Yakult continues to promote healthier eating and active lifestyles in the school community through the “Misi Sihat Yakult” (Yakult Healthy Mission) 2023 program
Kuala Lumpur, 14 December 2023 – In conjunction with World Health Day, Yakult Malaysia continued its nationwide school program, ‘Misi Sihat Yakult’ (‘Yakult Healthy Mission’), with the support of the Ministry of Education. The closing ceremony of this program was held today at Aloft Hotel, Kuala Lumpur in the presence of Mr. Hirudin bin Mohit, the Deputy Director of Students Affairs Management Sector, Daily School Management Department, Ministry of Education and Mr. Hiroki Yanase, the Managing Director of Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd.
The main objective of this program, which involves 96 primary school nationwide with 5,622 teachers and 79,229 students, is to raise awareness that lifestyle factors such as healthy eating and physical fitness play a role in staying healthy.
The students and teachers of the selected schools participating in the “Misi Sihat Yakult” program are required to participate in the program by conducting healthy eating and physical fitness activities in the schools either offline or online. The schools that have shown outstanding commitment, including individual students and teachers, were recognized at today’s closing ceremony.
At the culmination of the event, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama, Pahang, was announced as the grand winner of the 2023 Best School Award. They also won in the Best Jump Rope Activities category. The award for Second Best School 2023 went to Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Selangor, followed by Sekolah Kangkar Pulai, Johor, in third place. Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri, Kuala Lumpur, was awarded the prize for the best activities in the ” Healthy Eating” category. Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Terengganu, was awarded in the Best World Health Day Activities category and in the Best Online Tik-Tok Activities category.
According to Hiroki Yanase, “We are committed to encouraging and guiding the students towards practicing healthy eating and being physically active through this ‘Misi Sihat Yakult’ program. Our efforts do not stop here, but we will continue to teach students healthy lifestyle habits and encourage them to excel through our activities and initiatives for a better, healthier nation in the future. I would like to take this opportunity to express our sincere appreciation to the Ministry and all the schools for supporting our activities and probiotic drinks.”
For the record, Yakult probiotic drinks work to strengthen our gut, the place where 80% of the immune system resides. Each bottle contains 30 billion of the Shirota strain probiotics that can reach the gut alive. Shirota strain probiotic benefits for a strong gut are already acknowledged in the Malaysian Food Act & Regulations. Yakult probiotic drinks are certified Halal by JAKIM and are manufactured in the Yakult factory in Seremban, Negeri Sembilan. Every day 40 million people in 40 countries and territories worldwide drink Yakult to strengthen their gut function.
For further information, visit the website www.yakult.com.my.
Yakult meneruskan promosi amalan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif di sekolah melalui program “Misi Sihat Yakult” 2023
Kuala Lumpur, 14 Disember 2023 – Sempena Hari Kesihatan Sedunia, Yakult Malaysia meneruskan program ‘Misi Sihat Yakult’ di sekolah-sekolah seluruh negara dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis penutup program ini telah diadakan pada hari ini di Hotel Aloft, Kuala Lumpur dengan kehadiran Encik Hirudin bin Mohit, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Encik Hiroki Yanase, Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd.
Objektif utama program ini yang melibatkan 96 buah sekolah rendah di seluruh negara dengan 5,622 orang guru dan 79,229 orang pelajar, adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang bagaimana faktor gaya hidup seperti makan secara sihat dan kecergasan fizikal memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesihatan.
Pelajar-pelajar dan guru-guru daripada sekolah yang terpilih menyertai program “Misi Sihat Yakult” telah dikehendaki menyertai program ini dengan menganjurkan aktiviti pemakanan sihat dan kecergasan fizikal di sekolah sama ada di luar talian atau dalam talian. Sekolah-sekolah termasuk beberapa orang pelajar dan guru yang menunjukkan komitmen luar biasa telah diberi pengiktirafan semasa majlis penutup hari ini.
Dalam kemuncak majlis ini, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama, Pahang telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebagai Sekolah Terbaik Keseluruhan 2023. Sekolah ini turut memenangi kategori Aktiviti Kecergasan Lompat Tali Terbaik. Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Selangor mendapat tempat kedua Terbaik Keseluruhan 2023, diikuti oleh Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor di tempat ketiga. Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri, Kuala Lumpur pula memenangi kategori Aktiviti Pemakanan Sihat Terbaik manakala Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Terengganu diktiraf sebagai pemenang kategori Aktiviti Hari Kesihatan Sedunia Terbaik selain kategori Aktiviti Atas Talian Terbaik (Video TikTok).
Menurut Hiroki Yanase, “Kami komited untuk menggalakkan dan membimbing pelajar ke arah amalan pemakanan yang sihat dan aktif secara fizikal menerusi program “Misi Sihat Yakult”. Usaha kami tidak berhenti di sini, malah kami akan terus mendidik pelajar tentang gaya hidup sihat dan menggalakkan mereka mencapai kecemerlangan menerusi aktiviti kami sebagai inisiatif bagi negara yang lebih baik dan lebih sihat pada masa hadapan. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Pendidikan dan semua sekolah yang menyokong aktiviti kami dan juga minuman probiotik.”
Sebagai makluman, minuman probiotik Yakult berfungsi untuk menguatkan usus, iaitu tempat di mana 80% daripada sistem imuniti berada. Setiap botol Yakult mengandungi sekurang-kurangnya 30 bilion probiotik Shirota strain yang mampu hidup sampai ke usus. Faedah kesihatan probiotik strain Shirota kepada usus yang kuat telah diakui melalui Akta & Peraturan Makanan Malaysia. Minuman probiotik Yakult disahkan halal oleh JAKIM dan dihasilkan di kilang Yakult di Seremban, Negeri Sembilan. 40 juta orang daripada 40 buah negara di seluruh dunia minum Yakult setiap hari untuk meningkatkan fungsi usus mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang www.yakult.com.my.