A Day with Yakult: Yakult’s Cancer Awareness Initiative in Perlis

Perlis, October 31, 2023 – Yakult Malaysia is pleased to announce the successful conclusion of the “Cancer Awareness Campaign – A Day with Yakult,” held on October 31, 2023, at Rumah Seri Kenangan, Kangar, Perlis. This event marked Yakult’s 8th community outreach and was the first of its kind in Perlis. It was a significant moment as Yakult also inaugurated a new branch in Perlis this year, underscoring its commitment to local communities and health awareness.

The half-day event was a resounding success, attracting participants from all walks of life and fostering a sense of unity in the fight against cancer. The event’s primary objective was to educate and provide health screenings to help people better manage their health. Partners such as KPJ Perlis Specialist Hospital, LPPKN Perlis, and ALPRO Pharmacy Arau collaborated with Yakult to offer a wide range of health screening activities, including basic health screenings, muscle and mobility assessments and pre-cancer screenings. Attendees took advantage of these screenings, gaining valuable insights to proactively manage their health.

The highlight of the day was the informative health talks delivered by esteemed medical professionals. Dr. Nor Saleha bt. Jamil from KPJ Perlis Specialist Hospital shared her expertise on breast cancer, colon cancer, and related topics. Her presentation shed light on the importance of early detection and prevention. In a separate session, dietitian Pn. Airin Fatehah bt. Aziz from Klinik Kesihatan Kampung Gial, Perlis, provided practical guidance on maintaining a balanced diet for overall health.

During the event, Yakult Malaysia also discussed the benefits of incorporating probiotics into one’s daily routine for a stronger gut to support the body’s immune system.

Yakult Malaysia extends heartfelt gratitude to its partners, medical professionals, and the resilient residents of Perlis for their unwavering support and active participation. The impact of this event will continue to benefit those who attended, furthering the cause of early cancer detection and healthier living in the community.

The event aligns perfectly with Yakult’s philosophy to contribute to the health and happiness of people worldwide. For more information about Yakult’s activities, please visit Yakult’s website at www.yakult.com.my.

Sehari Bersama Yakult: Inisiatif Kesedaran Kanser Yakult di Perlis

Kangar, 31 Oktober 2023 – Yakult Malaysia telah berjaya menganjurkan “Kempen Kesedaran Kanser – Sehari Bersama Yakult” di Rumah Seri Kenangan, Kangar, Perlis pada 31 Oktober 2023 yang lepas. Walaupun program ini merupakan program komuniti kelapan Yakult pada tahun ini, namun ia merupakan program pertama yang dianjurkan oleh Yakult di negeri Perlis. Ini merupakan detik penting bagi Yakult kerana syarikat probiotik tersebut baru sahaja membuka cawangan pertamanya di Perlis beberapa bulan yang lepas, menunjukkan komitmennya akan kesedaran kesihatan dalam masyarakat setempat.

Program setengah hari ini telah menyaksikan penyertaan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat yang menyokong usaha kesedaran melawan penyakit kanser.

Objektif utama program ini adalah untuk mendidik dan menyediakan saringan kesihatan supaya masyarakat setempat lebih peka terhadap tahap kesihatan masing – masing. Rakan strategik Yakult seperti Hospital Pakar KPJ Perlis, LPPKN Perlis dan Farmasi ALPRO Arau telah menawarkan pelbagai jenis saringan percuma termasuk pemeriksaan kesihatan asas, penilaian otot dan mobility dan pemeriksaan pra-kanser. Para hadirin mengambil peluang ini untuk memeriksa keadaan kesihatan mereka agar lebih arif akan isu yang dihadapi atau mungkin dihadapi oleh badan mereka.

Program ini telah dirancakkan lagi dengan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar – pakar kesihatan. Dr. Nor Saleha bt. Jamil dari Hospital Pakar KPJ Perlis telah berkongsi kepakaran beliau mengenai topik kanser payudara, kanser usus dan kepentingan saringan awal untuk pencegahan penyakit dengan para hadirin. Pn. Airin Fatehah bt. Aziz, pakar pemakanan dari Klinik Kesihatan Kampung Gial, Perlis, juga telah memberi pelbagai petua dan tips pemakanan seimbang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Yakult Malaysia juga telah menekankan kepentingan pengambilan probiotik dalam rutin harian untuk usus yang kuat bagi menyokong sistem imuniti badan.

Yakult Malaysia menyampaikan setinggi – tinggi penghargaan kepada rakan-rakan strategik, pakar kesihatan, dan penduduk Perlis yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi untuk kempen ini. Semoga program sebegini dapat memberikan impak dan manfaat kepada para hadirin dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan saringan awal kanser dan mempromosi gaya hidup yang sihat dalam komuniti.

Inisiatif ini sejajar dengan falsafah korporat Yakult iaitu “Kami menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan semua orang di seluruh dunia”. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Yakult, sila layari laman web Yakult di www.yakult.com.my.

Gallery