YAKULT GLOBAL CUP 2021 – MOTOYAMA REELS JUGGLING CHALLENGE

TERMS AND CONDITIONS ׀ TERMA DAN SYARAT

  • Yakult Global Cup 2021 – Motoyama Reels Juggling Challenge (“the Contest”) is organized by Yakult (M) Sdn. Bhd. (the “Organizer”).
    Pertandingan Yakult Global Cup 2021 – Motoyama Reels Juggling Challenge (“Pertandingan”) yang dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
  • Contest period: 10th July 2021 – 31st July 2021
    Tempoh Pertandingan: 10 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021

ELIGIBILITY ׀ KELAYAKAN

  • The Contest is open to all Malaysian citizens (male & female) with a valid Malaysian Identity Card living in Malaysia or abroad (“Eligible Participant”).
    Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia (lelaki & perempuan) dengan MyKad sah yang menetap sama ada di dalam atau luar negara. (“Peserta yang layak”)
  • Employees of the Organizer, its affiliates and/or related companies and their immediate family members are not eligible to participate in the Contest.
    Pekerja di kalangan Penganjur, ahli gabungan dan/atau syarikat yang berkaitan serta ahli keluarga terdekat tidak layak menyertai pertandingan ini.

PARTICIPATION METHOD ׀ CARA PENYERTAAN

  • The Contest consists of 3 categories:
    Pertandingan ini mempunyai 3 kategori:
    1. Easy
      Mudah
    2. Intermediate
      Sederhana
    3. Pro
      Pro
  • Participants may choose to participate in either one of the categories or all three categories.
    Peserta boleh menyertai salah satu kategori atau kesemua kategori.
  • To participate, Participants must comply with each of the following:
    Peserta harus memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk menyertai Pertandingan:

1. By choosing a category, share a creative remix Instagram Reels from one of three Reels posted by the Organizer.
Dengan memilih satu kategori, kongsikan remix Instagram Reels yang kreatif dari salah satu Reels yang telah dikongsikan oleh Penganjur.

2. The Reels shall include tagging of the Organizer’s official Instagram account @yakult_gc, with hashtags #YakultGlobalCup2021 and #MotoyamaChallenge.
Reels tersebut harus mempunyai tagging akaun Instagram rasmi Penganjur @yakult_gc, serta hashtag #YakultGlobalCup2021 dan #MotoyamaChallenge.

3. The length of each Reels shall not be longer than 30 seconds and set public for viewing
Panjang setiap Reels tidak boleh melebihi 30 saat dan harus ditetapkan pada mood ‘Public’ (bukan pada mood sulit).

4. No limitation of submissions for each Participant during the Contest period.
Tiada had penyertaan bagi setiap Peserta sepanjang tempoh Pertandingan.

  • The Organizer will contact the Winners via Instagram Direct Message for details verification. Failure to reply within 7 working days to provide verification of details will result in disqualification and forfeiture of prizes won.
    Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui fungsi “Direct Message” Instagram untuk mendapatkan pengesahan. Kegagalan memberi maklumat pengesahan kepada Penganjur dalam masa 7 hari bekerja akan mengakibatkan kehilangan kelayakan dan hadiah yang dimenangi akan ditarik balik.

PRIZES ׀ HADIAH

  • Prizes to be won are as follows:
    Hadiah untuk dimenangi adalah seperti di bawah:

 1. Beginner category
Kategori Mudah

Champion: RM 500 cash + 1 adult size Team Harimau 2021 jersey + 1 PUMA football with Masashi Motoyama’s autograph
Juara: Wang tunai RM 500 + sehelai jersi rasmi pasukan Harimau Malaya 2021 bersaiz dewasa + sebiji bola sepak jenama PUMA dengan autograf Masashi Motoyama

1st Runner Up:
RM 300 cash + 1 PUMA football with Masashi Motoyama’s autograph
Naib Juara Pertama: Wang tunai RM 300 + sebiji bola sepak jenama PUMA dengan autograf Masashi Motoyama

2nd Runner Up: RM 200 cash + 1 PUMA football with Masashi Motoyama’s autograph
Naib Juara Kedua: Wang tunai RM 200 + sebiji bola sepak jenama PUMA dengan autograf Masashi Motoyama

2. Intermediate category
Kategori Sederhana

Champion: RM 1000 cash + 1 adult size Team Harimau 2021 jersey + 1 PUMA football with Masashi Motoyama’s autograph
Juara: wang tunai RM 1000 + sehelai jersi rasmi pasukan Harimau Malaya 2021 bersaiz dewasa + sebiji bola sepak jenama PUMA dengan autograf Masashi Motoyama

