Cabaran Timbang Bola Sepak Terbesar di Malaysia

“Sertai kami untuk meraih peluang mewakili Malaysia ke Cabaran Timbang Bola Antarabangsa, anda mungkin hero yang kami cari”
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia (lelaki dan perempuan)

Tempoh: Bermula 1 Jun 2020 hingga 20 Jun 2020

Bawah 8 tahun:

  • Sila hantar video anda dengan menimbang sebanyak mungkin yang anda boleh lakukan dalam satu percubaan.
  • 11 orang pemain dengan jumlah timbangan tertinggi dalam satu percubaan dikira sebagai pemenang.
  • Hadiah : Wang tunai RM 200 dan Sijil Elektronik × 11 pemenang
Bawah 10 tahun:
  • Sila hantar video anda melakukan timbangan bola berterusan sebanyak 30 kali.
  • Sila tunjukkan masa yang diambil untuk melakukan 30 timbangan tersebut dalam video anda.
  • 11 orang pemain yang berjaya menimbang 30 timbangan paling pantas dalam satu timbangan akan dikira sebagai pemenang.
  • Hadiah : Wang tunai RM 200 dan Sijil Elektronik × 11 pemenang

Bawah 12 tahun (Freestyle):

  • Sila hantar video anda melakukan timbangan bola dengan cara yang paling kreatif.
  • Pemilihan pemenang akan ditentukan secara:
    50% markah akan diberikan oleh juri profesional yang akan mengadili dari sudut kreativiti anda.
    50% markah dikira melalui jumlah “Like” yang diterima daripada penonton di Facebook.
  • Seorang pemenang akan dipilih bagi kategori ini.
  • Hadiah : Wang tunai RM 400 dan Sijil Elektronik

Syarat Penyertaan:

  1. Ibu bapa/ penjaga/ jurulatih perlu merekod setiap video peserta melakukan timbangan bola dan muatnaik di Facebook ibu bapa/ penjaga/ jurulatih/ peserta dengan menggunakan #YakultGlobalCup dan tag Yakult Malaysia. Akaun Facebook tersebut perlulah boleh diakses oleh semua (bukan dalam mod sulit).
  2. Untuk cabaran individu, ibu bapa/ penjaga perlu mendaftar sebagai ahli Yakult Football Mama Club serta mendaftar penyertaan peserta melalui link di atas.
  3. Kegagalan setiap peserta melakukan pendaftaran peserta atau pasukan di laman web Yakult Malaysia akan menyebabkan penyertaan ditolak (walaupun video telah dimuat naik di Facebook masing-masing).

Peringkat Saringan Negeri (1 Jun 2020 – 20 Jun 2020):

  • Setiap pasukan diwakili oleh 7 orang peserta dan seorang jurulatih.
  • Penyertaan adalah mengikut negeri masing-masing.
  • Setiap pasukan perlu menyediakan video setiap peserta menimbang bola secara individu di rumah selama 30 saat dalam satu percubaan yang berterusan.
  • Jurulatih setiap pasukan perlu mengumpul video setiap ahli pasukan dan gabungkannya dalam 1 video sahaja.
  • Setiap pemain terlibat digalakkan menggunakan jersi yang sama.
  • Jumlah timbangan yang boleh dilakukan selama 210 saat oleh setiap pasukan akan diambil kira.
  • Pasukan yang mencatatkan mata yang paling tinggi dari setiap negeri akan layak ke pusingan akhir.
  • Setiap video yang disediakan perlu ada pengiraan masa selama 30 saat bagi setiap pemain ketika mereka melakukan aksi timbangan bola tersebut.
  • Sebanyak 13 negeri akan diambil kira bagi peringkat ini (Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk dalam negeri Selangor; Wilayah Persekutuan Labuan akan termasuk dalam negeri Sabah).
  • Hadiah bagi Juara peringkat negeri: Wang Tunai RM 1,000 dan sijil elektronik untuk peserta dan jurulatih.

