1. Peraduan Misi Sihat Yakult 2024 (“Peraduan”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
  1. Tempoh Peraduan: 1 Mei 2024 – 31 Oktober 2024
  1. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.
  1. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma & Syarat sebelum mengambil bahagian.
  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.
  1. Bilangan murid yang dinyatakan di dalam terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada senarai jumlah pelajar 2022 yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah yang menjual minuman probiotik Yakult melalui jualan kedai sekolah, kelab guru ataupun kantin yang terletak di 12 lokasi yang disenaraikan di bawah:
    1. Kedah
    2. Kelantan
    3. Terengganu
    4. Melaka
    5. Negeri Sembilan
    6. Pahang
    7. Pulau Pinang
    8. Perak
    9. Kuala Lumpur
    10. Sarawak
    11. Sabah
    12. Perlis, Putrajaya & Labuan
  1. Pemenang hanya layak tercalon untuk salah satu kategori hadiah sahaja di antara “Jual Kaw – Kaw” atau “Penyokong Kuat Yakult”.
  1. Pemenang “Jual Kaw – Kaw” akan dipilih berdasarkan pembelian Yakult yang tertinggi dalam tempoh peraduan.
  1. Pemenang “Penyokong Kuat Yakult” akan dipilih berdasarkan sekolah yang mencapai markah tertinggi mengikut kriteria di bawah:
    • Markah = Jumlah Pembelian / Bilangan Murid
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah di Malaysia yang menjual minuman probiotik Yakult melalui jualan kedai sekolah, kelab guru ataupun kantin.

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah di Malaysia yang baru memulakan penjualan minuman probiotik Yakult melalui jualan kedai sekolah, kelab guru ataupun kantin dalam tempoh peraduan iaitu dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2024.
  1. Pemenang “Rookie” akan dipilih berdasarkan purata markah pembelian yang tertinggi mengikut kriteria di bawah:
    • Purata markah = Jumlah pembelian dalam tempoh peraduan / Bilangan Bulan Pembelian
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah rendah di Malaysia yang menjual minuman probiotik Yakult melalui jualan kedai sekolah, kelab guru ataupun kantin.
  1. Pihak sekolah perlu menghantar video ringkas (tak lebih dari 3 minit) atau gambar yang menunjukkan penceritaan aktiviti jualan minuman probiotik Yakult.
  1. Pihak sekolah perlu menghantar penyertaan bersama dengan maklumat berikut (Nama Sekolah, Nama Guru dan Nombor Telefon Guru) ke alamat emel: sales@yakult.com.my selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2024, 11.59 malam.
  1. Pemenang akan dipilih berdasarkan kaedah jualan yang paling kreatif melalui penceritaan yang dihantar dengan menggunakan format gambar atau video (tak lebih dari 3 minit).