Ramai yang mungkin tertanya kenapa gula perlu ada dalam setiap botol Yakult? Mungkin, ada juga yang berfikir seperti…sebenarnya, banyakkah kandungan gula dalamnya? Betulkah tidak baik untuk kesihatan?

Sebelum itu, ada tak anda terfikir kenapa Yakult perlu ada gula? Jom kita selidik!

Mengapa Gula Ditambah Dalam Yakult?

Jom ikuti rahsia di sebalik tabir penambahan gula dalam minuman Yakult.

1. Menyeimbangkan rasa masam asid laktik
Shirota strain yang terkandung di dalam Yakult menghasilkan banyak asid laktik semasa proses fermentasi. Laktik asid sebenarnya sangat masam secara semula jadi dan tidak sesuai untuk diminum. Oleh itu, gula ditambah untuk menyeimbangkan rasa masam dan menjadikannya lebih sesuai dan mudah untuk diminum oleh semua peringkat umur. Tanpa tambahan gula, rasa Yakult mungkin akan menjadi terlalu masam bagi kebanyakan orang dan anda mungkin tidak dapat menikmatinya seperti sedia kala.

2. Beri tekstur yang konsisten
Walaupun ini bukanlah faktor utama, gula juga turut menyumbang sedikit kepada tekstur dan  rasa mulut (“mouth feel”) ketika minum Yakult. Jadi, bila anda minum Yakult, perasaan keseronokan itu dapat dirasai! Seterusnya menjadikan Yakult lebih seronok untuk diminum!

Tahukah anda bahawa asid laktik berfungsi untuk menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya di saluran gastrousus. Apabila Shirota strain sampai ke usus, ia akan membiak dan menghasilkan asid laktik yang membuatkan saluran gastrousus menjadi sedikit berasid dan ini menghalang bakteria berbahaya daripada membiak.

Bagaimana Gula Dalam Yakult Mempengaruhi Kesihatan?

Adakah pengambilan gula turut mempengaruhi kesihatan kita? Jom ikuti apakah risiko gula dalam hidangan harian kita.

Kandungan Gula Setiap Hidangan

Yakult Ace mengandungi kira-kira 11.2 gram gula, manakala Yakult Ace Light mengandungi 5.0 gram gula. Jika dilihat, Yakult Ace Light mengandungi 55% kurang gula daripada Yakult Ace. Menurut saranan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saranan pengambilan gula tambahan adalah tidak melebihi 50 gram atau 10 sudu teh sehari1. Jadi, pengambilan Yakult sebotol sehari sudah mencukupi dan tidak melebihi saranan had gula yang ditetapkan!

Risiko Pengambilan Gula Berlebihan

Seperti yang kita tahu, pengambilan gula secara berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan antaranya:

  • Kenaikan berat badan
  • Risiko diabetes jenis 2
  • Masalah gigi seperti kaviti

Namun, pengambilan satu botol Yakult sehari secara umumnya adalah masih dalam had yang selamat. Apa yang penting adalah anda terus mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta melakukan senaman yang berkala.

Manfaat Probiotik dalam Yakult

Adakah anda tahu bahawa probiotik secara umumnya membantu meningkatkan fungsi usus? Ya betul! Shirota strain yang terkandung di dalam Yakult terbukti untuk:

  • Membantu menguatkan usus di mana 80% imuniti berpusat
  • Membantu menyeimbangkan flora usus (mikrobiota usus)
  • Membantu mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit
  • Membantu mengurangkan toksin di dalam badan2

Terdapat sebuah kajian telah dijalankan untuk melihat tindak balas pengambilan Shirota strain terhadap masalah URTI (Upper Respiratory Tract Infection) dalam kalangan pekerja pertengahan umur yang sihat semasa musim sejuk, apabila risiko terkena jangkitan URTI lebih tinggi daripada biasa. Penyelidik berpendapat bahawa mengekalkan sistem imun pertahanan dalam tahap yang normal dapat mengurangkan risiko pernafasan akut. Hasil kajian berikut menunjukkan bahawa pengambilan Shirota strain yang terkandung di dalam setiap botol Yakult setiap hari selama tempoh kajian 12 minggu dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan URTI melalui sistem imun yang kuat!3

Adakah Yakult Sesuai untuk Kanak-Kanak?

