MOTOYAMA ARRIVES IN MALAYSIA

6th February 2021 – The sensational star of Kelantan United this season who is also a former key player of Kashima Antlers club, Masashi Motoyama has arrived in Kuala Lumpur today and is undergoing quarantine for 7 days (because test results done in Japan 3 days before departing to Malaysia was negative) before leaving for Kota Bahru, Kelantan to be with his club. This would be his first experience playing with a club outside of Japan.

He arrived this evening and is excited to start training session with Kelantan United soon.

“Hello to everyone. I am Masashi Motoyama. Nice to meet you all. I will be playing for Kelantan United this season. I can’t wait to join the team and play with them. I also look forward to meeting you all in Malaysia. Thank you for all your support” he said through a video sent to the media in Malaysia.

Masashi Motoyama had played for Kashima Antler for 18 years before joining Giravanz Kitakyushu in the 2016 season.

He was also one of the members of the 2004 Japan Asian Cup squad.

His entry to Kelantan United is the result of a smart partnership between Yakult Malaysia and Kelantan United FC which was previously agreed on. It is also part of the Kelantan United grassroots football development plan to implement Japanese Football DNA exposure in the team.

Earlier, he was with Dato’ Kennedy Jawan, Malaysian Ambassador in Japan at a luncheon at Rasa Malaysia halal Restaurant in Ginza, Tokyo. Even though it was his first time trying Malaysian food, he praised the deliciousness of Malaysian food and was a little excited to try various other Malaysian food later.

MOTOYAMA TIBA DI MALAYSIA

6 February 2021 – Bintang sensasi Kelantan United musim ini yang juga merupakan bekas pemain utama kelab Kashima Antlers, Masashi Motoyama telah tiba di Kuala Lumpur hari ini dan menjalani prosedur kuarantin selama 7 hari (kerana keputusan ujian yang di jalankan di Jepun 3 hari sebelum ke Malaysia adalah negatif) sebelum bertolak ke Kota Bahru, Kelantan bagi bersama kelabnya. Ini merupakan pengalaman pertama beliau bermain untuk kelab di luar Jepun.

Beliau yang tiba petang ini merasa teruja untuk memulakan sesi latihan bersama Kelantan United sedikit masa lagi.

“Hello kepada semua. Saya Masashi Motoyama. Gembira bertemu anda semua. Saya akan bermain bersama Kelantan United musim ini.Saya agak tidak sabar untuk menyertai pasukan ini dan bermain bersama mereka. Saya juga tidak sabar untuk bertemu anda semua di Malaysia. Terima kasih atas sokongan anda semua untuk saya” ujarnya menerusi satu kiriman video kepada media di Malaysia.

Masashi Motoyama pernah beraksi untuk Kashima Antler selama 18 tahun sebelum menyertai Giravanz Kitakyushu pada musim 2016.

Beliau juga merupakan salah seorang anggota skuad Piala Asia Jepun tahun 2004.

Penyertaannya bersama Kelantan United merupakan hasil kerjasama pintar pihak Yakult Malaysia dan Kelantan United FC yang di metrai sebelum ini. Ianya juga adalah sebahagian daripada perancangan pembangunan bola sepak akar umbi Kelantan United yang ingin melaksanakan pendedahan DNA Bola Sepak Jepun dalam pasukan tersebut.

Terdahulu beliau sempat bersama Dato’ Kennedy Jawan, Duta Besar Malaysia di Jepun dalam sebuah majlis makan tengahari di Restoren Halal Rasa Malaysia di Ginza, Tokyo. Meskipun pengalaman pertama beliau merasai makanan Malaysia namun beliau sempat memuji keenakkan makanan Malaysia dan sedikit teruja untuk mencuba pelbagai makanan Malaysia yang lain nanti.