YAKULT LIVE NUTRITION QUIZ | GAYA HIDUP YAKULT KUIZ NUTRISI MAKANAN
TERMS AND CONDITIONS | TERMA DAN SYARAT

  • Yakult Live Nutrition Quiz (“the Quiz”) is organized by Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“the Organiser”).
    Kuiz Nutrisi Makanan (“Kuiz”) Gaya Hidup Yakult dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
  • Quiz period: 1st September 2021 until 31st October 2021
    Tempoh Kuiz: 1 September 2021 hingga 31 Oktober 2021

ELIGILIBITY | KELAYAKAN

  • The Quiz is open to all Malaysian citizens and residing in Malaysia only (“Participant”). Participants under the age of 18 can participate in this quiz with the consent of parents/ guardians have read and agree to these Terms and Conditions on its behalf.
    Kuiz ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk yang bermastautin di Malaysia sahaja (“Peserta”). Peserta bawah umur 18 tahun boleh menyertai kuiz ini dengan persetujuan ibu bapa/penjaga yang telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma dan Syarat bagi pihaknya.
  • Employees of the Organiser, its affiliates and/or related companies and their immediate family members are not eligible to participate in the Quiz.
    Pekerja Penganjur, ahli gabungan dan/atau syarikat yang berkaitan, serta ahli keluarga terdekat tidak layak menyertai Kuiz ini.

PARTICIPATION METHOD | CARA PENYERTAAN

  • To participate, Participants must comply with each of the following:
    Peserta harus memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk menyertai Kuiz:
    • Scan QR code in the Quiz page of Yakult LIVE (Vol 39; September 2021) and fill in the required personal details (full name as per IC, contact number, mailing address and race) in the microsite which can be accessed via Yakult Malaysia Website (http://www.yakult.com.my).
      Imbas kod QR pada halaman Kuiz Gaya Hidup Yakult (Vol 39: September 2021) dan isikan maklumat peribadi yang diperlukan (nama penuh seperti kad pengenalan, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan bangsa) di laman mikro yang boleh diakses melalui laman web Yakult Malaysia (http://www.yakult.com.my).
    • Fill in the correct answer in the allocated space of the microsite.
      Isikan jawapan yang betul dalam ruangan yang telah disediakan di laman mikro tersebut.
    • Click the ‘Submit’ button to submit the answer.
      Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar jawapan.
    • Every valid entry will be entitled for a lucky draw. 10 lucky winners will be chosen at the end of the Quiz using an Auto Generated System.
      Setiap penyertaan yang sah layak menyertai cabutan bertuah. 10 Pemenang bertuah akan dipilih menggunakan Sistem Penghasilan Auto selepas tamat tempoh Kuiz.
    • Multiple entries are permitted, however, each Participant may only win ONE (1) Prize. Spam will not be entertained.
      Setiap Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan namun hanya layak untuk memenangi SATU (1) Hadiah sahaja. Penyertaan spam tidak akan dilayan.
    • Entries received after the Quiz period are considered disqualified and will not be entertained.
      Penyertaan yang diterima selepas tamat tempoh Kuiz dianggap terbatal dan tidak akan dilayan.
  • Winners will be contacted by Organizer for Prize Arrangement. In the event, for any reason whatsoever, any of the Winners is unable to provide complete information for Organizer to perform Prize Arrangement within the stipulated time period, the Organizer shall not reimburse or compensate the Winner. The Organizer shall not be obliged to give extension notice of the Prize Arrangement Period. All unclaimed Prizes after the Prize Arrangement Period will be forfeited.
    Penganjur akan menghubungi Pemenang untuk Pemberian Hadiah. Sekiranya Peserta gagal memberi maklumat pengesahan yang lengkap kepada Penganjur untuk tujuan ini dalam masa yang ditetapkan, Penganjur berhak menarik balik Hadiah yang dimenangi. Penganjur tidak akan memberi notis mengenai lanjutan Tempoh Pemberian Hadiah. Semua Hadiah yang tidak dituntut selepas Tempoh Pemberian Hadiah akan ditarik balik.
  • The Organizer reserves the right to use any method or medium it deems fit at its sole and absolute discretion for the purpose of announcing the Winner.
    Penganjur berhak menggunakan apa-apa kaedah yang sesuai untuk tujuan pengumuman Pemenang mengikut budi bicaranya.

PRIZES | HADIAH

  • Prizes to be won are as follows:
    Hadiah untuk dimenangi adalah seperti di bawah:
    10 × 1 month supply of Yakult Ace Light (50 bottles)
    10 × 1 bulan bekalan Yakult Ace Light (50 botol)
  • The prizes will be delivered to the Winners on the following month after the Quiz has ended.
    Hadiah akan dihantar kepada Pemenang pada bulan yang seterusnya selepas tamat tempoh Kuiz.
  • The prizes are not exchangeable and/or transferable. No substitutions for prize except by the Organiser, in which case a prize of equal or greater value will be substituted.
    Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar dan/atau dipindah milik. Tiada penggantian hadiah dibenarkan kecuali oleh Penganjur dengan alternatif yang sama atau lebih nilainya.

GENERAL TERMS AND CONDITIONS | TERMA DAN SYARAT UMUM

  • The Organiser reserves the right to vary, delete or add to any of these Terms and Conditions from time to time without any prior notice.
    Penganjur berhak menukar, membatalkan atau menambah Terma dan Syarat dari masa ke masa, dan pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi notis terdahulu.
  • By participating in this Quiz, Participants agree to defend, indemnify and hold the Organiser harmless from and against any law suits, claims, losses, damages and expenses, including legal fees that may be arise from or in connection with the Quiz.
    Dengan menyertai Kuiz ini, Peserta dianggap bersetuju akan membela Penganjur dari sebarang liabiliti. Penganjur tidak akan menanggung segala tuntutan undang-undang, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin berlaku akibat penyertaan Kuiz.
  • The Organiser’s decisions are final and no correspondence thereon will be entertained. Please read the Terms and Conditions before participating.
    Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma dan Syarat Kuiz sebelum menyertai Kuiz ini.
  • By participating the Quiz, Participants agreed to the Terms and Conditions of the Quiz and grant the Organiser and their partner companies the use of data collected through the Quiz, likeness, biographical data and statements for purposes, including, without limitation, advertising, trade, or promotion, in perpetuity, in any and all media now known or hereafter devised, without compensation, unless prohibited by law.
    Dengan menyertai Kuiz ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kuiz, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kuiz, seperti, data biografik dan pernyataan bertujuan, termasuk, tetapi tidak terhad, untuk tujuan periklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang dari sisi undang-undang.

Terma dan Syarat di atas adalah terjemahan dalam Bahasa Melayu. Jika terdapat sebarang percanggahan dengan versi Bahasa Inggeris, maka Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

  • By participating the Quiz, Participants agreed to the Terms and Conditions of the Quiz.
    Dengan menyertai Kuiz ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kuiz.
  • For more enquiries, please call Customer Service team at 1300-88-8960 (Monday to Friday, from 9.00am to 5.00pm) or visit our website at www.yakult.com.my.
    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1300-88-8960 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau layari laman web kami di www.yakult.com.my