Peringkat Akhir (26 Jun – 30 Jun 2020):

  • Setiap pasukan akan diwakili oleh 7 orang pemain dan seorang jurulatih yang mewakili negeri masing-masing.
  • Setiap pasukan perlu menyediakan video setiap pemain menimbang bola sambil memegang botol Yakult (yang penuh tetapi telah dibuka penutupnya) di kedua-dua belah tangan secara individu di rumah selama 30 saat dalam satu percubaan yang berterusan.
  • Jurulatih setiap pasukan perlu mengumpul video setiap ahli pasukan dan gabungkannya dalam 1 video sahaja.
  • Setiap pemain terlibat digalakkan menggunakan jersi yang sama.
  • Jumlah timbangan yang boleh dilakukan selama 210 saat oleh setiap pasukan akan diambil kira.
  • Pasukan yang mencatatkan mata yang paling tinggi dari setiap negeri akan layak ke pusingan akhir.
  • Setiap video yang disediakan perlu ada pengiraan masa selama 30 saat bagi setiap pemain ketika mereka melakukan aksi timbangan bola tersebut.
  • Hadiah Juara:Wang Tunai RM 3,000 dan sijil elektronik untuk peserta dan jurulatih serta layak menyertai Klinik Bola Sepak Fagiano Okayama yang akan diadakan di Malaysia pada bulan Disember 2020. Juara akan layak untuk masuk peringkat antarabangsa untuk menentang pasukan dari Jepun.
    Hadiah Naib Juara:Wang Tunai RM 1,500 dan sijil elektronik untuk peserta dan jurulatih serta layak menyertai Klinik Bola Sepak Fagiano Okayama yang akan diadakan di Malaysia pada bulan Disember 2020. Naib Juara juga akan layak untuk masuk peringkat antarabangsa untuk menentang pasukan dari Jepun.

Peringkat Antarabangsa (Tarikh akan diumumkan):

  • Setiap pasukan akan diwakili oleh 7 orang pemain dan seorang jurulatih yang mewakili negeri masing-masing.
  • Setiap pasukan perlu menyediakan video setiap pemain menimbang bola sambil memegang botol Yakult (yang penuh tetapi telah dibuka penutupnya) di kedua-dua belah tangan secara individu di rumah selama 45 saat dalam satu percubaan yang berterusan.
  • Jurulatih setiap pasukan perlu mengumpul video setiap ahli pasukan dan gabungkannya dalam 1 video sahaja.
  • Setiap pemain terlibat digalakkan menggunakan jersi yang sama.
  • Jumlah timbangan yang boleh dilakukan selama 315 saat oleh setiap pasukan akan diambil kira.
  • Pasukan yang mencatatkan mata yang paling tinggi dari setiap negeri akan layak ke pusingan akhir.
  • Setiap video yang disediakan perlu ada pengiraan masa selama 45 saat bagi setiap pemain ketika mereka melakukan aksi timbangan bola tersebut.
  • Hadiah Juara: Wang Tunai RM 5,000 dan sijil elektronik untuk peserta dan jurulatih
    Hadiah Naib Juara: Wang Tunai RM 3,000 dan sijil elektronik untuk peserta dan jurulatih
    Hadiah Tempat Ketiga: Wang Tunai RM 1,000 dan sijil elektronik untuk peserta dan jurulatih
    Hadiah Tempat Keempat: Wang Tunai RM 500 dan sijil elektronik untuk peserta dan jurulatih

Syarat Penyertaan:

  1. Ibu bapa/ penjaga/ jurulatih perlu merekod setiap video peserta melakukan timbangan bola dan muatnaik di Facebook ibu bapa/ penjaga/ jurulatih/ peserta dengan menggunakan #YakultGlobalCup dan tag Yakult Malaysia. Akaun Facebook tersebut perlulah boleh diakses oleh semua (bukan dalam mod sulit).
  2. Untuk cabaran berkumpulan, jurulatih perlu mendaftar penyertaan pasukan melalui link di bawah.
  3. Kegagalan setiap peserta melakukan pendaftaran peserta atau pasukan di laman web Yakult Malaysia akan menyebabkan penyertaan ditolak (walaupun video telah dimuat naik di Facebook masing-masing).

This event has passed. Registration is closed.

Winners for each category