YAKULT ESTABLISHES SMART COOPERATION WITH KELANTAN UNITED FOOTBALL CLUB

Kota Bharu, 30th December 2020 – Yakult Malaysia Sdn Bhd, the world’s leading probiotic beverage manufacturer once again made history today signing a joint strategic cooperation agreement with Kelantan United Football Club at the Ibis Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

This strategic cooperation agreement witnessed a team sponsorship at value of Two Hundred Fifty Thousand Ringgit Malaysia (RM 250,000.00) in addition to plans for grassroot football development programs with Kelantan United FC. This agreement was realized as a result of prior discussions between the two parties represented by Yakult Malaysia Managing Director, Hiroshi Hamada and Kelantan United FC President, Dato Che Abdullah Mat Nawi, who is also the Deputy Minister of Agriculture and Food Industry Malaysia.

Through this smart collaboration, Yakult Malaysia and Kelantan United FC have agreed to implement a joint grassroot football program apart from the exposure of Japanese Football DNA in the Kelantan United Football Team. The selection of Kelantan United as Yakult’s football strategic partner is because of the team’s achievements which was seen to be quite encouraging in the previous season apart from the support from the existing management which is very positive towards this effort.

Commenting on this initiative, Yakult Malaysia through its Managing Director, Hiroshi Hamada stated, “As a Japanese company, Yakult Malaysia would like to play a role in creating closer collaboration between Malaysia and Japan to contribute to the development of football in Malaysia. One of the ways we can contribute is by strategically creating connections and exposing the Japanese football DNA into the Malaysia football scene.” 

This cooperation program is in line with Yakult’s corporate philosophy which is “We contribute to the health and happiness of people around the world.” Therefore, Yakult strongly supports all programs and activities that can build good health apart from contributing to a healthy environment. Apart from that, the performance of this club is also seen to attract Yakult Malaysia to be together for this season.

“I see Kelantan United Fc as a team that can go further and give stiff competition to other teams for the 2021 season. The previous record of this team is also very good. Therefore, we choose to sponsor this team and establish strategic cooperation so that it can benefit not only this team, but the people in the state of Kelantan in general. “

“We have also introduced a Japanese Head Coach Akira Higashiyama, a young Japanese player, Yuki Tanigawa and Japanese Legend player, Masashi Motoyama to the Kelantan United team as part of the essence of this cooperation. Motoyama is a former Japan national player and has played with the Japan first division league team Kashima Antlers for 18 years and with club Giravanz Kitakyushu in the Japan second division league for 4 years. He is now 41 years old, but I’m confident he can make a contribution to the team and the local players in the coming season.” 

Meanwhile, Kelantan United FC President, Dato Che Abdullah Mat Nawi, described the strategic cooperation with Yakult Malaysia as a smart collaboration that will benefit the Kelantan United FC team as well as the development of grassroots football in the state of Kelantan.

“The importance of grassroots development doesn’t need to be further elaborated. If the term “grassroots development” is only being spoken about and no follow up action is taken to put it into motion, then it is all just empty talk. Thus, active effort has to be continued especially after methods to overcome the weakness has been identified. So, we have big hopes that through this strategic cooperation with Yakult (Malaysia), the development of football at grassroots level can be carried out and benefit the people in the state.”

 

YAKULT JALIN KERJASAMA PINTAR BERSAMA KELAB BOLA SEPAK KELANTAN UNITED

Kota Bharu, 30hb Disember 2020 – Yakult Malaysia Sdn Bhd, pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia sekali lagi mencatatkan sejarah hari ini apabila menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama Kelab Bola Sepak Kelantan United bertempat di Hotel Ibis, Kota Bharu, Kelantan.

Perjanjian kerjasama strategik ini menyaksikan nilai tajaan pasukan sebanyak Dua Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia (RM 250,000.00) selain perancangan program-program pembangunan bola sepak akar umbi bersama Kelantan United FC. Persetujuan ini dicapai hasil perbincangan kedua-dua pihak sebelum ini yang diwakili oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada serta Presiden Kelantan United FC, Dato Che Abdullah Mat Nawi, yang juga merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.

