Pendaftaran telah tamat.

Klinik Bola Sepak YGC 2021 (“Klinik”) anjuran Yakult Global Challenger (“Penganjur”) akan diadakan di tiga lokasi seperti ketetapan di atas.  

KELAYAKAN 

Klinik ini dibuka kepada semua warganegara dan pemastautin di Malaysia (lelaki dan perempuan) berumur 12 – 15 tahun (lahir pada tahun 2006 – 2009).

CARA PENYERTAAN 

  1. Ibu bapa perlu mendaftar sebagai ahli YGCS (https://ygcschool.com.my/). Nombor keahlian YGCS ibu bapa adalah prasyarat bagi pendaftaran anak-anak ke YGCS. 
  2. Anak-anak perlu mendaftar sebagai ahli YGCS dan menyelesaikan sekurang-kurangnya SATU (1) modul pembelajaran, seterusnya mendapat e-sijil setelah tamat modul. 
  3. Isi butiran pendaftaran Klinik di laman mikro yang boleh diakses melalui laman web rasmi Yakult Malaysia. 50 peserta layak akan dipilih (“Peserta Terpilih”) secara rawak menggunakan sistem berkomputer.  

TERMA DAN SYARAT UMUM 

  1. Jersi YGC akan diberikan kepada semua Peserta Terpilih. Peserta Terpilih perlu menyediakan seluar, kasut, stoking dan aksesori sendiri.  
  2. Peserta Terpilih dikehendaki menjalani saringan kendiri Covid-19 menggunakan kit ujian air liur yang disediakan oleh pihak Penganjur ketika sesi pendaftaran di Klinik. Penyertaan dianggap terbatal sekiranya keputusan ujian adalah positif.  
  3. Penganjur berhak meminda, membatalkan atau menambah Terma dan Syarat dari masa ke masa, dan pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi notis terdahulu.  
  4. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan. Sila baca Terma dan Syarat sebelum menyertai Klinik ini.  
  5. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, menggunakan apa-apa kaedah yang sesuai untuk menghubungi Peserta Terpilih bagi tujuan pengesahan dan pemberitahuan maklumat berkaitan Klinik. Kegagalan Peserta Terpilih untuk memberi maklumat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan penyertaan terbatal. 
  6. Sekiranya berlaku sebarang ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat dan mana-mana pengiklanan Klinik, publisiti dan bahan lain berkaitan dengan Klinik ini, Terma dan Syarat yang telah dinyatakan akan diguna pakai. 
  7. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Yakult Global Challenger di 014- 633 8960  (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau layari laman web di www.yakult.com.my atau laman sosial Yakult Global Challenger.