MENITI USIA EMAS, SIHAT DAN SEJAHTERA! PROGRAM KOMUNITI UNTUK WARGA EMAS
Seremban, May 2026 – Yakult (Malaysia) Sdn.Bhd. dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) MyAgeing Seremban telah menganjurkan program komuniti bertajuk “Meniti Usia Emas, Sihat dan Sejahtera!” di Kilang Yakult Seremban bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan probiotik untuk penjagaan fungsi usus serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan golongan berusia yang lebih berisiko terhadap pelbagai masalah kesihatan.
Program ini telah disertai oleh kira-kira 100 individu berusia 50 tahun ke atas serta ahli komuniti setempat. Para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti kesihatan yang interaktif, termasuk sesi senaman ringan, ceramah pemakanan, serta saringan kesihatan asas.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yakult dalam mempromosikan penjagaan kesihatan berasaskan pencegahan serta memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan usus,” kata Mazlyn Mena, Pengarah Bersekutu Jabatan Perhubungan Awam dan Sains, Yakult Malaysia
Imbasan Program:
- Sesi Senaman Ba Duan Jin yang membantu meningkatkan fleksibiliti dan kesejahteraan tubuh badan.
- Sesi “Chair Exercise” (Pencegahan Risiko Jatuh) yang memberi fokus kepada latihan keseimbangan dan pengukuhan otot bagi meningkatkan mobiliti golongan berusia.
- Ceramah Pemakanan & Aktiviti “DIY Healthy Sandwich” oleh pakar dietetik dari KPJ Hospital Seremban.
- Saringan Kesihatan Asas Percuma, termasuk pemeriksaan BMI, tekanan darah, paras gula dan kolesterol.
- Lawatan Kilang Yakult Seremban bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses pengeluaran minuman probiotik Yakult.
Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini sejajar dengan falsafah Yakult yang berasaskan pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati, di samping menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Yakult, sila layari sesawang Yakult di www.yakult.com.my
[拥抱黄金岁月:健康常在!] 社区年长者健康活动
(芙蓉, 6日讯)– 由Yakult (马) 有限公司以及芙蓉MyAgeing乐龄活动中心(PAWE)成功携手在芙蓉Yakult工厂举办了一项名为【拥抱黄金岁月:健康常在!】的社区活动。该活动旨在提高大众对益生菌在肠道功能中重要性的认识,并倡导健康生活方式,尤其是针对更容易受到各种健康问题影响的年长人士。
此次活动吸引了约100名50岁及以上人士及本地社区成员参与。参与者有机会参与多项互动健康活动,包括轻运动课程、营养讲座以及基础健康筛查。
Yakult马来西亚公共与科学部副总监玛兹林指出,此活动体现了Yakult持续致力于推动预防性保健,并加强公众对肠道健康重要性的认知。
活动亮点:
- 八段锦运动课程,以提升柔韧性和整体健康。
- “椅子运动”(预防跌倒风险)课程,重点在于平衡训练和肌肉强化,以提升年长者的行动能力。
- 由芙蓉KPJ医院营养师主讲的营养讲座及“DIY健康三明治”活动。
- 免费基础健康筛查,包括身体质量指数(BMI)、血压、血糖及胆固醇检测。
- 参观芙蓉Yakult工厂,让参与者了解Yakult益生菌饮料的生产过程。
本次活动契合Yakult一贯推崇的 “预防胜于治疗” 理念,同时鼓励社区持续实践健康的生活方式。
欲了解更多有关Yakult活动的信息,请浏览 www.yakult.com.my 。