Kempen Usus Sihat, Minda Lagi Hebat 2025 – “Nikmati Musim Cuti Dengan Usus Sihat Bersama Yakult”
- Kempen Usus Sihat, Minda Lagi Hebat 2025 (“Kempen”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
- Tempoh Kempen: 1 Disember 2025 – 31 Disember 2025
- Kempen ini terbuka kepada ibu bapa atau penjaga kepada murid dari sekolah-sekolah terpilih yang terletak di negeri-negeri tertentu di Semenanjung Malaysia, kecuali di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Malaysia Timur.
- Beli produk Yakult dengan pembelian minimum satu (1) pek pada minggu pertama bulan Disember dan teruskan pembelian tersebut selama lima (5) minggu berturut-turut sepanjang bulan Disember melalui Perkhidmatan Penghantaran Yakult ke Rumah (penghantaran secara percuma).
- Peserta yang memenuhi syarat-syarat di atas akan menerima satu (1) Hadiah Misteri Yakult sebagai ganjaran.
- Peserta yang tidak meneruskan pembelian selama lima (5) minggu berturut-turut dalam tempoh kempen ATAU menghentikan pembelian pada pertengahan tempoh kempen akan kehilangan kelayakan untuk menerima Hadiah Misteri Yakult.
- Penghantaran produk Yakult ke rumah akan bermula dan dijalankan sepanjang tempoh kempen, iaitu dari 1 hingga 31 Disember 2025, selama lima (5) minggu.
- Hadiah Misteri Yakult akan dihantar kepada peserta selepas tarikh tamat kempen, iaitu dari 1 Januari 2026 hingga 15 Januari 2026.
- Permintaan Penghantaran Yakult ke Rumah yang diterima selepas 7 Disember 2025 tidak akan diambil kira dalam kempen ini oleh pihak penganjur.
- Pembayaran harus dibuat pada masa penghantaran produk Yakult ke rumah dalam tempoh kempen, melalui kaedah tunai, imbasan kod QR, atau e-dompet.
- Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.
- Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma & Syarat sebelum mengambil bahagian.
- Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.