1. Peraduan Yakult Setiap Hari 2026 (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
  2. Terbuka kepada SK, SJKC, SJKT dan SRA sahaja.
  3. Tempoh peraduan: 1 April 2026 – 31 Oktober 2026, sehingga pukul 6:00 petang.
  4. Penyertaan invois yang diterima selepas 31 Oktober 2026, jam 6.00 petang tidak akan diambilkira dalam peraduan ini oleh pihak penganjur.
  5. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.
  6. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma & Syarat sebelum mengambil bahagian.
  7. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan,atau promosi untuk selama- lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah yang menjual minuman probiotik Yakult melalui jualan koperasi, kelab guru atau kantin yang terletak di 2 lokasi yang disenaraikan di bawah:
    1. Kuala Lumpur
    2. Perlis, Putrajaya dan Labuan.
  2. Lima (5) pemenang “Anugerah Sokongan Terunggul” akan dipilih berdasarkan pembelian Yakult yang tertinggi dalam tempoh peraduan.