YAKULT FOOTBALL SHOES DONATION PROGRAM TO SCHOOLS IN NEED FOR THE THIRD TIME

Kelantan, September 2022 – Yakult’s football shoes donation program continues again this year after it was postponed since last pandemic. It is the sixth year that Yakult has organized this program targeting three football shoes donation sessions in three different school locations in Melaka, Pahang and Kota Bharu.

The program this time is the third and last location which has been held successfully at SK Pangkal Jenereh School Hall, Machang. A total of 26 pairs of used football shoes have been donated to students in need. Previously, the football shoes donation program was held at SJKT Alor Gajah Melaka in May 2022 while in June 2022, another football shoes donation program was held at MDCH public field, Tanah Rata Cameron Highland where a total of 78 shoes were donated to students of SJKT Alor Gajah and students of SK Lemoi, Pahang respectively. These three programs received an encouraging response from schools and residents.

The football shoes that were donated this time are used football shoes from the Kashima City in Japan. This initiative is part of Yakult’s Corporate Social Responsibility (CSR) aiming to share the joy of playing football among schoolchildren in need and to encourage them to be active in sports. Yakult emphasizes great importance to sports and health activities in their CSR initiatives.

This program was also attended by the Managing Director of Yakult Malaysia Sdn Bhd, Hiroki Yanase. According to Yanase, “Our company’s mission is to bring health and happiness to people, and one of the ways we can do that is through sports. When you think of probiotic drinks like Yakult, you might not automatically associate them with sports, but scientific studies have shown that probiotics are very important to take during your sports or after strenuous activities. This is because after playing sports, our immunity will be weakened and it can cause our body to be exposed to the risk of catching fever and cold. As most people are aware, drinking Yakult can help to improve intestinal function, certified by the Malaysian Ministry of Health in the Food Act and Regulations, since 2017. In addition, taking Yakult after sports activities can strengthen our immunity and reduce our risk of infection because 80% of our immunity lies in the intestine. This is proven by research carried out in the UK by Prof Michael Gleeson from Loughborough University among a group of athletes who underwent quite heavy sports training.”

This CSR activity is in line with Yakult’s corporate philosophy of disease prevention (the concept of prevention is better than cure), healthy intestines, longevity and good health for all at a reasonable price.

PROGRAM SUMBANGAN KASUT BOLA YAKULT KEPADA SEKOLAH YANG MEMERLUKAN KALI KETIGA

Kelantan, September 2022 – Program sumbangan kasut bola sepak oleh Yakult diteruskan lagi tahun ini selepas ia ditangguhkan sejak pendemik yang lalu. Ia merupakan tahun keenam Yakult menganjurkan program ini dengan sasaran tiga sesi sumbangan kasut bola sepak di sekolah yang berbeza iaitu di Melaka, Pahang dan Kota Bharu.

Program kali ini adalah merupakan lokasi yang ketiga dan terakhir telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sekolah SK Pangkal Jenereh, Machang dengan sumbangan sebanyak 26 pasang kasut bola terpakai telah diserahkan murid-murid yang memerlukan. Sebelum ini, sumbangan kasut bola telah diadakan di SJKT Alor Gajah Melaka pada Mei 2022 manakala di Padang Awam MDCH, Tanah Rata Cameron Highland pada Jun 2022 yang mana sebanyak 78 kasut telah disumbangkan kepada murid SJKT ALor Gajah dan murid SK Lemoi, Pahang. Ketiga-tiga program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh sekolah dan penduduk.

Kasut bola yang disumbangkan kali ini merupakan kasut bola terpakai dari Bandar Kashima di Jepun. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yakult dan bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bermain bola sepak di kalangan murid sekolah yang memerlukan dan mendorong mereka untuk sentiasa aktif dalam sukan. Yakult mementingkan aktiviti sukan dan kesihatan dalam inisiatif CSR mereka.

Program kali ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia Sdn Bhd, Hiroki Yanase. Menurut Yanase, “Misi syarikat kami adalah untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai, dan salah satu cara yang boleh kami lakukan adalah melalui sukan. Apabila anda memikirkan minuman probiotik seperti Yakult, anda mungkin tidak secara automatik mengaitkannya dengan sukan, tetapi kajian saintifik telah menunjukkan bahawa probiotik sangat penting untuk diambil semasa anda bersukan atau selepas melakukan aktiviti lasak. Ini kerana selepas bersukan, imuniti kita akan menjadi lemah dan ia boleh menyebabkan badan kita terdedah kepada risiko diserang demam dan selsema. Seperti kebanyakan orang sedia maklum, pengambilan Yakult dapat membantu untuk meningkatkan fungsi usus yang telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam Akta dan Peraturan Makanan, sejak tahun 2017. Selain ini, pengambilan Yakult selepas aktiviti sukan juga dapat meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko jangkitan kerana 80% sistem imun badan kita berpusat di usus. Ini terbukti dengan penyelidikan yang dijalankan di UK oleh Prof Michael Gleeson dari Loughborough University di kalangan sekumpulan atlet yang menjalani latihan sukan yang agak berat.”

Aktiviti CSR ini selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu pencegahan penyakit (konsep mencegah lebih baik daripada mengubati), usus sihat panjang umur dan kesihatan yang baik kepada semua pada harga yang berpatutan.

Gallery