Apakah Probiotik?  

“Ambillah probiotik kalau nak cuci perut, bagus tu!” Probiotik. Apa itu? Cuci perut. Macam mana? Probiotik ini sebenarnya sejenis bakteria baik yang boleh membantu masalah penghadaman dan meningkatkan fungsi usus. Usus kita merupakan organ imun terbesar badan. 

“Kita makan bakteria? Selamat ke?” Jangan risau, probiotik diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada April 2018 dan semenjak itu, pelbagai produk diperkenalkan sebagai produk yang mengandungi ‘probiotik’ termasuklah produk tenusu seperti minuman susu kultur dan yogurt. Akan tetapi, adakah produk yang sedang berada di dalam peti ais anda itu benar-benar mengandungi probiotik?   

Menurut World Health Organization (WHO), probiotik ialah mikroorganisma hidup yang dapat memberi manfaat kesihatan terhadap badan kita jika diambil dalam jumlah yang mencukupi. Ia boleh didapati di dalam makanan yang melalui proses fermentasi seperti tapai, tempe, kimchi dan nato, produk minuman dan juga suplemen.    

Panduan memilih produk probiotik tulen

Untuk melindungi hak pengguna, penggunaan probiotik diwartakan di bawah Akta Makanan 1985. Akta ini menegaskan definisi probiotik dari segi undang-undang serta mengawal jenis kultur hidup atau bakteria bermanfaat yang boleh digunakan sebagai probiotik oleh pengeluar makanan. Undang-undang ini menyatakan dengan jelas apa itu produk probiotik yang sah.

Mari ikuti tip daripada Dr Tee Ee Siong, Pengerusi Program Pendidikan Probiotik (NSM PEP), untuk memilih produk probiotik dengan betul di pasaran.

 1. Pastikan produk menggunakan probiotik yang diluluskan KKM

Hanya strain bakteria yang telah dinilai dan dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh ditambah ke dalam produk makanan. Di bawah Akta Makanan 1985, terdapat 32 strain probiotik yang dibenarkan dalam produk makanan dan minuman. Bagi mengenalpasti produk probiotik tulen, baca label dan cari perkataan ‘probiotik’

2. Produk mengandungi ‘organisma hidup’

Tip kedua, pastikan produk tersebut melabelkan ‘kultur bakteria hidup’ atau mengandungi ‘mikroorganisma hidup’. Berbalik kepada takrif probiotik, probiotik ialah mikroorganisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan terhadap badan kita, maka amat penting untuk kita pastikan produk kita adalah tulen dan memenuhi syarat mengikut Akta Makanan 1985.

3. Bilangan bakteria hidup dalam jumlah yang mencukupi

Produk probiotik tulen perlu mengandungi sekurang-kurangnya 106 cfu/g atau 106 cfu/ml sel bakteria hidup. Bilangan probiotik hidup diukur menggunakan unit pembentuk koloni (colony forming unit, CFU) yang menunjukkan bilangan sel bakteria dalam produk tersebut.

Sebagai contoh, minuman susu kultur Yakult atau dikenali sebagai minuman probiotik Shirota mengandungi 30 X 109 cfu/ml, bermaksud di dalam sebotol minuman Yakult, terdapat sekurang-kurangnya 30 bilion Shirota strain hidup.

Sama ada anda ingin membeli bekalan probiotik di pasaraya, melalui Wanita Yakult atau platform e-dagang, anda boleh menjumpai kesemua maklumat di atas pada bungkusan minuman susu kultur Yakult.

Manfaat probiotik Shirota   

Secara semula jadi, di dalam tubuh kita terdapat bertrilion mikroorganisma yang terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat khususnya di usus yang dipanggil mikrobiota usus. Mikrobiota usus dikira sihat dan seimbang apabila nisbah bilangan bakteria baik lebih banyak daripada bilangan bakteria jahat. Faktor seperti pemakanan tidak seimbang, tekanan berpanjangan, penuaan, jangkitan serta pengambilan antibiotik boleh mengganggu keseimbangan mikrobiota usus kita. Kesan daripada ketidakseimbangan ini akan menyebabkan masalah gastrousus seperti kembung perut, sembelit, cirit-birit dan keletihan. 

1.Menambah bilangan bakteria baik dan mengurangkan bakteria jahat    

Usus kita adalah rumah kepada komuniti bakteria yang terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat. Pengambilan probiotik akan mengganti semula bilangan bakteria baik di dalam usus, dan mengurangkan bakteria jahat yang menyebabkan penyakit, seterusnya mengimbangkan mikrobiota usus. 

