YAKULT RETURNS THE JOY OF RAMADAN AND AIDILFITRI

In conjunction with the Ramadan and Aidilfitri celebration this year, the world’s leading probiotic drink manufacturer, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., has organized the Ceria Rayakult Campaign to cheer up the atmosphere and the festive spirit in tough times faced by the country and the world at this time.

According to Associate Director of the Public Relations & Science Division of Yakult Malaysia, Puan Mazlyn Mena, the Ceria Rayakult theme has been chosen to spread the positive spirit in these challenging times to their customers as well as all Malaysians in general. “Last year, many were shocked and saddened when we had to struggle with unexpected situations when we celebrated the month of Ramadan and Syawal. Even so, we hope that through the programs that have been organized through the Ceria Rayakult Campaign this year, we can to some extent give a smile to Malaysians”.

Special in conjunction with this campaign, Yakult loyal customers can redeem the Ceria Raya Set for free with every purchase of Yakult product worth a minimum of RM18. The Ceria Raya set consists of envelopes, postcards, ‘habit trackers’ and decorative stickers which has been specially designed by a local illustrator, Projek Sembang Sembang which will surely touch the hearts and captivate the memory of the recipients.

To hype this campaign up, a weekly lucky draw will be held where 5 customers are selected each week to win a TnG eWallet top -up code worth RM100, while 3 customers with the most Ceria Raya Set redemptions during the campaign period will take home an iPad Air 4.

In addition, Yakult also continues with the initiative to share the Goodness for the third year where Yakult drinks will be provided free to 36 locations during the month of Ramadan, in line with one of Yakult company’s philosophy to deliver health benefits to everyone, as introduced by Yakult founder, Dr. Minoru Shirota.

Through this campaign, last but not least, Yakult has sent 100 units of Kotak Ceria Raya to the front-line staff at the Kuala Lumpur Hospital to share the joy and as a sign of appreciation to those who have worked hard in fighting the pandemic. This Ceria Raya Box is also one of Yakult’s efforts to support local businesses where all the items are purchased from local small entrepreneurs.

For the record, Yakult probiotic drinks work to strengthen our gut, the place where 70% of our immunity is located. Each bottle contains 30 billion of the Shirota strain probiotics that are able to reach the gut alive. Yakult drinks are certified Halal by JAKIM and are manufactured in the Yakult factory in Seremban, Negeri Sembilan. Every day 40 million people in 40 countries and territories around the world drink Yakult to strengthen their gut function.

YAKULT KEMBALIKAN KECERIAAN RAMADAN DAN AIDILFITRI

Sempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd, telah menganjurkan Kempen Ceria Rayakult untuk menceriakan kembali suasana serta semangat perayaan di dalam keadaan sukar yang dihadapi negara dan dunia pada waktu ini.

Menurut Pengarah Bersekutu Bahagian Perhubungan Awam & Sains Yakult Malaysia, Puan Mazlyn Mena, tema Ceria Rayakult telah dipilih untuk menyebarkan semangat positif di dalam waktu yang mencabar ini kepada pelanggan mereka serta seluruh rakyat Malaysia amnya. “Pada tahun yang lepas, mungkin ramai yang terkejut dan sedih apabila kita terpaksa bergelut dengan situasi yang tidak diduga dikala kita menyambut bulan Ramadan dan Syawal. Walaupun begitu, kami berharap menerusi program-program yang telah diatur melalui Kempen Ceria Rayakult pada tahun ini sedikit sebanyak dapat memberikan senyuman kepada rakyat Malaysia.”.

Istimewa sempena kempen ini, para pelanggan setia Yakult boleh menebus Set Ceria Raya secara percuma dengan setiap pembelian produk Yakult bernilai minimum RM18. Set Ceria Raya yang terdiri daripada sampul raya, poskad raya, ‘habit tracker’ serta pelekat hiasan ini telah direka khas oleh ilustrator tempatan, Projek Sembang Sembang yang pastinya akan mencuit hati dan menggamit memori penerimanya.

Untuk menghangatkan lagi kempen ini, cabutan bertuah mingguan akan didakan di mana 5 orang pelanggan dipilih setiap minggu untuk memenangi kod tambah nilai TnG eWallet bernilai RM100, manakala 3 orang pelanggan dengan penebusan Set Ceria Raya terbanyak sepanjang tempoh kempen akan membawa pulang iPad Air 4.

Selain itu, pihak Yakult turut meneruskan inisiatif Kongsi Kebaikan bagi tahun yang ketiga di mana minuman Yakult akan diberikan secara percuma ke 36 buah lokasi sepanjang bulan Ramadan ini, sejajar dengan salah satu falsafah syarikat Yakult iaitu menyampaikan kebaikan kesihatan kepada semua orang, seperti yang diperkenalkan oleh pengasas Yakult, Dr. Minoru Shirota.

Tidak ketinggalan, melalui kempen ini juga, Yakult telah menghantar 100 unit Kotak Ceria Raya kepada petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur untuk berkongsi keceriaan serta sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus lumus dalam memerangi pandemik yang sedang dihadapi. Kotak Ceria Raya ini juga merupakan salah satu usaha Yakult untuk menyokong bisnes lokal di mana barangan di dalamnya dibeli daripada usahawan kecil tempatan.

Untuk rekod, minuman probiotik Yakult berfungsi untuk memperkuatkan usus, iaitu tempat terletaknya 70% daripada sistem imun tubuh kita. Setiap botol mengandungi 30 bilion probiotik Shirota strain yang dapat hidup sampai ke usus. Minuman Yakult dijamin Halal oleh JAKIM dan dikilangkan di kilang Yakult di Seremban, Negeri Sembilan. Setiap hari 40 juta orang di 40 buah negara dan wilayah di seluruh dunia mengamalkan Yakult untuk menguatkan fungsi usus.