Yakult Sponsors National Jump Rope Challenge 2024 In Conjunction with National Sports Day Celebration
Yakult Malaysia Sdn Bhd, the world’s leading producer of probiotic beverages, sponsored the Jump Rope Challenge organized by the Malaysian Jump Rope Association in conjunction with the National-level National Sports Day celebration held in Putrajaya yesterday.
The program, held at Dewan Melati, Putrajaya, aimed to raise awareness about the importance of sports and to encourage the community to stay active for physical health. It also sought to raise awareness about consuming Yakult as a probiotic drink that helps strengthen the intestines, where 80% of the immune system is located.
Commenting on the program, Lim Siew Ling, Senior Manager of Yakult Malaysia, said that the Jump Rope Workshop is in line with Yakult’s corporate philosophy based on the concept of prevention, where Yakult believes that prevention is better than cure and that maintaining good intestinal health ensures long-term well-being. Therefore, Yakult fully supports any programs and activities that can enhance gut function, such as jump rope, which can improve physical health by enhancing blood circulation, promoting intestinal function, and strengthening body coordination and balance.
“To liven up the atmosphere of National Sports Day, we provided product samples to participants and spectators while emphasizing the benefits of consuming Yakult. Additionally, we are proud to sponsor the challenge trophies for all top winners in each category and provide souvenir bags. Through our collaboration with the event organizers, we also help promote an active and healthy lifestyle. Our goal is to engage the public in fun fitness activities while highlighting the importance of gut health through regular Yakult consumption.”
“Next year, Yakult aims to continue supporting sports and wellness initiatives by organizing more community-based fitness activities. We will continue our Yakult Healthy Mission program in schools, focusing on Jump Rope activities. Moreover, Yakult plans to increase its participation in national events such as National Sports Day and expand involvement in sports programs to promote the importance of gut health and fitness for all age groups.”
For today’s program, a total of 500 participants joined the workshop and the jump rope challenge, which was divided into several different categories. For more information on Yakult’s activities, please visit Yakult’s website at www.yakult.com.my .
Yakult Taja Cabaran Lompat Tali Peringkat Kebangsaan 2024 Bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan
Yakult Malaysia Sdn Bhd, pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia telah menaja Cabaran Lompat Tali anjuran Persatuan Lompat Tali Malaysia bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Putrajaya semalam.
Program ini dijalankan di Dewan Melati, Putrajaya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan bersukan dan menggalakan komuniti untuk aktif bersukan demi kesihatan badan serta untuk meningkatkan kesedaran untuk mengambil Yakult sebagai minuman probiotik yang dapat membantu menguatkan usus iaitu tempat di mana 80% daripada sistem imuniti berada.
Mengulas berkaitan program yang dianjurkan ini, Lim Siew Ling, Pengurus Kanan Yakult Malaysia berkata program Bengkel Lompat Tali ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult yang berdasarkan konsep pencegahan dimana Yakult percaya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dan penjagaan kesihatan usus yang baik akan dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan. Oleh yang demikian, pihak Yakult sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat meningkatkan fungsi usus yang baik seperti bermain lompat tali ini dapat meningkatkan kesihatan fizikal dengan memperbaiki peredaran darah, melancarkan fungsi usus, serta menguatkan koordinasi badan dan keseimbangan.
“Bagi memeriahkan suasana Hari Sukan Negara ini, kami menyediakan sampel produk kepada peserta dan penonton, sambil menekankan manfaat pengambilan Yakult. Selain itu, kami dengan bangga menaja piala pusingan untuk semua pemenang teratas dalam setiap kategori, serta menyediakan beg cenderahati. Melalui kerjasama dengan penganjur acara, kami turut membantu mempromosikan gaya hidup yang aktif dan sihat. Matlamat kami adalah untuk melibatkan orang ramai dalam aktiviti kecergasan yang menyeronokkan sambil menekankan kepentingan penjagaan usus melalui pengambilan Yakult secara berterusan”.
“Pada tahun hadapan, Yakult berhasrat untuk terus menyokong inisiatif sukan dan kesejahteraan dengan menganjurkan lebih banyak aktiviti kecergasan berasaskan komuniti. Kami akan meneruskan program Misi Sihat Yakult di sekolah, dengan memberi tumpuan kepada aktiviti Lompat Tali. Selain itu, Yakult merancang untuk meningkatkan penyertaan dalam acara kebangsaan seperti Hari Sukan Negara dan memperluaskan penglibatan dalam program sukan bagi mempromosikan kepentingan kesihatan usus dan kecergasan untuk semua peringkat umur.“
Bagi program pada hari ini, seramai 500 orang peserta telah menyertai bengkel ini serta cabaran lompat tali yang dibahagiakan kepada beberapa kategori yang berbeza. Untuk maklumat lebih lanjut tentang aktiviti Yakult, sila layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my .