Yakult & Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) memperbaharui perjanjian penajaan mereka secara rasmi 

Shah Alam, 7 Oktober 2021 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian untuk melanjutkan kerjasama dengan MSDeaf selama setahun sehingga Oktober 2022. Majlis menandatangani perjanjian itu telah diadakan di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM, Nilai.

Yakult komited untuk memberikan tajaan berbentuk wang tunai dan juga barangan yang bernilai RM60,000. Tajaan ini merangkumi jumlah wang tunai sebanyak RM50,000, minuman probiotik Yakult, pakaian sukan dan juga sesi latihan pemain bola sepak Harimau Pekak Malaysia (MDT) bersama Masashi Motoyama. Masashi Motoyama, pemain bola sepak legenda dan bekas pemain kebangsaan Jepun yang kini bermain untuk Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) juga menyertai Yakult dan memberi sumbangan peribadi berupa wang tunai sebanyak RM10,000 untuk kerjasama ini. Dengan pembaharuan perjanjian ini, Yakult akan terus menjadi Minuman Probiotik Rasmi untuk MSDeaf.

Semasa majlis menandatangani perjanjian berlangsung, Pengarah Urusan Yakult, Hiroshi Hamada telah berkata, “Majlis ini pada awalnya dirancang untuk diadakan pada bulan Ogos tetapi terpaksa ditangguhkan ke bulan Oktober kerana pandemik. Saya gembira kerana keadaan kini semakin pulih dan majlis ini berjaya dianjurkan. Kami merasa berbesar hati kerana dapat menyumbang ke arah perkembangan Pemain Bola Sepak MSDeaf dalam acara tempatan dan antarabangsa. Kami berharap sokongan dan sumbangan yang berterusan ini dapat memberi manfaat kepada para Pemain Bola Sepak MSDeaf ‘Harimau Pekak Malaysia’ dalam persiapan mereka menghadapi Sukan Deaflympics pada tahun 2022″.

Sementara itu, Presiden MSDeaf, Ong Shin Ruenn telah menunjukkan penghargaan beliau terhadap penajaan ini.

“MSDeaf sangat menghargai usaha ini dan berterima kasih kepada pihak Yakult di atas sokongan mereka yang berterusan. Saya bersyukur kerana mereka bukan sahaja bermurah hati untuk membantu kami dari segi kewangan malah menyumbang kepada kesihatan usus kami secara keseluruhan yang membawa kepada imuniti yang lebih baik”.

Yakult juga telah mengaturkan sesi pertemuan antara pemain bola sepak Harimau Pekak Malaysia yang terpilih dan Masashi Motoyama. Sesi ini berjaya diakhiri dengan perkongsian kemahiran bola sepak, inspirasi dan ilmu bersama para pemain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.yakult.com.my dan http://www.msdeaf.org.my/

Yakult & Malaysian Deaf Sports Association (MSDeaf) officially renew their sponsorship agreement

Shah Alam, 7th October 2021 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. officially signed to extend the collaboration with the MSDeaf. Both joined the signing ceremony and sports program that took place at Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM, Nilai. The sponsorship agreement between Yakult and MSDeaf will continue for another year until October 2022.

Yakult committed to provide cash and in-kind sponsorship worth a total value of RM60,000. This sponsorship includes RM50,000 cash in total, Yakult probiotic drinks, sports apparel and an on-ground training session between Malaysia Deaf Tigers and Masashi Motoyama. Masashi Motoyama, a legendary football player and former national player of Japan who now plays for the Kelantan United Football Club (KUFC) joined Yakult to personally contribute RM10,000 cash for this collaboration. With this extension of the sponsorship, Yakult will continue to serve as the Official Probiotic Drink of the MSDeaf.

Commenting during this signing ceremony, Yakult Managing Director, Hiroshi Hamada said, “The signing ceremony which was initially planned in August had to be postponed to October due to the pandemic situation. I am pleased the condition has improved and leads to the success of this signing ceremony. We are honoured to be able to contribute towards the development of MSDeaf Football players in both the local and international events. We hope our continuous support and contribution will further benefit MSDeaf “Malaysia Deaf Tigers” Football Players in their preparation for the Deaflympics Games in 2022”.

Meanwhile, the President of MSDeaf, Ong Shin Ruenn describes this sponsorship as much appreciated.

“MSDeaf greatly appreciates this effort and thanks Yakult for their continuous support. I feel so grateful because their generous sponsorship is not only helping us financially but also contributes to our overall gut health that leads to better immunity”.

In addition to this signing ceremony, Yakult has arranged a brief on-ground football engagement session between selected Malaysia Deaf Tigers players and Masashi Motoyama. The session ended with great success and provided skills, inspiration, and knowledge to the players.

For further information, visit website www.yakult.com.my and http://www.msdeaf.org.my/

Gallery