HADI FAYYADH INTRODUCED TO JAPANESE MEDIA WITH AZUL CLARO NUMAZU CLUB
20 January 2021 – Malaysian Under-23 National Footballer, Hadi Fayyadh Abdul Razak has been officially announced as one of the 10 new players of J3 League club, Azul Claro Numazu for the 2021 season in a ceremony held at the Azul Claro Numazu training Center in Shizuoka Province, Japan.
In the introductory ceremony for the new player, Hadi Fayyadh will use jersey number 27 for his new team.
According to Hadi, he chose the number because it was symbolic for him to be a step ahead than before. Previously, Hadi used the number 28 on his jersey with Fagiano Okayama’s team.
“I will do my best for this team to appreciate the opportunities that was given with this team. I can’t wait to start playing with the Numazu team and hope for the best for this 2021 season”.
“I chose this number 27 jersey because as a symbol that I am better than before. I hope to be able to play with this team and collect more minutes of playing”.
For the record, the decision to lend Hadi Fayyadh with the club comes after Fagiano Okayama had discussions with Hadi Fayyadh, as well as Yakult Malaysia to get more minutes of the match and more opportunities to play in league competitions. It will also give Hadi a valuable experience for the 2021 season.
HADI FAYYADH DI PERKENALKAN KEPADA MEDIA JEPUN BERSAMA KELAB AZUL CLARO NUMAZU
20 Januari 2021 – Penyerang Bola Sepak Kebangsaan Malaysia Bawah 23 Tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak telah diumumkan secara rasmi sebagai salah seorang dari 10 pemain baharu kelab J3 League, Azul Claro Numazu untuk aksi musim 2021 dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Latihan Azul Claro Numazu di wilayah Shizuoka, Jepun.
Dalam majlis pengenalan pemain baru itu, Hadi Fayyadh akan menggunakan jersi bernombor 27 untuk pasukan barunya itu.
Menurut Hadi, beliau memilih nombor itu kerana ianya sebagai simbolik kepada dirinya untuk menjadi lebih baik selangkah ke hadapan berbanding sebelum ini. Sebelum ini, Hadi menggunakan nombor 28 pada jersinya bersama pasukan Fagiano Okayama.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ini bagi menghargai peluang yang telah diberikan bersama pasukan ini. Saya tidak sabar bagi memulakan aksi bersama pasukan Numazu dan mengharapkan segala yang terbaik bagi musim 2021 ini”
“Saya memilih jersi bernombor 27 ini kerana sebagai simbolik yang saya telah jadi lebih baik dari sebelum ini. Saya mengharapkan akan dapat beraksi bersama pasukan ini dan mengumpul minit bermain dengan lebih banyak”.
Sebagai rekod, keputusan untuk meminjamkan Hadi Fayyadh bersama kelab tersebut selepas pihak Fagiano Okayama melakukan perbincangan bersama Hadi Fayyadh, serta pihak Yakult Malaysia bagi mendapatkan minit perlawanan dan peluang beraksi yang lebih dalam saingan liga. Ianya juga akan memberikan pengalaman yang berharga kepada Hadi bagi saingan musim 2021.