KEMPEN BELI & MENANG 2025 – MEMORI RAYAKULT

TERMA & SYARAT

1. Kempen Beli & Menang 2025 – Memori RaYakult (“Kempen”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).

2. Tempoh Kempen: 22 Februari 2025 – 30 Mac 2025

KELAYAKAN

3. Kempen ini terbuka kepada semua penduduk yang menetap di Malaysia sahaja (“Peserta Layak”). Peserta di bawah umur 18 tahun pada 1 Januari 2025 menurut Kad Pengenalan/Pasport boleh menyertai Kempen ini dengan kebenaran ibu bapa/penjaga. Dengan menyertai Kempen ini, ibu bapa/penjaga peserta bawah umur 18 tahun dianggap memberi kebenaran untuk menyertai Kempen ini serta telah membaca dan bersetuju kepada Terma dan Syarat ini.

4. Kakitangan Penganjur, ahli bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan serta ahli keluarga terdekat tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

KAEDAH PENYERTAAN

5. Kempen terbahagi kepada DUA (2) segmen. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak harus memenuhi kriteria berikut:

PENEBUSAN

  • Beli produk Yakult dengan minimum 20 botol dalam satu transaksi dari mana-mana Yakult Lady, atau dari mana-mana rakan e-dagang rasmi Yakult Malaysia, pasar raya, kedai barangan am termasuk kedai runcit, kecuali kedai atau koperasi di bawah sekolah, kantin dan Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dalam tempoh Kempen.
  • Setiap pembelian 20 botol layak bagi SATU (1) penebusan untuk SATU (1) set sampul Raya eksklusif, sementara stok masih ada.
  • Peserta boleh menebus set sampul Raya angpau eksklusif daripada Yakult Lady atau Promoter Yakult.
  • Bagi pembelian atas talian atau dari pasar raya dan kedai barangan am tanpa Promoter Yakult, Peserta boleh mengimbas kod QR yang dicetak pada iklan Kempen untuk menebus set sampul Raya eksklusif.
  • Peserta mesti menyimpan semua resit asal/e-resit sebagai bukti pembelian sehingga penebusan set angpau.
  • Nombor siri unik pada sampul Raya akan dihantar kepada Peserta melalui WhatsApp untuk penebusan terus melalui laman web Penganjur dari 24hb Mac 2025 hingga 30hb Mac 2025, pukul 12.00 tengahari.
  • Penebusan terus selepas 30hb Mac 2025, 12.00 tengahari tidak akan menerima nombor siri unik dari Penganjur. Namun, Peserta akan menerima set sampul Raya eksklusif melalui pos dalam masa 3-5 hari bekerja. Sementara stok sampul Raya eksklusif masih ada.

CABUTAN BERTUAH

  • Imbas kod QR pada set sampul Raya, isikan nombor siri sampul Raya dan butiran yang diperlukan di laman mikro yang boleh diakses melalui laman web Yakult Malaysia (http://www.yakult.com.my)
  • Setiap nombor siri layak untuk SATU (1) penyertaan. Setiap penyertaan yang sah layak untuk cabutan bertuah mingguan.
  • 85 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu menggunakan Sistem Cabutan Berkomputer sepanjang tempoh Kempen.
  • Peserta mesti menyimpan nombor siri angpau yang asli sebagai bukti penyertaan sehingga penebusan hadiah.

6. Tiada had penebusan dan penyertaan bagi setiap Peserta sepanjang tempoh Kempen. Penyertaan palsu atau berulang akan dibatalkan dan tidak akan dilayan.

7. Penebusan dan penyertaan yang diterima selepas tempoh Kempen dianggap terbatal dan tidak akan dilayan.

8. Pemenang Cabutan Bertuah Mingguan akan diumumkan pada laman sesawang dan akaun media sosial rasmi Penganjur pada:

  • Pemenang Minggu Pertama – 5hb Mac 2025
  • Pemenang Minggu Kedua – 12hb Mac 2025
  • Pemenang Minggu Ketiga – 19hb Mac 2025
  • Pememnang Minggu Keempat – 26hb Mac 2025
  • Pemenang Minggu Kelima & Hadiah Utama – 9hb April 2025

9. Hadiah akan dihantar kepada Pemenang Layak mengikut butiran yang diberi. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan hadiah semasa penghantaran, serta penghantaran hadiah ke alamat atau nombor telefon yang salah disebabkan oleh kegagalan Peserta memberi butiran yang betul.

10. Pin tambah nilai e-dompet Touch n Go akan dihantar kepada Pemenang melalui aplikasi WhatsApp berdasarkan nombor telefon yang diberikan semasa mengisi borang penyertaan. Penganjur tidak akan menghantar pin tambah nilai semula jika nombor telefon yang diberikan tidak betul atau tidak lengkap, atau nombor telefon tersebut tidak mempunyai aplikasi WhatsApp versi terkini untuk menerima mesej.

11. Pin tambah nilai e-dompet Touch n Go akan dihantar kepada Pemenang dalam tempoh Kempen.

12. Penganjur akan menghubungi Pemenang Hadiah Utama melalui panggilan telefon untuk mengatur cara pemberian Hadiah.

13. Kegagalan memberikan nombor siri/resit/e-resit asal sebagai bukti penyertaan apabila diminta oleh Penganjur akan menyebabkan hilang kelayakan dan hadiah akan ditarik balik.

HADIAH

14. Hadiah untuk dimenangi setiap minggu adalah seperti berikut:

  • Hadiah Pertama: 5 X RM 200 Tambah nilai e-dompet Touch n Go
  • Hadiah Kedua: 30 X RM 100 Tambah nilai e-dompet Touch n Go
  • Hadiah Ketiga: 50 X RM 50 Tambah nilai e-dompet Touch n Go

15. Hadiah utama untuk dimenangi adalah seperti berikut:

  • 5 X Jongkong emas 999.9 (5g)

16. Hadiah tidak boleh ditukar dan/atau dipindah milik, atau ditebus dengan wang tunai. Tiada penggantian hadiah dibenarkan kecuali oleh pihak Penganjur dengan alternatif yang sama atau lebih nilainya.

TERMA DAN SYARAT UMUM

17. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.

18. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap bersetuju akan membela Penganjur dari sebarang liabiliti. Penganjur tidak akan menanggung segala tuntutan undang-undang, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin berlaku akibat penyertaan Kempen.

19. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma & Syarat sebelum mengambil bahagian.

20. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.

21. Sekiranya berlaku sebarang ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat dan mana-mana pengiklanan Kempen, publisiti dan bahan lain berkaitan dengan Kempen ini, Terma dan Syarat yang telah dinyatakan harus diamalkan.

22. Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan semua pihak bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

23. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-88-8960 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau layari laman web kami di www.yakult.com.my.