1. Peraduan Misi Sihat Yakult 2025 (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
  2. Tempoh Peraduan: 1 Ogos 2025 – 30 November 2025, sehingga pukul 6.00 petang.
  3. Penyertaan invois yang diterima selepas 30 November 2025, jam 6.00 petang tidak akan diambil kira dalam peraduan ini oleh pihak penganjur.
  4. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.
  5. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma & Syarat sebelum mengambil bahagian.
  6. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah yang menjual minuman probiotik Yakult melalui jualan koperasi, kelab guru ataupun kantin yang terletak di 12 lokasi yang disenaraikan di bawah:
    1. Kedah
    2. Kelantan
    3. Terengganu
    4. Melaka
    5. Negeri Sembilan
    6. Pahang
    7. Pulau Pinang
    8. Perak
    9. Kuala Lumpur
    10. Sarawak
    11. Sabah
    12. Perlis, Putrajaya & Labuan
  2. Pemenang hanya layak tercalon untuk salah satu kategori hadiah sahaja di antara “Juara Jualan Gemilang ” atau “Peminat Setia Yakult”.
  3. Tiga (3) pemenang “Juara Jualan Gemilang” akan dipilih berdasarkan pembelian Yakult yang tertinggi dalam tempoh peraduan.
  4. Tiga (3) pemenang “Peminat Setia Yakult” akan dipilih berdasarkan sekolah yang mencapai markah tertinggi mengikut kriteria di bawah:
    • Markah = Jumlah Pembelian / Bilangan Murid
  1. Peraduan ini terbuka kepada sekolah rendah yang mencatatkan jumlah jualan minuman probiotik Yakult di bawah 10,000 botol antara bulan Ogos hingga November 2024, melalui saluran jualan koperasi, kelab guru, atau kantin yang terletak di 12 lokasi berikut:
    1. Kedah
    2. Kelantan
    3. Terengganu
    4. Melaka
    5. Negeri Sembilan
    6. Pahang
    7. Pulau Pinang
    8. Perak
    9. Kuala Lumpur
    10. Sarawak
    11. Sabah
    12. Perlis, Putrajaya & Labuan
  2. Pemenang kategori “Juara Terunggul” akan dipilih berdasarkan sekolah yang mencatatkan peratusan peningkatan jualan tertinggi, dengan membandingkan jumlah jualan antara bulan Ogos hingga November 2024 dan jumlah jualan dari Ogos hingga November 2025.

Sepuluh (10) sekolah yang mencatatkan peratusan peningkatan jualan tertinggi akan menerima tiga (3) barangan “Merchandise ‘’rasmi Yakult Malaysia yang terpilih.

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah yang menjual minuman probiotik Yakult melalui jualan koperasi, kelab guru ataupun kantin yang terletak di 12 lokasi yang disenaraikan di bawah:
    1. Kedah
    2. Kelantan
    3. Terengganu
    4. Melaka
    5. Negeri Sembilan
    6. Pahang
    7. Pulau Pinang
    8. Perak
    9. Kuala Lumpur
    10. Sarawak
    11. Sabah
    12. Perlis, Putrajaya & Labuan
  2. Pihak sekolah perlu menghantar video ringkas (tak lebih dari 3 minit) atau gambar yang mempamerkan jualan kreatif Yakult yang ada di sekolah.
  3. Pihak sekolah perlu menghantar penyertaan bersama dengan maklumat berikut (Nama Sekolah, Nama Guru dan Nombor Telefon Guru) ke alamat emel: sales@yakult.com.my selewat-lewatnya pada 30 November 2025, 6.00 petang.
  4. Lima (5) pemenang akan dipilih berdasarkan jualan yang paling kreatif, dengan menilai penceritaan yang dihantar dalam format gambar atau video (tidak melebihi 3 minit).