Yakult’s “Let’s Get To Know Your Gut” Program Successfully Promotes Community Well-Being

Kuala Lumpur, 4th November 2023 – Yakult, the renowned probiotic drink brand, is pleased to share the successful completion of its recent event in collaboration with Federal Territory Foundation (YWP), “Let’s Get to Know Your Gut” which took place today, 4th November 2023 at Desa Rejang Setapak Village PA Multipurpose Hall, Kuala Lumpur. This event marked Yakult’s ninth community campaign this year, dedicated to promoting overall well-being within the community.

The half-day program was attended by more than 200 attendees consisting of mainly B40 residents living nearby as well as various government and private organizations from Titiwangsa District Health Office, National Cancer Council Malaysia (MAKNA), Social Welfare Department (JKM), National Anti-Drug Agency (AADK), Malaysian Drug Prevention Association (PEMADAM) and Rejang Village PA Residents Association which provided additional resources and information to support participants’ health and well-being goals, enriching the overall program experience.

This program was honoured by the presence of esteemed guests, including Mr Hiroki Yanase, Managing Director of Yakult Malaysia and Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir, Deputy General Manager, Department of Community, Strategic Communication and IT, Federal Territory Foundation (YWP) who added their support and encouragement to the event.

“We are delighted with the overwhelming response and engagement we received for this gut awareness program. Appreciate all the support given by YWP for reaching out to the B40 community. We will continue our efforts to contribute to the health and happiness of people here, in line with our corporate philosophy” said Mr Hiroki Yanase. During his address, he also emphasized the importance of prioritizing gut health to support the body’s immune system.

This CSR activity is in line with Yakult’s corporate philosophy of disease prevention where Yakult believes that prevention is better than cure. For more information on Yakult’s activities, visit Yakult’s website at www.yakult.com.my

Program “Jom Kenali Usus Anda!” Anjuran Yakult Berjaya Membawa Agenda Kesejahteraan Komuniti

Kuala Lumpur, 4 November 2023 – Pengeluar minuman probiotik terkenal, Yakult, dengan berbesar hati mengumumkan kejayaan program terbaru mereka “Jom Kenali Usus Anda!” yang telah dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) pada hari ini di Dewan Orang Ramai, Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur. Program ini menandakan kempen komuniti Yakult yang kesembilan untuk tahun ini yang mana fokusnya adalah untuk menggalakkan kesejahteraan secara keseluruhan dalam komuniti.

Program setengah hari ini telah dihadiri lebih 200 orang peserta yang sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk daripada kategori B40 yang tinggal di kawasan berhampiran. Turut serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa, Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),  Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Persatuan Penduduk PA Desa Rejang yang menyediakan sumber dan maklumat tambahan untuk menyokong agenda kesihatan dan kesejahteraan peserta, sekaligus menambah nilai pengalaman program.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Encik Hiroki Yanase dan Datin Ida Harlina Okhwan Nasir, Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Komuniti, Komunikasi Strayegik dan IT Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang memberikan sokongan dan galakan untuk program ini.

“Kami sangat gembira dengan sambutan yang menggalakkan dan perhatian yang diterima bagi program kesedaran usus ini. Sokongan yang diberikan oleh YWP untuk mendekati komuniti B40 ini juga amat kami hargai. Kami akan meneruskan usaha kami untuk menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai di sini, selaras dengan falsafah korporat kami”, kata Encik Hiroki Yanase. Beliau turut menekankan tentang kepentingan mengutamakan kesihatan usus untuk menyokong sistem imuniti badan semasa menyampaikan ucapannya.

Aktiviti CSR ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu pencegahan penyakit, yang mana Yakult percaya bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Untuk maklumat lebih lanjut tentang aktiviti Yakult, sila layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my

Gallery