YAKULT CONTINUES TO COLLABORATE WITH CEREZO OSAKA 

18th February 2021 – Yakult Malaysia today announced that they are legally continuing to collaborate with Japan-based football club Cerezo Osaka as their ASEAN Activation Partner for another year. 

The virtual signing ceremony was attended by Yakult Malaysia Managing Manager Hiroshi Hamada and Cerezo Osaka represented by President Hiroaki Morishima of the Cerezo Osaka Football Club. 

Through this understanding, Yakult (M) also confirmed that the Asean Dream Project (ADP) will continue to be implemented in collaboration with Cerezo Osaka football club as it was implemented in 2019. For the year 2021, it will be converted to Malaysia Dream Project (MDP) which will involve participants from Malaysia only. 

For this edition, a total of 15 talented young players from Malaysia who will be selected will represent Malaysia to be sent to Japan for training and friendly matches under the guidance of Cerezo Osaka football club coach. 

“We plan to run the Malaysia Dream Project program this year to give more opportunities to players from Malaysia to experience playing abroad. We hope that after this pandemic is over, this program will be able to run well’’. 

Earlier, Cerezo Osaka in collaboration with Yakult Malaysia has organized the Asean Dream Project in 2019 by selecting 5 talented young Malaysian players to be given the opportunity to train and gain knowledge with the Cerezo Osaka Football Academy in Japan. 

Apart from that, the Cerezo Osaka Football Academy team also participated in the 2019 SuperMokh Championship and even became the destination for young Malaysian players who are currently serving in Belgium, Luqman Hakim Shamsudin and 3 other friends underwent trial training in 2019. 

YAKULT TERUS JALIN KERJASAMA BERSAMA CEREZO OSAKA

18 Februari 2021 – Yakult Malaysia hari ni mengumumkan mereka sah meneruskan kerjasama bersama kelab bola sepak yang berpengkalan di Jepun, Cerezo Osaka sebagai ASEAN Activation Partner mereka bagi tempoh satu tahun lagi.

Upacara menandatangani persefahaman yang dijalankan secara virtual tersebut dihadiri oleh Pengurus Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada dan pihak Cerezo Osaka diwakili oleh Presiden Kelab Bola Sepak Cerezo Osaka, Hiroaki Morishima.

Menerusi persefahaman ini, pihak Yakult (M) turut mengesahkan Asean Dream Project (ADP) akan terus dilaksanakan dengan kerjasama kelab bola sepak Cerezo Osaka sepertimana yang pernah dilaksanakan pada tahun 2019. Bagi tahun 2021 ini, ianya akan di tukar kepada Malaysia Dream Project (MDP) yang akan melibatkan peserta dari Malaysia sahaja.

Bagi edisi kali ini seramai 15 orang pemain muda berbakat dari Malaysia yang terpilih akan mewakili Malaysia untuk dihantar ke Jepun bagi menjalani latihan dan perlawanan persahabatan dibawah kendalian jurulatih kelab bola sepak Cerezo Osaka.

“ Pihak kami bercadang untuk menjalankan program Malaysia Dream Project pada tahun ini untuk memberi peluang yang lebih kepada pemain dari Malaysia mendapatkan pengalaman bermain di luar negara. Kami berharap selepas pendemik ini selesai, program ini akan dapat dijalankan dengan baik”

Terdahulu, Cerezo Osaka dengan kerjasama Yakult Malaysia telah menganjurkan Asean Dream Project 2019 dengan memilih 5 pemain muda berbakat Malaysia untuk diberi peluang berlatih dan menimba ilmu dengan Akademi Bola Sepak Cerezo Osaka di Japan.

Selain itu, pasukan Akademi Bola Sepak Cerezo Osaka juga pernah menyertai Kejohanan SuperMokh 2019 malah turut menjadi destinasi pemain muda Malaysia yang kini berkelanan di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin dan 3 lagi rakannya menjalani latihan percubaan pada tahun 2019.

Gallery