1. Kempen Beli & Menang Surprise RaYakult (“Kempen”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).

2. Tempoh Kempen: 1 April 2022 – 30 April 2022

KELAYAKAN

3. Kempen ini terbuka kepada semua penduduk yang menetap di Malaysia sahaja (“Peserta Layak”). Peserta di bawah umur 18 tahun pada 1 April 2022 menurut Kad Pengenalan/Pasport boleh menyertai Kempen ini dengan kebenaran ibu bapa/penjaga. Dengan menyertai Kempen ini, ibu bapa/penjaga peserta bawah umur 18 tahun dianggap memberi kebenaran untuk menyertai Kempen ini serta telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat ini.

4. Kakitangan Penganjur, ahli bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan serta ahli keluarga tidak layak menyertai Kempen ini.

KAEDAH PENYERTAAN

5. Kempen terbahagi kepada DUA (2) segmen. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak harus memenuhi kriteria berikut:

A) PENEBUSAN
i) Beli produk Yakult dengan minimum 30 botol dalam satu resit dari mana-mana pasar raya (GMS), booth jualan, Wanita Yakult atau rakan e-dagang rasmi Yakult Malaysia.
ii) Setiap pembelian 30 botol layak bagi SATU (1) penebusan untuk SATU (1) kotak misteri Yakult, sementara stok masih ada.
Kandungan kotak misteri sama ada: kurma ATAU kuih tradisi ATAU sampul Raya eksklusif ATAU TnG e-wallet.
iii) Peserta boleh menebus kotak misteri daripada Wanita Yakult atau Promoter Yakult.
iv) Bagi pembelian dalam talian, dan/atau pasar raya (GMS) tanpa Promoter Yakult, Peserta boleh mengimbas kod QR yang dipapar pada iklan Kempen untuk menebus kotak misteri.
v) Peserta mesti menyimpan semua resit asal/e-resit sebagai bukti pembelian sehingga penebusan kotak misteri.

B) TEROPONG DAN MENANG
i) Imbas kod QR pada kad di dalam kotak misteri untuk sertai.
ii)Tonton video dan cari klu untuk mendapatkan jawapan.
iii) Hantarkan jawapan berserta maklumat peribadi yang lengkap di laman mikro yang boleh diakses melalui laman web Yakult Malaysia (https://yakult.com.my)
iv) Setiap penyertaan yang sah layak menyertai cabutan bertuah. 20 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu menggunakan Sistem Cabutan Berkomputer sepanjang tempoh Kempen.
Minggu Pertama: 1 April – 7 April 2022 (20 pemenang)
Minggu Kedua: 8 April – 14 April 2022 (20 pemenang)
Minggu Ketiga: 15 April – 21 April 2022 (20 pemenang)
Minggu Keempat: 22 April – 30 April 2022 (25 pemenang)
v) Setiap Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan namun hanya layak untuk memenangi SATU (1) hadiah ketika pemilihan pemenang setiap minggu. Penyertaan spam tidak akan dilayan.

6. Tiada had penebusan dan penyertaan bagi setiap Peserta sepanjang tempoh Kempen. Penyertaan palsu atau berulang akan dibatalkan dan tidak akan dilayan.

7. Penebusan dan penyertaan yang diterima selepas tempoh Kempen dianggap terbatal dan tidak akan dilayan.

8. Hadiah akan dihantar kepada Pemenang Layak mengikut butiran yang diberi. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan hadiah semasa penghantaran, serta penghantaran hadiah ke alamat yang salah disebabkan oleh kegagalan Peserta memberi butiran yang betul.

9. Kegagalan memberikan nombor siri/resit/e-resit asal sebagai bukti penyertaan untuk Kempen Segmen A apabila diminta oleh Penganjur akan menyebabkan hilang kelayakan dan hadiah akan ditarik balik.

HADIAH

10. Hadiah untuk dimenangi adalah seperti berikut:
Minggu Pertama: 20 × barangan elektrik
Minggu Kedua: 20 × barangan elektrik
Minggu Ketiga: 20 × peralatan sajian eksklusif Le Creuset
Minggu Keempat: 25 × peralatan sajian eksklusif Le Creuset

11. Hadiah tidak boleh ditukar dan/atau dipindah milik, atau ditebus dengan wang tunai. Tiada penggantian hadiah dibenarkan kecuali oleh pihak Penganjur dengan alternatif yang sama atau lebih nilainya.

TERMA DAN SYARAT UMUM

12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.

13. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap bersetuju akan membela Penganjur dari sebarang liabiliti. Penganjur tidak akan menanggung segala tuntutan undang-undang, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin berlaku akibat penyertaan Kempen.

14. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma & Syarat sebelum mengambil bahagian.

15. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, serta tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.

16. Sekiranya berlaku sebarang ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat dan mana-mana pengiklanan Kempen, publisiti dan bahan lain berkaitan dengan Kempen ini, Terma dan Syarat yang telah dinyatakan harus diamalkan.

17. Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan semua pihak bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

18. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-88-8960 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau layari laman web kami di www.yakult.com.my.