Melalui kerjasama pintar ini, pihak Yakult Malaysia dan Kelantan United FC telah bersetuju untuk melaksanakan program bola sepak akar umbi bersama selain daripada pendedahan DNA Bola Sepak Jepun dalam Pasukan Bola Sepak Kelantan United. Pemilihan Kelantan United sebagai rakan strategik bola sepak Yakult kerana pencapaian pasukan ini yang dilihat agak memberangsangkan pada musim terdahulu selain sokongan daripada pengurusan sedia ada yang amat positif terhadap usaha yang dijalankan ini.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Yakult Malaysia melalui Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, “Sebagai sebuah syarikat Jepun,  Yakult Malaysia ingin memainkan peranan dalam membentuk kerjasama yang lebih erat di antara Malaysia dan negara Jepun untuk menyumbang kepada pembangunan sukan bola sepak di Malaysia. Salah satu cara kami dapat memberi sumbangan ialah dengan menghubungkan kedua belah pihak secara strategik dan mendedahkan DNA bola sepak Jepun ke dalam arena bola sepak Malaysia.” 

Program kerjasama ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu “Kami menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang ramai di seluruh dunia.” Oleh yang demikian, pihak Yakult sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik selain daripada menghasilkan persekitaran yang sihat. Selain itu juga prestasi yang membanggakan oleh kelab ini juga dilihat menarik perhatian Yakult Malaysia untuk bersama bagi musim ini.

“Saya melihat Kelantan United FC ini sebagai satu pasukan yang boleh pergi lebih jauh dan memberikan saingan yang sengit kepada pasukan lain bagi musim 2021. Rekod pencapaian terdahulu pasukan ini juga amat baik. Oleh yang demikian, kami memilih untuk menaja pasukan ini serta menjalinkan kerjasama strategik supaya ianya dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada pasukan ini,tetapi kepada penduduk di negeri Kelantan secara amnya.”

“Kami juga telah memperkenalkan Ketua Jurulatih Jepun iaitu Akira Hagashiyama, Pemain Muda Jepun, Yuki Tanigawa dan Pemain Lagenda Jepun, Masashi Motoyama kepada pasukan Kelantan United sebagaimana sebahagian daripada intipati kerjasama ini. Motoyama merupakan bekas pemain kebangsaan bola sepak Jepun dan telah bermain bersama pasukan di Liga 1 Bola Sepak Jepun iaitu Kashima Antlers selama 18 tahun dan Kelab Giravanz Kitakyushu di Liga 2 Bola Sepak Jepun selama 4 tahun. Beliau sekarang berusia 41 tahun, namun saya yakin dan percaya beliau akan menyumbangkan sesuatu kepada pasukan ini dan pemain tempatan pada musim akan datang”

Sementara itu, Presiden Kelantan United FC, Dato Che Abdullah Mat Nawi, menyifatkan kerjasama strategik bersama Yakult Malaysia sebagai satu kerjasama pintar yang akan memberikan mafaat kepada pasukan Kelantan United FC serta pembangunan bola sepak akar umbi di negeri Kelantan.

“Grassroots development atau pembangunan akar umbi tidak perlu lagi dihuraikan kepentingannya. Sekiranya istilah “pembangunan akar umbi” hanya disebut-sebut dan tiada tindakan susulan untuk menggerakkannya maka semua itu hanyalah sembang kosong semata. Oleh itu, usaha yang giat haruslah diteruskan apatah lagi setelah cara-cara untuk mengatasi kekurangan tersebut berjaya dikenal pasti. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar melalui kerjasama strategik bersama pihak Yakult (Malaysia) ini, pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dapat diadakan sekaligus akan memberikan faedah kepada penduduk di negeri ini.”