Borang Pelepasan Tanggungjawab untuk Aktiviti Fizikal –
Klinik Bola Sepak Yakult Global Challenger
Klinik Bola Sepak Yakult Global Challenger
Borang Pelepasan Tanggungjawab untuk Aktiviti Fizikal – Klinik Bola Sepak Yakult Global Challenger
Saya mengakui dan membenarkan anak saya menyertai Projek yang dianjurkan oleh Yakult Malaysia (“Penganjur”).
Saya ambil maklum bahawa pihak penganjur akan memastikan semua SOP yang ditetapkan dan dipatuhi sebaik mungkin untuk memastikan kesihatan dan keselamatan anak saya terjaga. Walau bagaimanapun, saya memahami bahawa penglibatan anak saya di dalam Projek tersebut tetap akan mendedahkan anak saya kepada beberapa risiko termasuk risiko kerosakan, kecederaan tubuh yang diduga atau tidak diduga, termasuklah kecederaan tubuh yang serius, dan/atau jangkitan virus Covid-19. Dengan pengetahuan ini, dengan rela hati dan tanpa sebarang paksaan, saya mengakui mengambil semua risiko yang berkaitan dengan penglibatan anak saya di dalam Projek yang dinyatakan dan menjamin anak saya dalam keadaan sihat.
Saya juga bersetuju untuk tidak melibatkan pihak Penganjur dengan sebarang dan semua pendakwaan ke atas kerosakan, kecederaan tubuh atau kecederaan tubuh serius, atau jangkitan virus Covid-19 yang berlaku semasa ataupun di luar penglibatan saya dalam aktiviti dinyatakan di atas sama ada berlaku kerana kecuaian atau sebaliknya.
Saya dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi pihak Penganjur dan mana mana pengarah, pegawai, pekerja atau ejen, daripada sebarang dan segala tanggungjawab secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada penglibatan anak saya yang dinyatakan dalam Projek dan mengeluarkan hak saya untuk menegaskan sebarang pendakwaan yang dibenarkan undang-undang secara sepenuhnya terhadap tuntutan, kehilangan, tanggungjawab, kerosakan, saman, penalti, penempatan, perbelanjaan, kos, kecederaan tubuh atau kecederaan tubuh serius, atau jangkitan Covid-19. Saya memahami dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan di dalam borang ini secara sepenuhnya dan di sini memberi keizinan kepada anak saya untuk menyertai Projek di atas.