TERMA DAN SYARAT PERADUAN MAGHI TIMBE BOLA
- Peraduan Maghi Timbe Bola (“Peraduan”) dianjurkan oleh Kelantan United Football Club (“Penganjur”) bersama Yakult Global Challenger (“Penganjur Bersama”).
- Tempoh Peraduan: 1 November 2021 hingga 30 November 2021.
KELAYAKAN
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia (lelaki & perempuan) dengan MyKad sah yang menetap sama ada di dalam atau luar negara dan berumur 18 tahun dan ke bawah. (“Peserta Layak”)
- Pekerja di kalangan Penganjur dan Penganjur Bersama, ahli gabungan dan/atau syarikat yang berkaitan serta ahli keluarga terdekat tidak layak menyertai peraduan ini.
CARA PENYERTAAN
- Peserta perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk menyertai Peraduan:
1. CABARAN YUKI
Tonton video Yuki Tanigawa menimbang bola di laman Facebook Kelantan United FC (@KelantanUnitedFC) dan muat naik video terbaik anda meniru gaya timbangan bola Yuki menggunakan kaki secara berselang seli di Facebook dan tag @KelantanUnitedFC, @yakultglobalchallenger atau di Instagram dan tag @kelantan_unitedfc, @yakult_gc diikuti dengan #maghitimbebola dan #beBOLD.
Kapsyen anda mesti lengkap dengan maklumat nama penuh seperti dalam kad pengenalan, umur dan kategori penyertaan.
2. CABARAN SHUHEI
Tonton video Shuhei Fukai menimbang bola di laman Facebook Kelantan United FC (@KelantanUnitedFC) dan muat naik video terbaik anda meniru gaya timbangan bola Shuhei menggunakan SATU teknik Reverse Toe Bounce Foot Cross di Facebook dan tag @KelantanUnitedFC, @yakultglobalchallenger atau di Instagram dan tag @kelantan_unitedfc, @yakult_gc diikuti dengan #maghitimbebola dan #beBOLD.
Kapsyen anda mesti lengkap dengan maklumat nama penuh seperti dalam kad pengenalan, umur dan kategori penyertaan.
3. CABARAN KREATIF
Muat naik video timbangan bola paling kreatif di Facebook dan tag @KelantanUnitedFC, @yakultglobalchallenger atau di Instagram dan tag @kelantan_unitedfc, @yakult_gc diikuti dengan #maghitimbebola dan #beBOLD. Cabaran ini tidak tertakluk kepada satu peserta, namun timbangan bola harus secara berterusan.
Kapsyen anda mesti lengkap dengan maklumat nama penuh seperti dalam kad pengenalan, umur dan kategori penyertaan.
- Tiada had penyertaan bagi setiap Peserta sepanjang tempoh Peraduan. Sebarang penipuan akan mengakibatkan kehilangan kelayakan.
- Penganjur Bersama akan menghubungi Pemenang melalui “Facebook Messenger” untuk mendapatkan pengesahan. Kegagalan untuk memberi maklumat pengesahan dalam masa 7 hari bekerja akan mengakibatkan kehilangan kelayakan dan hadiah yang dimenangi akan ditarik balik.
HADIAH
- Hadiah untuk dimenangi adalah seperti di bawah:
Cabaran Yuki | 3 Pemenang Terbaik: 3 × Wang Tunai RM100 + e-sijil + 1 helai Jersi Yakult Global Challenger Pemenang sagu hati: 7 × e-sijil + 1 helai Jersi Yakult Global Challenger |
Cabaran Shuhei | 3 Pemenang Terbaik: 3 × Wang Tunai RM200 + e-sijil + 1 helai Jersi Yakult Global Challenger Pemenang sagu hati: 7 × e-sijil + 1 helai Jersi Yakult Global Challenger |
Cabaran Kreatif | 1 × Wang Tunai RM500 + e-sijil+ 1 helai Jersi Yakult Global Challenger |
- Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar dan/atau dipindah milik. Tiada penggantian hadiah dibenarkan kecuali oleh Penganjur kepada hadiah yang bernilai sama atau lebih. Saiz jersi akan diberi oleh Penganjur mengikut stok yang masih ada.
- Hadiah akan dihantar kepada Pemenang yang mempunyai akaun bank yang sah serta beralamat di Malaysia, sebulan selepas tamat tempoh Peraduan. Sekiranya beralamat di luar negara, Pemenang harus menanggung segala kos yang terlibat (termasuk tetapi tidak terhad kepada berikut, yuran pemindahan wang antarabangsa, caj penghantaran) untuk pengurusan hadiah.
TERMA DAN SYARAT UMUM
- Penganjur berhak menukar, membatalkan atau menambah Terma dan Syarat dari masa ke masa dan pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap bersetuju akan membela Penganjur dari sebarang liabiliti. Penganjur tidak akan menanggung segala tuntutan undang-undang, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin berlaku akibat penyertaan Peraduan.
- Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma dan Syarat Peraduan sebelum menyertai Peraduan ini.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Peraduan, seperti, data biografik dan pernyataan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan periklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang dari sisi undang-undang.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan.
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Yakult Global Challenger di 014- 633 8960 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau layari laman web rasmi www.yakult.com.my atau laman sosial Yakult Global Challenger.
