REDEEM MYSTERY BOXES WITH THE PURCHASE OF 30 BOTTLES AND BE ELIGIBLE TO WIN EXCITING PRIZES WEEKLY  

April 2022, Shah Alam– Every year the world’s leading probiotic drink, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. will enliven the celebration of Ramadan and Hari Raya Aidilfitri. Not to be missed this year, Yakult (M) Sdn. Bhd once again organized a Raya campaign, the Buy & Win Surprise Rayakult Campaign in an effort to bring back the festive atmosphere and spirit in Malaysia

In conjunction with this campaign, Yakult is giving out different surprises than before. Yakult offers a mystery gift box for every purchase of 30 bottles and above. With every purchase of 30 bottles, Yakult loyal customers can redeem mystery gift boxes through Yakult lady, Yakult Promoters or can scan the QR code on the supermarket shelves campaign advertisement.

To add to the fun for this year’s Raya campaign, customers also have the chance to win lucky draw prizes every week from April 1 to April 30. By simply scanning the QR code on the card found in the mystery box and answering the questions by watching the clues in the video provided, customers stand a chance to win exclusive Le Creuset serveware as well as electrical goods.

According to the Managing Director of Yakult Malaysia, Hiroki Yanase, the theme of the Buy & Win Surprise Rayakult Campaign was chosen to bring joy to customers. After two years, people were not able to fully feel the excitement of the festive season, the excitement of celebrating this year is not only felt by children but also adults. “We hope that Yakult customers can share the joy of getting a Yakult mystery box and lucky draw prizes with their loved ones as much as their excitement to celebrate the month of Ramadan and Hari Raya Aidilfitri with their families this year. Hopefully, with our efforts, we can bring joy and happiness to Malaysians in particular. In addition, we also want to encourage customers and families to drink Yakult every day to strengthen the intestinal function and to help the body’s immune system, especially during the festive season in this pandemic “.

For the record, Yakult probiotic drinks work to strengthen our gut, the place where 80% of the immune system resides. Each bottle contains 30 billion of the Shirota strain probiotics that can reach the gut alive. Shirota strain probiotic benefits for a strong gut is already acknowledged in the Malaysian Food Act & Regulations. Yakult probiotic drinks are certified Halal by JAKIM and are manufactured in the Yakult factory in Seremban, Negeri Sembilan. Every day 40 million people in 40 countries and territories worldwide drink Yakult to strengthen their gut function.

TEBUS KOTA MISTERI RAYA DENGAN PEMBELIAN 30 BOTOL DAN LAYAK MENANGI HADIAH MENARIK SETIAP MINGGU  

April 2022, Shah Alam– Setiap tahun pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. akan turut sama memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri. Tidak ketinggalan juga untuk tahun ini, Yakult (M) Sdn. Bhd sekali lagi menganjurkan kempen raya iaitu Kempen Beli & Menang Surprise Rayakult dalam usaha mengembalikan suasana serta semangat perayaan di Malaysia.

Sempena kempen kali ini, Yakult memberi kejutan yang berbeza dari sebelumnya. Yakult menawarkan hadiah kotak misteri bagi setiap pembelian 30 botol ke atas. Dengan setiap pembelian 30 botol, pelanggan setia Yakult boleh menebus hadiah kotak misteri menerusi Wanita Yakult, Promoter Yakult atau boleh imbas kod QR yang terdapat pada iklan kempen di rak pasaraya.

Untuk menambahkan lagi keseronokan kempen raya tahun ini, pelanggan turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah setiap minggu bermula 1 April sehingga 30 April ini. Dengan hanya mengimbas kod QR pada kad yang terdapat di dalam kotak misteri dan menjawab soalan dengan menonton klu dalam video yang disediakan, pelanggan berpeluang memenangi peralatan sajian eksklusif Le Creuset serta barangan elektrik.

Menurut Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase, tema Kempen Beli & Menang Surprise Rayakult telah dipilih bertujuan untuk memberi kegembiraan kepada pelanggan. Setelah dua tahun orang ramai tidak dapat merasai sepenuhnya kemeriahan musim perayaan, keterujaan menyambutnya tahun ini bukan sahaja di rasai oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. “Kami berharap agar pelanggan Yakult dapat berkongsi perasaan gembira mendapat kotak misteri Yakult dan hadiah cabutan bertuah dengan yang tersayang sepertimana keseronokan mereka untuk menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tahun ini. Moga dengan usaha kami ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada rakyat Malaysia khususnya. Selain itu, kami turut ingin mengalakkan pelanggan dan keluarga mereka untuk minum Yakult setiap hari bagi menguatkan fungsi usus dan seterusnya membantu sistem imun badan terutama sekali di musim perayaan ketika pandemik ini”.

Untuk pengetahuan umum, minuman probiotik Yakult berfungsi untuk menguatkan usus, di mana 80% sistem imun terletak di usus. Setiap botol Yakult mengandungi sekurang-kurangnya 30 bilion bakteria probiotik Shirota strain yang mampu hidup sampai ke usus. Manfaat probiotik Shirota strain yang terbukti menguatkan fungsi usus telah pun diakui dalam Akta & Peraturan Makanan Malaysia. Minuman probiotik Yakult disahkan Halal oleh JAKIM dan kilang pembuatannya terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Sebanyak 40 juta orang di 40 buah negara seluruh dunia minum Yakult untuk meningkatkan kesihatan usus mereka.