Ceria RaYAKULT
Redeem & Win

The campaign has ended.

1. The Ceria Rayakult Redeem and Win Contest (“Contest”) organized by Yakult (M) Sdn Bhd (“Organizer”). By participating in this “Contest”, Yakult Malaysia customers (“Participants”) are deemed to have read and understand the Terms and Conditions of the Contest and agree to abide by them.
Peraduan Tebus dan Menang Ceria Rayakult (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yakult (M) Sdn Bhd (“Penganjur”). Dengan menyertai “Peraduan” ini, pelanggan Yakult Malaysia (“Peserta”) dianggap telah membaca and memahami Terma dan Syarat Peraduan tersebut di sini dan bersetuju mematuhinya.

2. This Contest starts on 12 April until 23 May 2021 (“Contest Period”). All entries received outside of the Contest Period will be automatically disqualified.
Peraduan ini bermula pada jam pada 12 April sehingga 23 Mei 2021 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

3. This contest is open to all Malaysian citizens and aged 18 years and above on 12 April 2021 as stated in the Participant’s Identity Card/Participants from the date of purchase (Participants under the age of 18 can participate in this contest with the consent of parents / guardians have read and agree to these Contest Terms and Conditions on its behalf).
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun dan ke atas pada 12 April 2021 seperti yang dinyatakan di Kad Pengenalan Peserta mulai tarikh pembelian (peserta di bawah umur 18 tahun boleh menyertai peraduan ini dengan persetujuan ibu bapa / penjaga telah membaca dan setuju kepada Peraduan Terma dan Syarat ini bagi pihaknya).

4. Organizing staffs (including their immediate family), authorized distributors, wholesalers, companies / corporations, project sales, and their agents are not eligible to participate in this contest.
Kakitangan Penganjur (termasuk keluarga terdekat mereka), pengedar-pengedar yang dibenarkan, pemborong, syarikat / perbadanan, jualan-jualan projek, dan ejen-ejennya tidak layak untuk menyertai peraduan ini.

METHOD OF PARTICIPATION | KAEDAH PERNYERTAAN

5. To participate in this contest, Participants are required to comply with the following steps.
Untuk menyertai peraduan ini, Peserta dikehendaki untuk mematuhi langkah-langkah berikut.

BUY | BELI

I. Purchase Yakult Malaysia products worth a minimum of RM18 in one printed receipt during the Contest period from any grocery store, supermarket (GMS), Yakult Lady, or any official Yakult Malaysia e-commerce platform
Beli produk Yakult Malaysia bernilai minimum RM18 dalam satu resit bercetak dalam tempoh Peraduan dari mana-mana kedai runcit, pasaraya (GMS), Yakult Lady, atau mana-mana platform e-dagang rasmi Yakult Malaysia

WHATSAPP

II. Take a picture of the Purchase Receipt – make sure the purchase receipt contains complete information i.e. the products involved, receipt number, price, store name and date of purchase.
Ambil gambar Resit Pembelian – pastikan resit pembelian mengandungi maklumat lengkap iaitu produk terlibat, nombor resit, harga, nama kedai dan tarikh pembelian.

III. Send a clear picture of the official receipt / e-receipt to the Organizer using the Whatsapp application, along with the full name as in the IC, identity card number and correspondence address.
Hantarkan gambar resit rasmi / e-resit secara jelas kepada Penganjur menggunakan aplikasi Whatsapp, berserta nama penuh seperti dalam IC, nombor kad pengenalan dan alamat surat-menyurat.

IV. Every proof of purchase worth RM18.00 is entitled for ONE (1) entry and redemption for ONE (1) set of Ceria Raya, while stocks last.
Setiap bukti pembelian bernilai RM18.00 layak untuk SATU (1) penyertaan dan penebusan SATU (1) set Ceria Raya, sementara stok masih ada.

IMPORTANT | PENTING

V. Participants may submit multiple entries.
Peserta boleh menyertai penyertaan lebih daripada satu penyertaan.

VI. Participants must use the same personal details (full name, identity card number and mailing address) for each entry submitted.
Peserta mesti menggunakan butiran peribadi yang sama (nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat surat-menyurat) bagi setiap penyertaan yang dihantar.

VII. Participants MUST keep the original Proof of Purchase/ Original Purchase Receipt as they may be required to submit them for winner confirmation and prize redemption.
Peserta MESTI menyimpan Bukti Pembelian asal/ Resit Pembelian asal sekiranya ia perlu dipamerkan untuk tujuan pengesahan pemenang dan penebusan hadiah.

VIII. The Organizer reserves the right to reject any submitted Contest entry, including but not limited to the following reasons:-(i) incomplete, illegible, and / or inaccurate details, copies; and / or (ii) send an illegible or unclear image proof of purchase; and / or (iii) contains something illegal, obscene, embarrassing, defamatory or abusive to any person / organization.
Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan Peraduan yang diserahkan, termasuk tetapi tidak diperhadkan kepada sebab-sebab berikut :- (i) tidak lengkap, tidak boleh dibaca, dan / atau butiran tidak tepat, salinan; dan / atau (ii) menghantar imej bukti pembelian yang kabur; dan / atau (iii) mengandungi sesuatu haram, lucah, memalukan, fitnah atau kesat kepada mana-mana orang / organisasi.

