Yakult Malaysia Supports Maternal Wellness with Breastfeeding Education in Johor
Johor, 19th July 2025 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., in collaboration with health professionals and community partners, successfully hosted the “Empowering Moms Through Breastfeeding & Yakult” event on Saturday, 19th July 2025 at Rimbunan Event Space. The event gathered 60 enthusiastic mothers for an inspiring day focused on breastfeeding education, nutrition, and overall maternal wellness.
The event featured two engaging and informative talks “The Art of Breastfeeding” by Nad Masrom, a Lactation Counselor from Numom Malaysia, who shared essential techniques and emotional insights to support breastfeeding mothers. “Nourish to Nurture: Eat Well to Feed Well” by Nur Hafizah Hadi, a Dietitian from KPJ Puteri, who highlighted the critical role of a nourishing diet in supporting both mother and baby.
Adding a hands-on experience, Aliff from Yakult Malaysia conducted a fruit juice cooking demonstration featuring nutritious recipes that showed how probiotics can support health and vitality. Attendees each received an exclusive goodie bag filled with Yakult products, thoughtful samples from event sponsors ZeraMom, Farmasia, Lactomomma, and Numom, and participated in a lucky draw as part of the celebration.
According to Ms. Mazlyn Mena Mustapha, Associate Director of PR & Science Division of Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, “Our commitment at Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. is rooted in robust scientific research and a dedication to quality,” she said, highlighting the scientific foundation behind Yakult’s products. “The Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain (LcS) in Yakult has been the subject of decades of scientific study, demonstrating its ability to survive the digestive tract and contribute to a stronger gut environment, which is intricately linked to overall well-being for both mother and baby”.
The event successfully combined expert knowledge, hands-on learning, and community support to empower mothers on their breastfeeding and wellness journey, reflecting Yakult’s ongoing commitment to maternal and family health. For more information on Yakult’s activities, visit Yakult’s website at www.yakult.com.my.
Yakult Malaysia Menyokong Kesejahteraan Ibu Melalui Pendidikan Penyusuan Susu Ibu di Johor
Johor, 19 Julai 2025 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., dengan kerjasama para profesional kesihatan dan rakan komuniti, telah berjaya menganjurkan program “Memperkasakan Ibu Melalui Penyusuan Susu Ibu & Yakult” pada hari Sabtu yang lepas di Rimbunan Event Space, Johor Bahru. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 60 orang ibu yang teruja untuk menghadiri sesi perkongsian yang berfokuskan pendidikan penyusuan susu ibu, pemakanan, dan kesejahteraan ibu secara menyeluruh.
Acara ini menampilkan dua sesi ceramah yang menarik dan penuh informasi iaitu “Tips Penyusuan Susu Ibu” oleh Nad Masrom, Kaunselor Laktasi daripada Numom Malaysia, yang berkongsi teknik penting dan sokongan emosi dalam membantu ibu-ibu menyusu. Seterusnya, ceramah “Pemakanan untuk Penjagaan: Makan dengan Betul untuk Menyusukan Bayi Anda” oleh Nur Hafizah Hadi, Pakar Dietetik dari KPJ Puteri, yang menekankan kepentingan pemakanan seimbang dalam menyokong kesihatan ibu dan bayi.
Bagi melengkapkan sesi pembelajaran secara praktikal, Encik Aliff dari Yakult Malaysia turut mengendalikan demonstrasi penyediaan jus buah yang berkhasiat, yang menunjukkan bagaimana probiotik boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan kecergasan harian. Para peserta juga menerima beg cenderahati eksklusif yang mengandungi produk Yakult, sampel daripada penaja bersama seperti ZeraMom, Farmasia, Lactomomma, dan Numom. Acara menjadi lebih meriah dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik, sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
Menurut Puan Mazlyn Mena Mustapha, Pengarah Bersekutu Bahagian Perhubungan Awam & Sains, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, “Komitmen kami di Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. berteraskan kepada penyelidikan saintifik yang kukuh dan dedikasi terhadap kualiti,” ujar beliau sambil menekankan asas saintifik di sebalik produk Yakult.” “Strain Lacticaseibacillus paracasei Shirota (LcS) yang terdapat dalam Yakult telah dikaji secara saintifik selama beberapa dekad, dan terbukti mampu bertahan dalam sistem pencernaan serta meningkatkan fungsi usus yang secara langsung berkait rapat dengan kesejahteraan ibu dan bayi.”.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya menggabungkan kepakaran, pembelajaran praktikal, dan sokongan komuniti dalam usaha memperkasakan para ibu dalam perjalanan penyusuan dan kesihatan mereka. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan Yakult dalam menyokong kesihatan ibu dan keluarga di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Yakult, sila layari laman web rasmi Yakult di www.yakult.com.my.