2. Membantu membuang toksin

Apabila bakteria jahat berkurangan di dalam usus disebabkan pengambilan probiotik, tumbesaran bakteria berbahaya dapat disekat dan sekaligus menyekat penghasilan toksin darinya. 

3. Melancarkan penghadaman

Mikrobiota usus yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti sembelit dan cirit-birit. 

Sembelit merupakan gejala tidak dapat membuang air besar lebih dari tiga hari dan najis yang keras. Pengambilan probiotik Shirota terbukti berkesan untuk melembutkan najis dan melancarkan pergerakan usus. 

Cirit-birit pula merupakan gejala pembuangan air besar kerap daripada biasa dengan najis yang lembik dan berair. Masalah ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman, alahan makanan dan ubat-ubatan seperti antibiotik. Pengambilan probiotik Shirota boleh membantu mengurangkan gejala cirit-birit dengan memulihkan keseimbangan bakteria di saluran usus. 

4. Meningkatkan sistem imun badan manusia   

Usus kita bukan sahaja merupanya sistem penghadaman kita, ia juga merupakan salah satu sistem imun badan. Tahukah anda? 70% dari sistem imun kita terletak di usus.  Penjagaan kesihatan usus dan pengambilan probiotik secara berkala penting bagi memastikan usus sentiasa kuat supaya mempunyai tahap imuniti yang lebih tinggi bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dan virus. 

Bilakah waktu terbaik untuk mengambil minuman probiotik Shirota?

Jawapannya adalah bila-bila masa sahaja! 

Sebilangan bakteria baik dalam usus akan disingkirkan semasa proses pembuangan air besar. Oleh itu, pengambilan probiotik secara berkala cukup penting untuk memastikan bakteria baik di dalam usus kita terus bersilih ganti.

Selitkan sebotol Yakult setiap hari sebagai rutin harian pada waktu yang paling mudah untuk anda amalkan. Sudahkah anda minum Yakult hari ini? 

Probiotik Shirota untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak lebih terdedah dengan jangkitan penyakit sepanjang proses tumbesaran kerana badan mereka sedang membina imuniti terhadap jangkitan. Kesihatan usus dan sistem imun kanak-kanak perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka kekal cergas dan sihat. 

Pengambilan minuman probiotik Shirota adalah selamat bagi kanak-kanak yang berumur setahun ke atas. Memandangkan minuman susu kultur Yakult adalah sumber probiotik, dan bukanlah minuman untuk menghilangkan dahaga, cadangan pemakanan bagi kanak-kanak adalah sebotol sehari. 

Jika anda risaukan tentang kandungan gula di dalam setiap botol minuman Yakult, gula sebenarnya memainkan peranan penting sebagai sumber makanan kepada 30 bilion probiotik Shirota agar ia kekal hidup untuk meningkatkan fungsi usus. Gula membantu untuk mengimbangkan rasa masam asid laktik yang dihasilkan probiotik Shirota. Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih Yakult Ace Light, versi yang kurang gula. 

Kesimpulannya, untuk memastikan keseimbangan mikrobiota usus kita berada pada tahap optimum, anda boleh mengamalkan pemakanan seimbang, melakukan senaman, mengurangkan tekanan dan menambah probiotik seperti minuman probiotik Shirota dalam diet harian anda. Dapatkan Yakult anda sekarang!

Sumber rujukan:
Sur D, Manna B, Niyogi SK, Ramamurthy T, Palit A, Nomoto K, Takahashi T, Shima T, Tsuji H, Kurakawa T, Takeda Y, Nair GB, Bhattacharya SK. 2010. Role of probiotic in preventing acute diarrhoea in children: a community-based, randomized, double-blind placebo-controlled field trial in an urban slum. Epidemiol Infect 30: 1-8

Sakai T, Makino H, Ishikawa E, Oishi K, Kushiro A. 2011. Fermented milk containing Lactobacillus casei strain Shirota reeduces incidence of hard or lumpy stools in healthy population. International Journal of Food Science and Nutrition: 1-8.

Tsuji H, Chonan O, Suyama Y, Kado Y, Nomoto K, Nanno M, Ishikawa F. Maintenance of Healthy Intestinal Microbiota in Women Who Regularly Consume Probiotics. 2014. Int. Jr. of Probiotics and Prebiotics Vol. 9, No. 1/2 : 31-38.

Kazuyoshi Takeda, Ko Okumura, Effects of a Fermented Milk Drink Containing Lactobacillus casei Strain Shirota on the Human NK-Cell Activity, The Journal of Nutrition, Volume 137, Issue 3, March 2007, Pages 791S–793S, https://doi.org/10.1093/jn/137.3.791S

http://www.myhealth.gov.my/cirit-birit-3/