亮点。 

这项游戏竞赛公开予所有马来西亚公民参与参赛方法很简单,只需根据以下三个步骤就可以完成: 

  1. 2021年8月14日至2021年9月12日,在任何商店、超级市场、Yakult Lady或Yakult马来西亚官方电子商务平台,在单张收据里购买至少20瓶Yakult产品 
  2. 拍下清晰的收据照片并确保收据包含完整的资料如:产品的种类收据号码价格商店名称和购买日期。 
  3. 将官方收据或电子收据照片完整的个人资料包括但不限于您的姓名、身份证号码、电话号码、地址及电邮,上传到Yakult马来西亚网站(http://www.yakult.com.my并写下你想参加Karnival Family Power的创意原因。 

每位参赛者都可多次呈交参赛资料来增加进入Karnival Family Power的机会。两位被选中的幸运儿将各自携带一位家人在线上出席Karnival Family Power,和娜碧拉(Nabila Huda)及她的家人一起对战玩游戏。游戏竞赛的冠军将会赢走价值1万令吉的现金,而亚军也将会获得价值5000令吉的现金。此外,在9月24日晚上观看面子书直播的观众只需回答直播时所发问的问题,50名幸运儿就有机会各赢取价值50令吉的Touch N Go 电子钱包充值 

在观看节目直播的同时,观众也有机会体验线上参观Yakult工厂目睹这广受喜爱的Yakult益生菌饮品的生产过程。借此机会,Yakult希望可以在这疫情期间继续鼓励消费者们持续饮用Yakult来保持肠胃的健康。 

根据Yakult (马) 有限公司执行董事,滨田浩志先生表示:全民抗疫已经超过一年的时间,而这段时间父母经常在家中工作他们变得更加忙碌,可能忽略了身旁的家人通过这次以家庭为主题的线上游戏竞赛节目,父母可以和心爱的家人一起在家中玩乐共度这美好的时光。除了游戏环节以外节目中所播放的Yakult工厂片段也是和家人们一起互动,相聚的好时机。”

欲了解更多此竞赛节目的详情,请浏览Yakult网站www.yakult.com.my 。  

这项竞赛符合了Yakult公司的企业哲学,那就是“我们把健康和快乐带给全世界的人们” 

Gallery