‘HEALTHY GUT FOR A HEALTHIER YOU!’ IN CONJUNCTION WITH WORLD DIGESTIVE HEALTH DAY.
Seremban, 10th May 2025 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., UCSI Hospital, and the Women Civil Servants Association (PUSPANITA) of the Port Dickson Branch have successfully worked hand in hand to organize a community-oriented program – “Healthy Gut for a Healthier You!” This program was held in conjunction with World Digestive Health Day, which falls in May.
This initiative aimed to raise awareness about digestive health, its connection to mental wellness, and the importance of adopting a healthier lifestyle. The event was attended by approximately 150 residents from the Seremban and Port Dickson areas.
The event took place at UCSI Hospital, welcoming local community members, government representatives, healthcare professionals, students, and NGOs. Attendees had an engaging and educational experience, featuring health talks by medical experts, interactive activities, free Yakult product samples, health screenings, and wellness workshops.
“This initiative reflects Yakult’s commitment to preventive healthcare and community engagement,” said Ms. Mazlyn Mena, Associate Director of the Public Relations and Science Department at Yakult Malaysia. “We are proud to collaborate with UCSI Hospital to educate the public on the importance of gut health and its impact on overall well-being”, she added.
Event Highlights:
- Health Talks by medical specialists on topics such as overall wellness, nutrition and probiotics for gut health.
- Health Awareness Booths providing insights into gut health, mental health, probiotics, and overall wellness.
- Home Delivery Awareness Program, allowing attendees to obtain details of Yakult’s home delivery service.
- Traditional Chinese Medicine (TCM) Wellness Session featuring Ba Duan Jin, led by Master Ng Chee Seong from the Seremban Health Qigong ZIZAIFANG Station.
Special appreciation is extended to the generous sponsors, Sunshine Bread, Fresh Life Mineral Water, and Wawasan Office, for their invaluable contributions of food, beverages, and gifts, which have greatly enriched the event experience.
This initiative aligns with Yakult’s mission to promote preventive healthcare and aims to make a lasting impact on the community. Through collaboration with healthcare professionals, educational institutions, and local businesses, Yakult Malaysia and UCSI Hospital seek to foster a deeper understanding of the gut-brain axis and encourage healthier lifestyle choices.
This CSR activity is in line with Yakult’s corporate philosophy of disease prevention, as Yakult firmly believes that prevention is better than cure. The company also hopes to spread the goodness of probiotics to as many people as possible.
For more information about Yakult’s activities, visit www.yakult.com.my.
‘USUS SIHAT, ANDA HEBAT!’ SEMPENA HARI KESIHATAN PENGHADAMAN SEDUNIA
Seremban, 10th Mei 2025 – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Hospital UCSI, dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Port Dickson telah bekerjasama menganjurkan program berorientasikan komuniti bertajuk ‘Usus Sihat, Anda Hebat!’ bersempena Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia yang disambut pada bulan Mei setiap tahun.
Inisiatif program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan sistem penghadaman, hubungannya dengan kesihatan mental, serta kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Kira-kira 150 orang penduduk dari kawasan Seremban dan Port Dickson telah menghadiri program ini.
Program ini berlangsung di Hospital UCSI dan disertai oleh ahli komuniti tempatan, organisasi sektor awam, anggota kesihatan, pelajar, dan organisasi bukan kerajaan. Para hadirin menikmati pengalaman interaktif dan pendidikan melalui ceramah kesihatan oleh pakar perubatan, aktiviti interaktif, pengagihan sampel percuma produk Yakult, pemeriksaan kesihatan badan, dan bengkel berkaitan penjagaan kesihatan.
‘Inisiatif ini mencerminkan komitmen Yakult terhadap penjagaan kesihatan, pencegahan dan penglibatan komuniti,’ kata Mazlyn Mena, Pengarah Bersekutu Jabatan Perhubungan Awam dan Sains, Yakult Malaysia. ‘Kami bangga dapat bekerjasama dengan pihak Hospital UCSI untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan penjagaan usus dan kesannya terhadap kesejahteraan keseluruhan,’ tambahnya.
Imbasan Program:
- Ceramah kesihatan oleh pakar perubatan mengenai kesejahteraan umum, pemakanan, dan probiotik untuk kesihatan usus.
- Pameran Kesedaran Kesihatan yang memberi pendedahan tentang kesihatan usus, kesihatan mental, probiotik, dan kesejahteraan keseluruhan.
- Pendedahan kepada Perkhidmatan Penghantaraan Yakult dari rumah ke rumah.
- Sesi senaman ‘Ba Duan Jin‘ yang diketuai oleh Master Ng Chee Seong dari Stesen Kesihatan Qigong ZIZAIFANG Seremban.
Pihak Yakult juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja yang bermurah hati dari Sunshine Bread, Fresh Life Mineral Water, dan Wawasan Office atas sumbangan makanan, minuman, dan hadiah bagi menyemarakkan program ini.
Inisiatif ini selaras dengan misi Yakult untuk menekankan kepentingan pencegahan penyakit serta memperkukuhkan pemahaman tentang hubungan antara usus dan otak, selain menggalakkan amalan gaya hidup yang lebih sihat.
Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini mencerminkan falsafah korporat Yakult bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Yakult juga berharap dapat menyebarkan kebaikan probiotik kepada orang ramai.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Yakult, sila layari sesawang Yakult di www.yakult.com.my.

