Kempen Penebusan Baucar Tunai (Cash Voucher Redemption Campaign)
- Kempen Penebusan Baucar Tunai (“Kempen”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
- Tempoh Kempen: 1 Mei 2026 – 31 Mei 2026
- Kempen ini terbuka kepada semua penduduk yang menetap di Malaysia sahaja (“Peserta Layak”).
- Kakitangan Penganjur, ahli bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan serta ahli keluarga terdekat tidak layak untuk menyertai Kempen ini.
- Beli produk Yakult dengan minimum RM40.00 dan ke atas dalam satu transaksi (tertakluk kepada kedai-kedai terpilih sahaja), atau mengumpul resit/bukti pembelian produk Yakult sehingga jumlah keseluruhan pembelian mencapai RM40.00 dan ke atas (tertakluk kepada kedai-kedai terpilih sahaja) dalam tempoh Kempen (1 hingga 31 Mei 2026).
- Senarai kedai-kedai yang layak adalah seperti berikut:
- NSK Selayang
- NSK Kuchai Lama
- NSK Rawang Jaya
- NSK Kota Damansara
- NSK Taman Maluri Cheras
- NSK Mahkota Cheras
- NSK Klang Sentral
- NSK Pandan
- NSK Ulu Tiram
- NSK Negeri Sembilan 2
- NSK Melaka
- NSK Nusajaya
- Setiap pembelian produk Yakult bernilai RM40.00 dan ke atas yang sah dalam tempoh Kempen layak menebus SATU (1) baucar tunai bernilai RM10.00 secara terus dengan promoter Yakult di kedai-kedai terpilih sepanjang tempoh Kempen, sementara baucar tunai masih ada.
- Peserta harus menyimpan semua resit/bukti pembelian asal sebagai bukti penyertaan sehingga penerimaan baucar tunai. Kegagalan Peserta untuk mengemukakan resit/bukti pembelian asal sewaktu diminta oleh Penganjur akan ditolak dan/atau menyebabkan pembatalan kelayakan penyertaan.
- Resit/Bukti pembelian yang tidak jelas dan/atau tidak lengkap akan ditolak oleh Penganjur. Segala aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
- Penganjur hanya menerima resit/bukti pembelian produk Yakult yang dibuat di kedai-kedai yang terlibat dalam kempen ini sepanjang tempoh Kempen, dan tidak akan menerima sebarang resit/bukti pembelian daripada kedai lain.
- Setiap resit/bukti pembelian yang dikemukakan untuk penebusan baucar tunai mesti berasal daripada hanya satu kedai yang terpilih. Resit daripada cawangan lain, walaupun cawangan tersebut juga termasuk dalam senarai cawangan terpilih, tidak dibenarkan digabungkan untuk penebusan baucar tunai.
- Baucar tunai yang dimenangi tidak boleh ditukar dan/atau dipindah milik, atau ditebus dengan wang tunai. Tiada penggantian baucar tunai dibenarkan kecuali oleh Penganjur dengan alternatif yang sama atau lebih nilainya.
- Tiada had penebusan bagi setiap Peserta sepanjang tempoh Kempen. Penyertaan palsu atau berulang akan dibatalkan dan tidak akan dilayan.
- Penyertaan yang diterima selepas 31 Mei 2026 dianggap terbatal dan tidak akan dilayan oleh Penganjur.
- Penebusan baucar tunai dibuka sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), sementara baucar tunai masih ada. Segala penebusan baucar tunai selepas 31 Mei 2026 tidak akan dilayan.
- Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.
- Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma & Syarat sebelum mengambil bahagian.
- Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.
- Waktu penebusan baucar tunai adalah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, dari jam 12:00 tengah hari hingga 7:00 petang. Penebusan adalah melalui promoter Yakult Sahaja.