HEALTHY GUT, AWESOME MOM PROGRAM INCREASE AWARENESS OF INTESTINAL CARE IN CELEBRATION OF MOTHER’S DAY
Dungun, May 2024 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., the National Association of Wives of Civil Servants and Women Civil Servants (PUSPANITA) of Dungun Branch, and the Dungun Islamic Women’s Welfare Board (LKPI) collaborated to organize a “Healthy Gut, Awesome Mom” program involving the participation of 300 residents of Dungun.
This program was conducted in conjunction with Mother’s Day and World Digestive Health Day, both of which fall in the month of May. Among the activities carried out during this program were health screenings, health talks by medical experts, and exhibitions by various government and private agencies. Activities that attracted public attention included the Yakult Unique Drink Creation Contest (cooking competition), the Awesome Mom Award, and a children’s colouring contest. Adding to the excitement of the program was the participation of participants from the Dungun District COMBI Tour program organized by the Dungun District Health Office, who joined in the morning aerobics session.
Three mothers were selected by the National Population and Family Development Board (LPPKN) of Terengganu as recipients of the Awesome Mom Award based on the results of health screenings involving body mass index (BMI), blood sugar levels, blood pressure, and cholesterol levels. In addition to competition prizes, various food hampers and electrical items were provided as lucky draw prizes. The closing ceremony of this program was further enlivened by the presence of Mr. Jusman Ibrahim, District Officer of Dungun.
According to Mr. Hiroki Yanase, Managing Director of Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., this community program is one of Yakult’s corporate social responsibilities (CSR) initiatives. “This year, in conjunction with Mother’s Day, we want to increase public awareness, including that of awesome mothers, about the importance of gut health care because 80% of our immune system resides in the gut.”
This CSR activity is in line with Yakult’s corporate philosophy of disease prevention, as Yakult believes that prevention is better than cure. Yakult also hopes to spread the goodness of probiotics to as many people as possible. For more information about Yakult’s activities, visit the Yakult website at www.yakult.com.my.
PROGRAM USUS SIHAT, IBU HEBAT TINGKATKAN KESEDARAN PENJAGAAN USUS SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU
Dungun, Mei 2024 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Pertubuhan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Wanita Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Dungun dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Dungun telah bekerjasama menganjurkan satu program “Usus Sihat, Ibu Hebat“ yang melibatkan kehadiran 300 orang penduduk Dungun.
Program ini dijalankan sempena sambutan Hari Ibu dan juga Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia yang kedua-duanya jatuh dalam bulan Mei. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan oleh pakar perubatan dan pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Aktiviti-aktiviti yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk Pertandingan Mencipta Keunikan Minuman Yakult (pertandingan memasak), Anugerah Ibu Hebat dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Turut memeriahkan program ini adalah peserta program Jelajah COMBI Daerah Dungun anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Dungun yang bersama-sama menyertai acara senam robik pada sebelah pagi.
Tiga orang ibu telah dipilih oleh Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu sebagai penerima Anugerah Ibu Hebat berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan melibatkan status indeks jisim badan (BMI), bacaan paras gula, tekanan darah dan paras kolesterol darah terbaik. Selain hadiah pertandingan, pelbagai hamper makanan dan barangan eletrik disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah. Majlis penutup program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Encik Jusman Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun.
Menurut Encik Hiroki Yanase, Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., program komuniti ini adalah salah satu inisiatif dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yakult. “Sempena Hari Ibu pada tahun ini, kami ingin meningkatkan kesedaran orang ramai termasuk ibu-ibu yang hebat tentang kepentingan penjagaan kesihatan usus kerana 80% daripada sistem imuniti kita berada dalam usus.“
Aktiviti CSR ini selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu pencegahan penyakit yang mana Yakult percaya bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Yakult juga berharap dapat menyebarkan kebaikan probiotik kepada seramai orang yang mungkin. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my.


