YAKULT MALAYSIA ESTABLISHES PARTNERSHIP WITH TERENGGANU FC

Kuala Terengganu, 21 January 2021 – After establishing a strategic partnership with Kelantan United Football Club last December, the world’s leading producer of probiotics, Yakult Malaysia Sdn Bhd, once again proves that they are serious in developing and contributing in the Malaysian football industry by collaborating with the Malaysian Super League team, Terengganu FC.

This cooperation agreement was a result of discussion by Yakult Malaysia represented by the Managing Director of Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada with the Management of Terengganu FC witnessing a sponsorship value of three hundred and eighty thousand (RM 380,000.00) and several joint grassroots football development programs with Terengganu FC.

Yakult Malaysia through its Managing Director, Hiroshi Hamada said, ‘in line with Yakult’s corporate philosophy of contributing to the health and happiness of the people around the world, Yakult is very supportive towards programs and activities that can build good health apart from creating a good environment. ‘, said Hamada.

Commenting on the selection of Terengganu FC for this cooperation, Hamada said, ‘Terengganu FC has shown good performance in the previous year to see them eligible to play in the 2021 Asian Cup Championship. This proves that this team is strong and has a big mission this season and Yakult wants to contribute to the success of this team in the future ‘.

Apart from that, Terengganu FC also has a good grassroot football development system. From the age of 7 years to the age of 21, Terengganu FC has proven that the development of football in the state of Terengganu has succeeded in producing quality players. The proof is that in recent years, their under-19 and 21-year-old teams are often in the top three for both age-old tournaments.

Meanwhile, the Chief Executive Officer, Terengganu Football Club Sdn Bhd described the collaboration with Yakult as a good start to the season. It is also a good sign for long-term cooperation in the development of grassroot football in the State of Terengganu.

“Cooperation with Yakult Malaysia today is a good start for TFC to face the league championship this season. Apart from that, it will be able to bring great benefits to the development of grassroot football in Terengganu through the programs that will be implemented together later. TFC greatly appreciates this effort and thank Yakult for this support ”

YAKULT MALAYSIA JALIN KERJASAMA BERSAMA TERENGGANU FC

Kuala Terengganu, 21 Januari 2021 – Selepas menjalinkan kerjasama strategik bersama Kelab Bola Sepak Kelantan United pada Disember lalu, pengeluar minimum probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn. Bhd, sekali lagi membuktikan mereka serius dalam membangunkan dan menyumbang dalam industri bola sepak Malaysia dengan menjalinkan kerjasama bersama pasukan Liga Super Malaysia, Terengganu FC.

Persetujuan kerjasama ini dicapai hasil daripada perbincangan pihak Yakult Malaysia yang diwakili oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada bersama Pengurusan Terengganu FC yang menyaksikan nilai tajaan sebanyak tiga ratus lapan puluh ribu (RM 380,000.00) dan beberapa perancangan program-program pembangunan bola sepak akar umbi bersama Terengganu FC.

Yakult Malaysia menerusi Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, ‘selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang ramai di seluruh dunia, Yakult sememangnya amat menyokong kepada segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan yang baik selain daripada mewujudkan persekitaran yang baik.’, ujar Hamada.

Mengulas mengenai pemilihan Terengganu FC bagi kerjasama ini, Hamada berkata, ‘Terengganu FC telah mempamerkan prestasi yang baik dan membanggakan pada tahun sebelumnya hingga menyaksikan mereka layak untuk beraksi pada Kejohanan Piala Asia 2021. Ini membuktikan pasukan ini berkualiti dan mempunyai misi besar pada musim ini dan Yakult mahu menjadi sebahagian kecil yang menyumbang kepada kejayaan pasukan ini pada masa akan datang’.

Selain itu, Terengganu FC juga mempunyai sistem pembangunan bola sepak akar umbi yang baik. Bermula dari peringkat umur 7 tahun hingga peringkat umur 21 tahun, Terengganu FC sememangnya telah membuktikan pembangunan bola sepak di negeri Terengganu berjaya menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti. Buktinya, beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan bawah 19 tahun dan 21 tahun mereka sering berada dalam kedudukan tiga teratas bagi kedua-dua kejohanan peringkat umur tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Football Club Sdn Bhd menyifatkan kerjasama dengan Yakult adalah satu permulaan yang baik untuk musim ini. Ianya juga satu petanda baik untuk kerjasama jangka masa panjang dalam pembangunan akar umbi bola sepak di Negeri Terengganu.

“ Kerjasama dengan pihak Yakult Malaysia hari ini  adalah satu permulaan yang baik bagi TFC bagi menghadapi saingan liga musim ini. Selain dari itu, ianya akan dapat membawa faedah yang besar kepada pembangunan bola sepak akar umbi di Terengganu ini melalui program-program yang akan dilaksanakan bersama nanti. Pihak TFC sangat menghargai usaha ini dan berterima kasih kepada pihak Yakult atas sokongan ini”