Kelantan, Mac 2023 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dan Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas menganjurkan program kempen kesedaran kesihatan wanita bagi tahun 2023 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Tiga (3) Pasir Mas.
Program kali ini adalah sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac 2023 tahun ini. Fokus utama Yakult Malaysia Sdn Bhd mengadakan program kali ini adalah untuk menghargai wanita dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan gigi, tekanan darah tinggi, paras gula serta pemeriksaan kanser payudara dan serviks. Pihak Yakult dan Klinik Kesihatan Pasir Mas juga menjemput panel bagi memberi perkongsian melalui ceramah mengenai kanser payudara, serviks serta kesihatan mental wanita. Pihak Yakult berharap program ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan kepentingan pemeriksaan awal bagi mencegah penularan sel kanser, kepentingan kesihatan mental kepada wanita serta kebaikan dalam meminum Yakult.
Menurut Hiroki Yanase, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn. Bhd., program ini merupakan salah satu inisiatif dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yakult yang mana bertujuan untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai. “Kami berharap dapat meningkatkan tahap kesedaran penduduk Malaysia mengenai risiko kanser payudara, kanser serviks dan kanser usus besar serta ingin menekankan tentang pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Ia juga selaras dengan falsafah syarikat yang menekankan penggunaan probiotik iaitu bakteria berfaedah untuk membantukan meningkatkan fungsi usus.”
Program kali ini telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk dan juga dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dan Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas.
Aktiviti CSR ini selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu pencegahan penyakit yang mana Yakult percaya bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my
YAKULT主办女性健康醒觉活动
吉兰丹,2023年3月讯 – Yakult 马来西亚有限公司连同巴西马县卫生局和巴西马县医疗诊所位于巴西马国小SK Sultan Ibrahim Tiga (3) 主办一项2023年女性健康醒觉活动。
该活动与今年3月8日的国际妇女节相应。这一轮,Yakult马来西亚有限公司为了感恩女性的付出,将活动专注在举办各类健康检查包括口腔检查、血压测量、血糖测试、以及,乳房与子宫颈癌筛检。Yakult和巴西马医疗诊所也为此活动诚邀一小组分享关于乳癌、子宫颈癌和女性精神健康方面的资讯。Yakult希望通过此举可提升参加者们对于早期筛检重要性的知识,以预防癌细胞的扩散,并了解女性精神健康的重要性以及喝Yakult的好处。
Yakult马来西亚的董事经理,梁濑弘樹说道,此活动是Yakult企业社会责任的活动之一,宗旨是为了把健康和快乐传达给大众。“我们希望通过此活动可提升马来西亚人民对于乳癌、子宫颈癌和大肠癌风险的意识,并强调预防胜于治疗。这也符合公司理念,强调使用可有效改善肠道功能的益生菌。”
此活动受到当地居民以及卫生部即巴西马县卫生局和巴西马县医疗诊所的鼎力支持。
此企业社会责任活动符合Yakult公司的哲学理念,即是预防疾病,因为Yakult深信预防胜于治疗。欲了解更多有关于Yakult的活动,请浏览Yakult官方网站www.yakult.com.my