Jawapannya ya dan perlu diambil secara sederhana. Sebotol Yakult setiap hari sudah mencukupi untuk mendapatkan manfaat Shirota strain. Namun, perlu diingatkan bahawa kanak-kanak mempunyai had pengambilan gula yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap anak-anak supaya:

  • Pengambilan makanan dan minuman dalam sajian harian perlu dipantau agar tidak melebihi had harian gula secara keseluruhan.
  • Memastikan bahawa satu botol Yakult setiap hari sudah mencukupi untuk keperluan mereka.
  • Bagi kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah, mereka boleh minum Yakult dengan sukatan 1 sudu teh yang dilarut air.

Ibu bapa digalakkan untuk berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik jika mempunyai kebimbangan berkaitan kesihatan atau diet anak mereka.

Yakult Ace Light: Kurang Gula, Tapi Lebih Mahal?

Bagi mereka yang mahu mengurangkan pengambilan gula, Yakult Ace Light adalah salah satu alternatif untuk produk Yakult kerana kandungan gulanya yang lebih rendah (Hanya mengandungi 5.0 gram gula).

Kenapa gula yang kurang tapi harganya lebih mahal?!

Seperti yang dijelaskan pada awal artikel, gula ditambah untuk mengimbangkan rasa masam asid laktik. Bagi Yakult Ace Light, stevia dan maltitol digunakan sebagai pengganti gula untuk mengekalkan keseimbangan rasa tersebut. Kedua-dua bahan ini hampir tidak menyumbang kalori dan hanya memberi faktor rasa sahaja. Yakult Ace Light juga mengandungi polidekstrosa, sejenis serat yang berfungsi sebagai prebiotik untuk menyokong fungsi usus. Penambahan ketiga bahan dalam Yakult Ace Light menjadikannya harganya sedikit mahal berbanding Yakult Ace.

Kesimpulan

Adakah anda masih risau tentang pengambilan gula atau mungkin anda seorang yang gemar mengambil minuman yang kurang gula? Sudah tentu, Yakult Ace Light adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

Yakult ialah minuman susu kultur probiotik yang mengandungi gula namun ia ditambah secara terkawal untuk menyeimbangkan rasa masam semula jadi asid laktik supaya dapat memberi rasa minuman yang menyenangkan kepada semua peringkat umur. Apabila diambil dalam jumlah sederhana sebagai sebahagian daripada diet seimbang, manfaat probiotik Yakult jauh melebihi kebimbangan terhadap gula.

Minum dengan bijak, nikmati dengan yakin. Sebotol sehari untuk usus yang kuat!

Rujukan

  1. Mesej Utama Panduan Diet Malaysia 2020. Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pemakanan. https://hq.moh.gov.my/nutrition/wp-content/uploads/2023/12/BM_MESEJ-UTAMA-PANDUAN-DIET-MALAYSIA-2020.pdf
  2. Ujilestari, Tri & Susilaningrum, Dian & Damayanti, Bernita & Saputri, Maulina & Alfian, Rizal. (2021). The Benefit and The Content of Lactic Acid Bacteria “Lactobacillus casei Shirota Strain” in Yakult. Indonesian Journal of Biology Education. 4. 25. 10.31002/ijobe.v4i1.4027
  3. Shida, K., Sato, T., Iizuka, R., Hoshi, R., Watanabe, O., Igarashi, T., Miyazaki, K., Nanno, M., & Ishikawa, F. (2017). Daily intake of fermented milk with Lactobacillus casei strain Shirota reduces the incidence and duration of upper respiratory tract infections in healthy middle-aged office workers. European journal of nutrition56(1), 45–53. https://doi.org/10.1007/s00394-015-1056-1