YAKULT CONTINUES SMART COLLABORATION WITH KELANTAN UNITED FOOTBALL CLUB
Kota Bharu, 10th January 2022 – Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, the world’s leading probiotic drinks once again made history today when it maintained a smart collaboration with the Kelantan United Football Club located at Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
The extension of the strategic cooperation agreement this time saw a greater sponsorship value than last season for the team which was Ringgit Malaysia Seven Hundred and Sixty-Six Thousand (RM 766,000.00) including cash contributions, products and planning of grassroots football development programs with the Kelantan United Football Club (KUFC). This agreement was reached as a result of discussions between the two parties previously represented by the Managing Director of Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada and the Deputy President of Kelantan United FC, YBhg Dato ‘Haji Zamri bin Ismail.
Through this smart collaboration, Yakult Malaysia and Kelantan United FC have expressed their desire to continue the implementation of the grassroots football program planned last year in the hope of exposing the DNA of Japanese Football in the Kelantan United football team. Yakult Malaysia continued its strategic partnership with Kelantan United FC this year due to the team’s achievements last season as well as the support from the existing management which is very positive towards this effort.
Commenting on this initiative, Yakult Malaysia through its Managing Director, Hiroshi Hamada stated that this cooperation program is in line with Yakult’s corporate philosophy of “We contribute to the health and happiness of people around the world”. Therefore, Yakult strongly supports all programs and activities that can build a healthy body in addition to producing a healthy environment. Apart from that, the encouraging performance and cooperation by the club’s last season is also one of the factors for Yakult Malaysia to remain together for this season.
“I believe Kelantan United FC is a team that can go further and can provide fierce competition to other teams for the 2022. The team’s previous track record is also very good. Therefore, we chose to continue our strategic cooperation for this year so that it can benefit not only the team, but the people of Kelantan in general”.
“Kelantan United FC also retains the Technical Director from Japan, namely Akira Hagashiyama, Japanese Young Player, Shuhei Fukai and Japanese Legendary Player, Masashi Motoyama as part of the essence of this collaboration. Motoyama is a former Japanese national football player and played with teams in the Japanese Football League 1 namely Kashima Antlers for 18 years and Giravanz Kitakyushu Club in the Japanese Football League 2 for 4 years before he moved to Kelantan United FC last year. He is now 42 years old, but his performance a year ago was very encouraging. I am confident and believe he will continue to contribute something to this team and the local players this season”.
Meanwhile, Chairman of the Youth Sports and NGO Committee Kelantan State Government, YB Ustaz Haji Wan Roslan Bin Wan Hamat and also the advisor for Kelantan United FC described the strategic collaboration with Yakult Malaysia as a smart collaboration that will benefit the Kelantan United FC team as well as the development of grassroots football in Kelantan, especially in schools that has participated last year. He hopes that this grassroots program can be continued this year and produce more football players in Kelantan.
He also thanked Yakult Malaysia for still being willing to be with Kelantan United for this season and hoped that everything that has been planned will be the beginning of a more glorious success in the future.
YAKULT KEKAL JALIN KERJASAMA PINTAR BERSAMA KELAB BOLA SEPAK KELANTAN UNITED
Kota Bharu, 10hb Janurari 2022 – Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia lagi sekali mencatatkan sejarah hari ini apabila mengekalkan hubungan jalinan kerjasama pintar bersama Kelab Bola Sepak Kelantan United bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
Penyambungan perjanjian kerjasama strategik kali ini menyaksikan nilai tajaan yang lebih besar daripada musim lepas kepada pasukan iaitu sebanyak Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Enam Puluh Enam Ribu (RM 766,000.00) termasuk dengan sumbangan tunai, produk dan perancangan program-program pembangunan bola sepak akar umbi bersama Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC). Persetujuan ini dicapai hasil perbincangan kedua-dua pihak sebelum ini yang diwakili oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada serta Timbalan Presiden Kelantan United FC, YBhg Dato’ Haji Zamri bin Ismail.
Melalui kerjasama pintar ini, pihak Yakult Malaysia dan Kelantan United FC telah menyatakan hasratnya agar dapat meneruskan perlaksanaan program bola sepak akar umbi yang dirancang pada tahun lepas dengan harapan agar dapat memberi pendedahan DNA Bola Sepak Jepun dalam pasukan bola sepak Kelantan United. Yakult Malaysia meneruskan kerjasama rakan strategik dengan Kelantan United FC pada tahun ini adalah kerana pencapaian pasukan pada musim lalu serta sokongan daripada pengurusan sedia ada yang amat positif terhadap usaha yang dijalankan ini.
Mengulas kepada inisiatif ini, Yakult Malaysia melalui Pengarah Urusan, Hiroshi Hamada menyatakan bahawa program kerjasama ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu “Kami menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang ramai di seluruh dunia”. Oleh yang demikian, pihak Yakult sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik selain daripada menghasilkan persekitaran yang sihat. Selain itu juga prestasi dan kerjasama yang memberangsangkan oleh kelab pada musim lalu juga adalah salah satu faktor Yakult Malaysia untuk masih kekal bersama bagi musim ini.
“Saya percaya Kelantan United FC ialah satu pasukan yang boleh pergi lebih jauh dan boleh memberikan saingan yang sengit kepada pasukan lain bagi musim 2022. Rekod pencapaian terdahulu pasukan juga amat baik. Oleh kerana itu, kami memilih untuk menyambung kerjasama strategik bagi tahun ini supaya ianya dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada pasukan ini, tetapi kepada penduduk di negeri Kelantan secara amnya.”
“Kelantan United FC turut mengekalkan Pengarah Teknikal dari Jepun iaitu Akira Hagashiyama, Pemain Muda Jepun, Shuhei Fukai dan Pemain Lagenda Jepun, Masashi Motoyama sebagaimana sebahagian daripada intipati kerjasama ini. Motoyama merupakan bekas pemain kebangsaan bola sepak Jepun dan telah bermain bersama pasukan di Liga 1 Bola Sepak Jepun iaitu Kashima Antlers selama 18 tahun dan Kelab Giravanz Kitakyushu di Liga 2 Bola Sepak Jepun selama 4 tahun sebelum beliau berhijrah ke Kelantan United FC tahun lepas. Beliau sekarang berusia 42 tahun, namun prestasi beliau setahun lepas amatlah memberangsangkan. Saya yakin dan percaya beliau akan terus menyumbang sesuatu kepada pasukan ini dan pemain tempatan pada musim ini.”
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO, YB Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat yang juga merupakan Penasihat Kelantan United FC menyifatkan kerjasama strategik bersama Yakult Malaysia sebagai satu kerjasama pintar yang akan memberikan manfaat kepada pasukan Kelantan United FC serta pembangunan bola sepak akar umbi di Negeri Kelantan khususnya di sekolah-sekolah yang telah mengambil bahagian pada tahun lepas. Beliau berharap agar program akar umbi ini dapat diteruskan pada tahun ini dan melahirkan lebih ramai pemain bola sepak di Negeri Kelantan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Yakult Malaysia kerana masih sudi bersama Kelantan United bagi musim ini dan berharap agar semua yang telah dirancang akan menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.