IX. Entries received after the Contest period are invalid.
Penyertaan yang diterima selepas tempoh Peraduan adalah tidak sah.

X. Failure of the selected winners to submit the original proof of purchase (official printed receipt/ official e-receipt) will result in disqualification from the contest and revocation of prizes.
Kegagalan Peserta untuk mengemukakan bukti pembeli (resit rasmi bercetak /e-resit rasmi) akan membatalkan penyertaan serta tidak layak untuk penebusan hadiah.

XI. The Organiser will contact the Eligible Winners via Whatsapp application/call for details verification. Failure to reply within 7 working days to provide verification of details will result in disqualification and forfeiture of prizes won.
Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui WhatsApp/panggilan telefon untuk mendapatkan pengesahan. Kegagalan memberi maklumat pengesahan kepada Penganjur dalam masa 7 hari bekerja akan mengakibatkan kehilangan kelayakan dan hadiah yang dimenangi akan ditarik balik.

CONTEST PRIZES | HADIAH PERADUAN

6. Category of prizes:
Category hadiah-hadiah:

5 × Weekly Lucky Draw Prizes-RM100.00 Touch N Go E-wallet reload
5 × Hadiah Cabutan Bertuah Mingguan – RM100.00 Touch N Go E-wallet reload
3 × Grand Prize – iPad Air
3 × Hadiah Utama – iPad Air

7. Prizes are not exchangeable and / or transferable, or redeemable with cash (Touch N Go E-wallet reload). There is no substitution for prizes except by the Organizer, where prizes of equal or greater value will be substituted.
Hadiah tidak boleh ditukar dan / atau dipindah milik, atau ditebus dengan wang tunai (tambah nilai Touch N Go E-wallet). Tiada penggantian untuk hadiah kecuali oleh Penganjur, di mana hadiah dengan nilai yang sama atau lebih besar akan digantikan.

GENERAL TERMS | SYARAT UMUM

8. This Contest cannot be redeemed with any other contest organized by the Organizer.
Peraduan ini tidak boleh ditebus dengan mana-mana peraduan lain yang dianjurkan oleh Penganjur.

9. By providing the required information, Participants hereby consent to the Organizer in processing his or her personal data for this Contest as stated in the PDPA clause in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”).
Dengan menyediakan maklumat yang diperlukan, Peserta dengan ini bersetuju kepada Penganjur dalam memproses data peribadinya untuk Peraduan ini seperti yang termaktub dalam fasal PDPA selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

10. By participating in this Contest, Participants grant the Organizer and their partner companies the use of data collected through the Contest, likeness, biographical data and statements for purposes, including, without limitation, advertising, trade, or promotion, in perpetuity, in any and all media now known or hereafter devised, without compensation, unless prohibited by law.
Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat untuk menggunakan data yang telah dikumpul melalui Peraduan, seperti data biografi dan kenyataan untuk tujuan, termasuk, dan tidak terhad kepada pengiklanan, perdagangan atau promosi secara berkekalan dalam mana-mana dan semua media yang sedia ada atau akan datang, tanpa pampasan kecuali jika dilarang oleh undang-undang.

11. The Organizer will not be responsible for Contest entries, which have been postponed or cannot be submitted due to any reason during the Contest period.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam penyertaan Peraduan, yang telah ditangguhkan atau tidak boleh diserahkan disebabkan apa-apa sebab semasa tempoh Peraduan.

12. The Organizer shall not be liable in any way to any person for any loss or damage resulting from or in connection with this Contest.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara kepada mana-mana orang untuk sebarang kerugian atau kerosakan terhasil daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.

13. The Organizer shall have the absolute right and discretion to determine all matters relating to this Contest (including but not limited to the eligibility of this Contest) and such decision shall be final and binding on all Participants. Any correspondence in any form and manner on any matter relating to this Contest will not be entertained.
Penganjur akan mempunyai hak dan budi bicara mutlak menentukan segala perkara berkaitan dengan Peraduan ini (termasuk tetapi tidak diperhadkan kepada kelayakan Peraduan ini) dan keputusan sedemikian akan menjadi muktamad dan terikat pada semua Peserta. Sebarang surat-menyurat dalam apa-apa bentuk dan cara tentang apa-apa perkara berkenaan Peraduan ini tidak akan dilayan.

14. The Organizer may at any time terminate this Contest or amend any of the terms and conditions of this Contest without prior notice and without assigning any reason.
Penganjur boleh pada bila-bila masa menamatkan Peraduan ini atau meminda mana-mana terma dan syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa memberikan apa-apa sebab.

15. In the event of any inconsistency between the Terms and Conditions and any advertising of the Contest, publicity and other materials relating to this Contest, these Terms and Conditions shall prevail.
Sekiranya berlaku sebarang ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat dan mana-mana periklanan Peraduan, publisiti dan bahan lain berkaitan dengan Peraduan, Terma dan Syarat ini akan diamalkan.

16. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and all parties agree to submit to the exclusive jurisdiction of the courts of Malaysia.
Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan semua pihak bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

17. For further inquiries, please contact the Customer Service centre at 1800-88-8960 (Monday to Friday, from 9.00 am to 5.00 pm) or visit our website at www.yakult.com.my.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat Khidmat Pelanggan di 1800-88-8960 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau lawati laman web kami di www.yakult.com.my.

Contest Winners Gallery