1. Peraduan Misi Sihat Yakult 2025 (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
  2. Tempoh Peraduan: 1 Ogos 2025 – 30 November 2025, sehingga pukul 6.00 petang.
  3. Penyertaan invois yang diterima selepas 30 November 2025, jam 6.00 petang tidak akan diambil kira dalam peraduan ini oleh pihak penganjur.
  4. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.
  5. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma & Syarat sebelum mengambil bahagian.
  6. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah yang menjual minuman probiotik Yakult melalui jualan koperasi, kelab guru ataupun kantin yang terletak di Johor & Selangor.
  2. Pemenang hanya layak tercalon untuk salah satu kategori hadiah sahaja di antara “Juara Jualan Gemilang ” atau “Peminat Setia Yakult”.
  3. Peraduan Juara Jualan Gemilang melibatkan dua (2) kumpulan yang berbeza seperti berikut:
    • Kumpulan A – Sekolah dengan jumlah murid 800 orang atau kurang
    • Kumpulan B – Sekolah dengan jumlah murid 801 orang atau lebih
  1. Tiga (3) pemenang “Juara Jualan Gemilang” akan dipilih berdasarkan pembelian Yakult yang tertinggi dalam tempoh peraduan bagi setiap kumpulan.
  2. Tiga (3) pemenang “Peminat Setia Yakult” akan dipilih berdasarkan sekolah yang mencapai markah tertinggi mengikut kriteria di bawah:
    • Markah = Jumlah Pembelian / Bilangan Murid
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah yang mencatatkan jumlah jualan minuman probiotik Yakult di bawah 10,000 botol antara bulan Ogos hingga November 2024, melalui jualan koperasi, kelab guru ataupun kantin yang terletak di Johor & Selangor.
  2. Pemenang kategori “Juara Terunggul” akan dipilih berdasarkan sekolah yang mencatatkan peratusan peningkatan jualan tertinggi, dengan membandingkan jumlah jualan antara bulan Ogos hingga November 2024 dan jumlah jualan dari Ogos hingga November 2025.
  3. Lima belas (15) sekolah yang mencatatkan peratusan peningkatan jualan tertinggi akan menerima tiga (3) barangan “Merchandise ‘’rasmi Yakult Malaysia yang terpilih.
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah yang menjual minuman probiotik Yakult melalui jualan koperasi, kelab guru ataupun kantin yang terletak di Johor dan Selangor.
  2. Pihak sekolah perlu menghantar video ringkas (tak lebih dari 3 minit) atau gambar yang mempamerkan jualan kreatif Yakult yang ada di sekolah.
  3. Pihak sekolah perlu menghantar penyertaan bersama dengan maklumat berikut (Nama Sekolah, Nama Guru dan Nombor Telefon Guru) ke alamat emel: sales@yakult.com.my selewat-lewatnya pada 30 November 2025, 6.00 petang.
  4. Lima (5) pemenang akan dipilih berdasarkan jualan yang paling kreatif, dengan menilai penceritaan yang dihantar dalam format gambar atau video (tidak melebihi 3 minit).