Peraduan Detik Semangat Kesukanan

Bila kita bersukan, kadang kala kita terlampau fokus kepada kemenangan. Tetapi dalam pada itu, kita perlu beringat. Walaupun kemenangan itu penting, namun ia bukanlah aspek terpenting dalam sesuatu pertandingan. Sukan sebenarnya boleh memberi kita banyak pengajaran hidup.

#DetikSemangatKesukanan adalah sebuah projek yang bertujuan mengingatkan kita tentang kepentingan semangat kesukanan yang baik.

Semangat kesukanan yang baik ialah salah satu pengajaran yang harus sentiasa diterapkan dan ditekankan.

Kongsikan bersama kami gambar dan video #DetikSemangatKesukanan anda dan mari kita bersama-sama menyebarkan semangat kesukanan yang baik.

Tempoh Peraduan: 5hb Dis (Sabtu) – 10hb Jan (Ahad)

TERMA DAN SYARAT 

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan yang menetap di Malaysia.
  2. Hadiah tidak boleh ditukar dan/atau dipindah milik. Hadiah juga tidak boleh diganti kecuali oleh pihak Penganjur, dalam hal ini sama ada diganti dengan hadiah yang sama nilai atau hadiah yang mempunyai nilai lebih tinggi.
  3. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, mengubah atau memadam Terma dan Syarat dari masa ke semasa tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  4. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta yang Layak telah bersetuju untuk mempertahankan, mengganti rugi dan menghalang pihak Penganjur dari dipertanggungjawabkan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yangmungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.
  5. Dengan menyertai Peraduan ini, semua penyertaan akan menjadi milik pihak Penganjur. Peserta yang Layak tidak diberikan sebarang bayaran untuk penggunaan semula; dan membenarkan pihak Penganjur menggunakan gambar tersebut mengikut keperluan tanpa sebarang tuntutan.
  6. Keputusan dari pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma dan Syarat sebelum mengambil bahagian.
  7. Dengan menyertai kempen ini, Peserta telah bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan.
  8. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami di talian 1300-88-8960 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau lawati laman sesawang kami di www.yakult.com.my