Kenali sistem imun badan

Terdapat banyak bakteria dan virus di sekeliling kita yang berpotensi untuk masuk ke dalam badan melalui hidung atau mulut apabila kita sedang bernafas atau makan. Selesema, batuk dan bersin merupakan sebahagian daripada mekanisme untuk melawan bakteria, virus dan bendasing yang menyerang badan. Badan kita juga mempunyai imuniti yang boleh membezakan antara tubuh badan dan bendasing, lalu bertindak menghapuskan bendasing tersebut untuk tujuan perlindungan. Sistem pertahanan ini dikenali sebagai sistem imun badan.

Tanpa sistem imun, mustahil kita dapat melawan musuh berbahaya yang menyerang dari luar mahupun dari dalam badan.

Tiga tugas utama sistem imunisasi ialah:

  • Melawan kuman penyebab penyakit (patogen) seperti bakteria, virus, parasit, kulat, seterusnya menyingkirkan mereka dari badan
  • Mengenal pasti dan meneutralkan bahan berbahaya dari persekitaran, dan
  • Melawan bendasing yang terhasil di dalam badan setiap hari, contohnya sel kanser

Hubungan antara usus manusia dan sistem imunisasi badan

Peranan usus manusia tidak terhad kepada penghadaman dan penyerapan nutrien sahaja. 70% dari sel imun kita berada di dalam usus, menjadikannya sebagai organ imun manusia yang terbesar dalam badan. Sel imun yang mati akan digantikan semula dengan sel yang baru setiap hari. Pada peringkat awal, sel imun ini masih belum mampu untuk berlawan, namun menjadi kuat setelah sering terdedah kepada bakteria, virus dan sel kanser dalam badan. Memandangkan pelbagai jenis bakteria hidup di dalam usus, maka bakteria usus menjadi medium kepada sel imun untuk membiasakan diri melawan patogen yang mungkin menyerang badan kelak.

Tompok Peyer dan tisu limfoid yang menjadi tempat musuh kepada badan dan sel imun bertemu, juga berada di dalam usus. Bukan itu sahaja, tisu imun yang unik iaitu tisu limfoid berkait usus (gut-associated lymphoid tissue: GALT) turut dihasilkan dalam organ yang sama. Ringkasnya, usus bukan sahaja menghadam makanan dan menyerap nutrien, tetapi merupakan organ imun terbesar di dalam badan.

Kajian saintifik telah menunjukkan pengambilan probiotik dapat meningkatkan daya tahan badan terhadap bakteria dan virus yang berbahaya di dalam usus, serta mengurangkan pembentukan tumor. Probiotik turut terbukti berupaya mengurangkan simptom alahan dan mengurangkan risiko jangkitan yang berpunca daripada bakteria dan virus berbahaya.

Langkah pencegahan – probiotik

Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi, memberikan faedah kesihatan kepada hos. Probiotik merupakan mikroorganisma yang mesra dan berfaedah serta boleh dijumpai di dalam usus manusia secara semulajadi.

Kini, ramai memilih untuk mengambil probiotik berbentuk kapsul ataupun serbuk yang mudah didapati dari farmasi sebagai suplemen kesihatan mereka. Selain dalam bentuk suplemen, probiotik juga boleh diperolehi melalui makanan dan minuman. Makanan yang melalui proses fermentasi seperti yogurt, minuman probiotik atau susu kultur, kimchi, tempeh dan miso ialah beberapa contoh sumber yang kaya dengan probiotik.

Pelbagai kajian yang dilakukan telah berjaya membuktikan manfaat probiotik terhadap kesihatan manusia. Antara manfaat probiotik termasuklah membantu dalam penurunan berat badan, menjadikan sistem penghadaman lebih baik, meningkatkan sistem imunisasi badan, serta mengurangkan risiko kanser dan penyakit-penyakit lain. Walaupun terdapat pelbagai strain probiotik yang dijual di pasaran, adalah penting untuk anda mengetahui jenis strain yang diambil untuk mengenal pasti faedah kesihatan yang akan diperolehi melalui pengambilan strain tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengiktiraf faedah probiotik dalam bentuk makanan dan minuman  di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 281) pada tahun 2017. Probiotik juga diakui boleh memperbaiki fungsi usus secara menyeluruh, sekaligus meningkatkan sistem imuniti.

Lihat Akta Makanan 1983 (Akta 281) pada 2017) – pautan PDF

L.casei Shirota strain ialah bakteria probiotik Yakult

Walaupun mudah didapati di mana-mana farmasi, harga probiotik berbentuk kapsul atau serbuk mungkin tidak begitu berpatutan bagi sesetengah pihak. Yakult ialah sejenis minuman probiotik yang diasaskan oleh seorang doktor dari Jepun, Dr. Minoru Shirota, pada tahun 1935. Beliau telah mencipta minuman susu kultur ini dengan menggunakan strain probiotik yang unik iaitu Lactobacillus casei Shirota strain yang bukan sahaja mampu bertahan dalam jus pencernaan malah mampu hidup sampai ke usus.

L. casei Shirota strain atau lebih dikenali sebagai Shirota strain merupakan salah satu strain probiotik yang sering dikaji dan terbukti secara saintifik memberi kesan positif terhadap kesihatan manusia. Shirota strain berfungsi mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan bakteria berbahaya di dalam usus, melancarkan pergerakan usus untuk mencegah sembelit dan cirit-birit serta mengurangkan toksin dalam badan. Kajian juga telah menunjukkan bahawa sistem imuniti badan kita berpusat di usus, dan usus yang kuat dapat menguatkan imuniti badan serta secara tidak langsung, mengurangkan risiko kanser. Setiap botol Yakult mengandungi lebih daripada 30 bilion (3×1010) Shirota strain untuk membantu menjaga kesihatan usus dan meningkatkan sistem imun badan.

Shirota strain meningkatkan fungsi sel imun – sel Pembunuh Semulajadi (Natural Killer cells)

Sel Pembunuh Semulajadi (sel NK) memainkan peranan yang penting dalam pembentukan imuniti semulajadi. Sel ini wujud di seluruh badan dan bertindak mengesan sel kanser ataupun sel yang telah dijangkiti virus lalu memusnahkan mereka dengan segera.

Kadar kekuatan sel NK menyerang sel kanser ataupun sel yang telah dijangkiti virus dinamakan sebagai aktiviti sel NK. Aktiviti sel NK ini menjadi pengukur terhadap tahap kekuatan imun seseorang.

Selain itu, aktiviti sel NK juga dipengaruhi oleh beberapa faktor.

1. Penuaan

Golongan yang berusia 60 tahun ke atas mempunyai aktiviti sel NK yang lebih rendah berbanding mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

2. Gaya Hidup 

Amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pemakanan tidak seimbang, kurang tidur, tekanan, pengambilan alkohol yang berlebihan, dan kurang bersenam boleh mengundang masalah obesiti. Masalah obesiti berkait rapat dengan sistem imun badan yang lemah.

Terdapat satu kajian yang telah dijalankan di Jepun melibatkan 105 orang peserta lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 59 tahun. Para peserta terlibat yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat mencatatkan aktiviti sel NK yang tertinggi, dan lebih tinggi dari kumpulan yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Morimoto K., et al. (2001)