1st Runner Up:
RM 500 cash + 1 PUMA football with Masashi Motoyama’s autograph
Naib Juara Pertama: Wang Tunai RM 500 + sebiji bola sepak jenama PUMA dengan autograf Masashi Motoyama

2nd Runner Up: RM 300 cash + 1 PUMA football with Masashi Motoyama’s autograph
Naib Juara Kedua: Wang tunai RM 300 + sebiji bola sepak sepak jenama PUMA dengan autograf Masashi Motoyama

3. Pro category
Kategori Pro

Champion: RM 2000 cash + 1 adult size Team Harimau 2021 jersey + 1 PUMA football with Masashi Motoyama’s autograph
Juara: Wang tunai RM 2000 + sehelai Jersi rasmi pasukan Harimau Malaya 2021 bersaiz dewasa + sebiji bola sepak jenama PUMA dengan autograf Masashi Motoyama

1st Runner Up: RM 1000 cash + 1 PUMA football with Masashi Motoyama’s autograph
Naib Juara Pertama: Wang tunai RM 1000 + sebiji bola sepak jenama PUMA dengan autograf Masashi Motoyama

2nd Runner Up: RM 500 cash + 1 PUMA football with Masashi Motoyama’s autograph
Naib Juara Kedua: Wang tunai 500 + sebiji bola sepak jenama PUMA dengan autograf Masashi Motoyama

  • The prizes are not exchangeable and/or transferable. No substitutions for prize except by the Organizer, in which case a prize of equal or greater value will be substituted. Size of jersey will be given based on Organizer’s stock availability.
    Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar dan/atau dipindah milik. Tiada penggantian hadiah dibenarkan kecuali oleh Penganjur kepada hadiah yang bernilai sama atau lebih. Saiz jersi akan diberi oleh Penganjur mengikut stok yang masih ada.
  • The prizes will be arranged to the Winners the following month after the Contest has ended. Prizes will be arranged to Winners with a valid correspondence address and bank account in Malaysia. For prizes with arrangement request to outside of Malaysia, the arrangement fee (including but not limited to the following, international bank transfer fees, shipment fees) shall be borne by Winners.
    Hadiah akan dihantar kepada Pemenang yang mempunyai akaun bank yang sah serta beralamat di Malaysia, sebulan selepas tamat tempoh Pertandingan. Sekiranya beralamat di luar negara, Pemenang harus menanggung segala kos yang terlibat (termasuk tetapi tidak terhad kepada berikut, yuran pemindahan wang antarabangsa, caj penghantaran) untuk pengurusan hadiah.

GENERAL TERMS AND CONDITIONS ׀ TERMA DAN SYARAT UMUM

  • The Organizer reserves the right to vary, delete or add to any of these Terms and Conditions from time to time without any prior notice.
    Penganjur berhak menukar, membatalkan atau menambah Terma dan Syarat dari masa ke semasa dan pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
  • By participating in this Contest, Participants agree to defend, indemnify and hold the Organizer harmless from and against any law suits, claims, losses, damages and expenses, including legal fees that may be arise from or in connection with the Contest.
    Dengan menyertai Pertandingan ini, Peserta dianggap bersetuju akan membela Penganjur dari sebarang liabiliti. Penganjur tidak akan menanggung segala tuntutan undang-undang, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin berlaku akibat penyertaan Pertandingan.
  • The Organizer’s decisions are final and no correspondence thereon will be entertained. Please read the Terms and Conditions before participating.
    Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma dan Syarat Pertandingan sebelum menyertai.
  • By participating the Contest, Participants agreed to the Terms and Conditions of the Contest and grant the Organizer and their partner companies the use of data collected through the Contest, likeness, biographical data and statements for purposes, including, without limitation, advertising, trade, or promotion, in perpetuity, in any and all media now known or hereafter devised, without compensation, unless prohibited by law.
    Dengan menyertai Pertandingan ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Pertandingan, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Pertandingan, seperti, data biografik dan pernyataan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad,  untuk tujuan periklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang dari sisi undang-undang. 
  • By participating the campaign, Participants agreed to the Terms and Conditions of the Contest.
    Dengan menyertai Pertandingan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Pertandingan.

Terma dan Syarat di atas ialah terjemahan dalam Bahasa Melayu. Jika terdapat sebarang percanggahan dengan versi Bahasa Inggeris, maka Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

  • For more enquiries, please call Yakult Global Challenger Customer Service at 011- 5657 3609 (Monday to Friday, from 9.00am to 5.00pm) or visit our website at www.yakult.com.my or through Yakult Global Challenger official social media channels.
    Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Yakult Global Challenger di 011 – 5657 3609 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau melayari laman web di www.yakult.com.my atau melalui laman sosial Yakult Global Challenger.