YAKULT CONTINUES TO HOST ANNUAL FOOTBALL SHOES DONATION PROGRAM FOR SCHOOLS IN NEED  

Pahang, June 2022 – Yakult continues to hold its annual football shoe donation program this year which was postponed due to the pandemic. This year, Yakult has planned to host three sessions of football shoes donation at three different schools in Melaka, Pahang and Kota Bharu. This is their sixth year of hosting this football shoes donation program.

The first football shoes donation program was held earlier at SJKT Alor Gajah, Malacca on the 31st of May 2022. A total of 48 pairs of used football shoes was donated to the students during the handover ceremony. The second football shoes donation program was held earlier today at Padang Awam MDCH, Tanah Rata, Pahang creating a cheerful atmosphere. A total of 30 pairs of used football shoes was donated to the students of SK Lemoi, Pahang. The program was attended by Hiroki Yanase, the Managing Director of Yakult (M) Sdn Bhd. These used football shoes were collected from the Junior Youth Soccer Clubs in Japan by the Saga Future Design Foundation, a non-profit organization in Japan. The final stop for this program will be in Kota Bharu which is expected to be held in October 2022.

This initiative is part of Yakult’s Corporate Social Responsibility (CSR) Project to share the joy of playing football among school children in need and to keep them active in sports. Yakult has always recognized the importance of incorporating sports health to their CSR initiative.

According to Yanase, “Our company’s mission is to bring health and happiness to the people, and one way we can do that is through sports. When you think of probiotic drinks like Yakult, you might not automatically associate it to sports, but scientific research has shown that probiotics are very important to consume when you play sports or after going through strenuous activities. This is because after sports, our immunity temporarily weakens and exposes us to the risk of catching a cold. Drinking Yakult after sports activity boosts our immunity and reduces our risk of catching an infection. This was proven by research that was conducted in the UK by Prof Michael Gleeson of Loughborough University among a group of athletes undergoing intense sports training. And of course, as most people already know, drinking Yakult helps improve the function of our intestines and this fact has been acknowledged in the Food Act and Regulations, Ministry of Health since 2017.”

This CSR activity is in line with Yakult’s corporate philosophy which is preventive medicine (the concept of prevention is better than cure), healthy intestines lead to long life and delivering good health to as many people as possible. For further information about Yakult activities, visit www.yakult.com.my

YAKULT TERUSKAN PROGRAM SUMBANGAN KASUT BOLA SEPAK KE SEKOLAH YANG MEMERLUKAN  

Pahang, Jun 2022 – Program sumbangan kasut bola sepak oleh Yakult diteruskan lagi tahun ini selepas ia ditangguhkan sejak pendemik yang lalu. Bagi tahun ini, Yakult telah mensasarkan untuk mengadakan tiga sesi sumbangan kasut bola sepak di sekolah yang berbeza iaitu di Melaka, Pahang dan Kota Bharu. Ini merupakan tahun keenam Yakult menganjurkan program sumbangan kasut bola sepak seperti ini.

Program sumbangan kasut bola yang julung kali diadakan pada tahun ini adalah di SJKT Alor Gajah, Melaka pada 31 Mei 2022 yang lepas. Sebanyak 48 pasang kasut bola terpakai telah disumbangkan kepada murid-murid semasa majlis penyerahan tersebut. Manakala, program sumbangan kasut bola sepak kali kedua yang diadakan pada awal hari ini telah menceriakan suasana di Padang Awam MDCH, Tanah Rata, Pahang. Sebanyak 30 pasang kasut bola terpakai telah disumbangkan kepada murid SK Lemoi, Pahang. Program kali ini turut dihadiri oleh Hiroki Yanase, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd. Kasut bola sepak terpakai ini dikumpulkan daripada Kelab Bola Sepak Belia di Jepun oleh Saga Future Design Foundation yang mana merupakan sebuah pertubuhan bukan berasakan keuntungan di Jepun. Destinasi terakhir untuk program ini adalah di Kota Bharu yang dijangka akan diadakan pada Oktober 2022.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yakult. Program ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bermain bola sepak di kalangan murid sekolah yang memerlukan dan mendorong mereka untuk sentiasa aktif dalam sukan. Yakult mementingkan aktiviti sukan dan kesihatan dalam inisiatif CSR mereka.

Menurut Yanase, “Misi syarikat kami adalah untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai, dan salah satu cara yang boleh kami lakukan adalah melalui sukan. Apabila anda memikirkan minuman probiotik seperti Yakult, anda mungkin tidak secara automatik mengaitkannya dengan sukan, tetapi kajian saintifik telah menunjukkan bahawa probiotik sangat penting untuk diambil semasa anda bersukan atau selepas melakukan aktiviti lasak. Ini kerana selepas bersukan, imuniti kita akan menjadi lemah dan ia boleh menyebabkan badan kita terdedah kepada risiko diserang demam dan selsema. Dengan pengambilan Yakult selepas aktiviti sukan dapat meningkatkan imuniti kita dan mengurangkan risiko kita dijangkiti. Ini terbukti dengan penyelidikan yang dijalankan di UK oleh Prof Michael Gleeson dari Loughborough University di kalangan sekumpulan atlet yang menjalani latihan sukan yang agak berat. Dan sudah tentu, seperti kebanyakan orang sedia maklum, meminum Yakult dapat membantu untuk meningkatkan fungsi usus dan ia telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam Akta dan Peraturan Makanan, sejak tahun 2017.”

Aktiviti CSR ini selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu pencegahan penyakit (konsep mencegah lebih baik daripada mengubati), usus sihat panjang umur dan kesihatan yang baik kepada semua pada harga yang berpatutan. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari www.yakult.com.my

 

Gallery