Penebusan Baucar Tunai (Cash Voucher Redemption Campaign) – Hwa Thai Supermart
- Kempen penebusan baucar tunai (“Kempen”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).
- Tempoh Kempen: 1 Nov 2026 – 30 Nov 2026
- Kempen ini terbuka kepada semua penduduk yang menetap di Malaysia sahaja (“Peserta Layak”).
- Kakitangan penganjur, ahli bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan serta ahli keluarga terdekat tidak layak untuk menyertai kempen ini.
- Beli produk Yakult dengan minimum RM15.00 atau RM20.00 dalam satu transaksi (tertakluk kepada kedai-kedai terpilih sahaja) dalam tempoh Kempen (1 hingga 30 Nov 2026).
- Senarai kedai-kedai yang layak adalah seperti berikut:
- Hwa Thai Supermart ( SKS Mall Selesa Jaya )
- Hwa Thai Supermart ( Kipmall Tampoi )
- Hwa Thai Supermart ( Bestmart )
- Setiap pembelian produk Yakult bernilai RM20.00 yang sah dalam tempoh Kempen layak menebus SATU (1) baucar tunai bernilai RM5.00, atau setiap pembelian produk Yakult bernilai RM15.00 yang sah dalam tempoh Kempen layak menebus SATU (1) baucar tunai bernilai RM 2.00 secara terus dengan promoter Yakult di kedai-kedai terpilih sepanjang tempoh kempen, sementara baucar tunai masih ada. Sekiranya baucar tunai bernilai RM5.00 telah habis ditebus, pihak penganjur akan menggantikannya dengan DUA(2) keping baucar tunai bernilai RM2.00 setiap satu bagi setiap pembelian produk Yakult bernilai RM20.00, tertakluk kepada pembelian yang sah dalam tempoh Kempen.
- Peserta harus menyimpan resit/bukti pembelian asal sebagai bukti penyertaan sehingga penerimaan baucar tunai. Kegagalan peserta untuk mengemukakan resit/bukti pembelian asal sewaktu diminta oleh penganjur akan ditolak dan/atau menyebabkan pembatalan kelayakan penyertaan.
- Resit/bukti pembelian yang tidak jelas dan/atau tidak lengkap akan ditolak oleh penganjur. Segala aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
- Penganjur hanya menerima resit/bukti pembelian produk Yakult yang dibuat di kedai-kedai yang terlibat dalam kempen ini sepanjang tempoh kempen, dan tidak akan menerima sebarang resit/bukti pembelian daripada kedai lain.
- Setiap resit atau bukti pembelian yang dikemukakan untuk tujuan penebusan baucar tunai mestilah daripada satu (1) kedai/cawangan terpilih sahaja. Resit atau bukti pembelian daripada kedai atau cawangan lain, walaupun kedai atau cawangan tersebut turut tersenarai sebagai cawangan terpilih, tidak akan diterima atau dibenarkan untuk tujuan penebusan baucar tunai.
- Baucar tunai yang dimenangi tidak boleh ditukar dan/atau dipindah milik, atau ditebus dengan wang tunai. Tiada penggantian baucar tunai dibenarkan kecuali oleh penganjur dengan alternatif yang sama atau lebih nilainya.
- Tiada had penebusan bagi setiap peserta sepanjang tempoh kempen. Penyertaan palsu atau berulang akan dibatalkan dan tidak akan dilayan.
- Penyertaan yang diterima selepas 30 Nov 2026 dianggap terbatal dan tidak akan dilayan oleh penganjur.
- Penebusan baucar tunai dibuka sehingga 30 Nov 2026 (Isnin), sementara baucar tunai masih ada. Segala penebusan baucar tunai selepas 30 Nov 2026 tidak akan dilayan.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.
- Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca terma dan syarat sebelum mengambil bahagian.
- Dengan menyertai Kempen ini, peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.
- Waktu penebusan baucar tunai adalah pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, dari jam 12:00 tengah hari hingga 7:00 petang. Penebusan adalah melalui promoter Yakult Sahaja.