New Study Finds Shirota Strain Reduces Harmful Toxins in Malaysians
Shah Alam, June 2025– A recent study has found that regularly drinking the beverage, which contains a unique probiotic known as Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain (Shirota strain), may help reduce the risk of harmful aflatoxins in the body, contribute positively to maintain the health of people living in a warm and humid climates such as in Malaysia.
Aflatoxins are harmful chemicals produced by certain types of fungi (mold) that can grow on food like grains, nuts, and animal feed, especially in warm and humid conditions. These chemicals are known to increase the risk of liver cancer and other health problems. In Malaysia, where the weather encourages mold growth, aflatoxin contamination in food is a serious concern.
In a joint study by Yakult Honsha Co., Ltd. (Japan) and Universiti Putra Malaysia (UPM), 174 healthy Malaysian adults were selected for a 12-week clinical trial. Half of them drank two bottles of the beverage containing 30 billion units of Shirota strain daily, while the other half drank a similar-tasting drink without Shirota strain (placebo). The results showed that after 12 weeks of consuming the beverages, the concentration of aflatoxins in the participants’ urine was significantly lower in the group of people who regularly consumed the beverage containing Shirota strain compared to the group that consumed the placebo beverage that did not contain Shirota strain.
“This is a promising step forward in preventive health, especially for Malaysians who are regularly exposed to aflatoxins through their diet,” said Assoc. Prof. Dr. Mohd Redzwan Sabran, one of the study’s authors from UPM.
The study also found that individuals with greater knowledge about aflatoxin contamination exhibited lower aflatoxin levels in their blood serum, and that those who consumed more grains exhibited higher urinary aflatoxin levels.
The full study was published in The Journal of Nutrition on 16 April 2025 and is available online at: https://doi.org/10.1016/j.tjnut.2025.04.014.
These findings highlight the potential of the beverage containing Shirota strain as a preventive health measure in regions prone to aflatoxin exposure. As part of its commitment to public health, Yakult group continues to invest in scientific research and education to promote better understanding of probiotics and their role in preventive health. For more information about the Shirota strain and Yakult’s initiatives, please visit www.yakult.com.my.
About Yakult
Yakult is a globally recognized probiotic drink that contains the unique Shirota strain, a probiotic that has been scientifically researched for 90 years. This unique strain is known for its ability to improve gut function. In Malaysia, Yakult is produced at its manufacturing facility in Seremban, Negeri Sembilan and is available in two variants, the regular Yakult Ace and Yakult Ace Light, a lower sugar option. Both products contain at least 30 billion units of the Shirota strain.
Kajian Terkini Mendapati Shirota Strain Mengurangkan Toksin Berbahaya di Kalangan Rakyat Malaysia.
Shah Alam, Jun 2025 – Satu kajian terkini mendapati bahawa pengambilan minuman yang mengandungi probiotik unik iaitu Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain (Shirota strain) secara berkala mungkin membantu mengurangkan risiko aflatoksin berbahaya dalam badan yang menyumbang secara positif kepada kesihatan individu yang tinggal di iklim panas dan lembap seperti di Malaysia.
Aflatoksin ialah bahan kimia berbahaya yang dihasilkan oleh kumpulan kulat tertentu yang boleh tumbuh pada makanan seperti bijirin, kekacang, dan makanan haiwan, terutamanya dalam keadaan panas dan lembap. Bahan kimia ini diketahui boleh meningkatkan risiko kanser hati dan masalah kesihatan lain. Di Malaysia, di mana cuacanya menggalakkan pertumbuhan kulat, pencemaran aflatoksin dalam makanan merupakan isu yang serius.
Dalam satu kajian bersama oleh Yakult Honsha Co., Ltd. (Jepun) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), seramai 174 orang dewasa Malaysia yang sihat telah dipilih untuk menjalani ujian klinikal selama 12 minggu. Separuh daripada mereka minum dua botol minuman yang mengandungi 30 bilion unit Shirota strain setiap hari, manakala separuh lagi minum minuman yang serupa dari segi rasa tetapi tidak mengandungi Shirota strain (plasebo). Hasil kajian menunju kan bahawa selepas 12 minggu pengambilan minuman tersebut, kepekatan aflatoksin dalam air kencing peserta adalah jauh lebih rendah dalam kumpulan yang mengambil minuman mengandungi Shirota strain berbanding kumpulan yang mengambil minuman plasebo.
“Ini merupakan satu langkah yang penting dalam bidang kesihatan pencegahan, terutamanya bagi rakyat Malaysia yang sering terdedah kepada aflatoksin melalui pemakanan mereka,” kata Prof. Madya Dr. Mohd Redzwan Sabran, salah seorang penulis kajian dari UPM.
Kajian tersebut juga mendapati bahawa individu yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang pencemaran aflatoksin menunjukkan paras aflatoksin yang lebih rendah dalam serum darah mereka, dan mereka yang mengambil lebih banyak bijirin menunjukkan paras aflatoksin yang lebih tinggi dalam air kencing.
Kajian penuh telah diterbitkan dalam The Journal of Nutrition pada 16 April 2025 dan boleh diakses secara dalam talian di: https://doi.org/10.1016/j.tjnut.2025.04.014.
Penemuan ini menunjukkan potensi minuman yang mengandungi Shirota strain sebagai langkah kesihatan pencegahan di kawasan yang terdedah kepada aflatoksin. Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap kesihatan awam, kumpulan Yakult terus melabur dalam penyelidikan saintifik dan pendidikan untuk mempromosikan pemahaman yang lebih mendalam tentang probiotik dan peranannya dalam penjagaan kesihatan pencegahan. Untuk maklumat lanjut tentang Shirota strain dan inisiatif Yakult, sila lawati laman sesawang, www.yakult.com.my.
Tentang Yakult
Yakult ialah minuman probiotik yang diiktiraf di peringkat global dan mengandungi bakteria unik Shirota strain, iaitu probiotik yang telah dikaji secara saintifik selama 90 tahun. Strain istimewa ini dikenali kerana kemampuannya untuk membantu fungsi usus. Di Malaysia, Yakult dihasilkan di kilang pengeluarannya di Seremban, Negeri Sembilan yang menghasilkan dua varian minuman, iaitu Yakult Ace yang biasa dan Yakult Ace Light, pilihan kandungan gula yang lebih rendah. Kedua-dua produk ini mengandungi sekurang-kurangnya 30 bilion unit Shirota strain.