KEMPEN BELI & MENANG (SEMARAK RAYAKULT 2024)

TERMA & SYARAT

1. Kempen Beli & Menang Semarak Rayakult 2024 (“Kempen”) dianjurkan oleh Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Penganjur”).

2. Tempoh Kempen: 4 Mac 2024 – 7 April 2024

KELAYAKAN

3. Kempen ini terbuka kepada semua penduduk yang menetap di Malaysia sahaja (“Peserta Layak”). Peserta di bawah umur 18 tahun pada 4 Mac 2024 menurut Kad Pengenalan/Pasport boleh menyertai Kempen ini dengan kebenaran ibu bapa/penjaga. Dengan menyertai Kempen ini, ibu bapa/penjaga peserta bawah umur 18 tahun dianggap memberi kebenaran untuk menyertai Kempen ini serta telah membaca dan bersetuju kepada Terma dan Syarat ini.

4. Kakitangan Penganjur, ahli bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan serta ahli keluarga terdekat tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

KAEDAH PENYERTAAN

5. Kempen terbahagi kepada DUA (2) segmen. Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak harus memenuhi kriteria berikut:

A) PENEBUSAN

i) Beli produk Yakult dengan minimum 20 botol dalam satu transaksi dari mana-mana Yakult Lady, atau beli produk Yakult dengan minimum 20 botol dalam satu resit dari mana-mana rakan e-dagang rasmi Yakult Malaysia, pasar raya, kedai barangan am termasuk kedai runcit, kecuali kedai atau koperasi di bawah sekolah, kantin dan Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM).

ii) Setiap pembelian 20 botol layak bagi SATU (1) penebusan untuk SATU (1) set sampul Raya eksklusif, sementara stok masih ada.

iii) Peserta boleh menebus set sampul Raya eksklusif daripada Yakult Lady atau Promoter Yakult.

iv) Bagi pembelian dalam talian, dan/atau pasar raya (GMS) tanpa Promoter Yakult, Peserta boleh mengimbas kod QR yang dicetak pada iklan Kempen untuk menebus set sampul Raya eksklusif secara atas talian dari 4hb Mac 2024 hingga 8hb April 2024, 5.00pm.

v) Peserta mesti menyimpan semua resit asal/e-resit sebagai bukti pembelian sehingga penebusan set sampul Raya.

vi) Penghantaran nombor siri unik pada sampul Raya melalui WhatsApp/SMS untuk penebusan atas talian melalui laman web Penganjur adalah dari 1hb April 2024 hingga 8hb April 2024, 5.00pm.

B) CABUTAN BERTUAH

i) Imbas kod QR pada set sampul Raya, jawab soalan yang ditanya, isikan nombor siri sampul Raya dan butiran yang diperlukan di laman mikro yang boleh diakses melalui laman web Yakult Malaysia (http://www.yakult.com.my) bermula dari 4hb Mac 2024 hingga 8hb April 2024.

ii) Setiap nombor siri layak untuk SATU (1) penyertaan. Setiap penyertaan yang sah layak untuk cabutan bertuah mingguan.

iii) 100 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu menggunakan Sistem Cabutan Berkomputer sepanjang tempoh Kempen.

iv) Hanya Peserta yang menjawab soalan dengan jawapan yang tepat layak menyertai cabutan bertuah hadiah utama.

v) Peserta mesti menyimpan nombor siri sampul raya yang asli sebagai bukti penyertaan sehingga penebusan hadiah.

6. Tiada had penebusan dan penyertaan bagi setiap Peserta sepanjang tempoh Kempen. Penyertaan palsu atau berulang akan dibatalkan dan tidak akan dilayan.

7. Penebusan dan penyertaan yang diterima selepas tempoh Kempen dianggap terbatal dan tidak akan dilayan.

8. Pemenang cabutan bertuah mingguan akan diumumkan pada laman sosial Penganjur pada:

Minggu Pertama – 13hb Mac 2024
Minggu Kedua – 20hb Mac 2024
Minggu Ketiga – 27hb Mac 2024
Minggu Keempat – 3hb April 2024
Minggu Kelima – 17hb April 2024

9. Pengumuman pemenang hadiah utama akan diumumkan dalam masa 10 hari bekerja selepas tamat tempoh Kempen.

10. Hadiah akan dihantar kepada Pemenang Layak mengikut butiran yang diberi. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ralat dan kegagalan penghantaran hadiah ke alamat atau nombor telefon disebabkan oleh kegagalan Peserta memberi butiran yang betul dan lengkap.

11. Pin tambah nilai e-dompet Touch n Go akan dihantar kepada Pemenang melalui aplikasi WhatsApp atau SMS berdasarkan nombor telefon yang diberikan semasa mengisi borang cabutan bertuah. Penganjur tidak akan menghantar pin tambah nilai semula jika nombor telefon yang diberikan tidak betul atau tidak lengkap.

12. Kegagalan memberikan nombor siri/resit/e-resit asal sebagai bukti penyertaan apabila diminta oleh Penganjur akan menyebabkan hilang kelayakan dan hadiah akan ditarik balik.

HADIAH

13. Hadiah untuk dimenangi setiap minggu adalah seperti berikut:

Hadiah: 100 X RM 100 Tambah nilai e-dompet Touch n Go

14. Hadiah utama untuk dimenangi adalah seperti berikut:

5 X Botol Mini Emas 916 Yakult (~5g)

15. Hadiah tidak boleh ditukar dan/atau dipindah milik, atau ditebus dengan wang tunai. Tiada penggantian hadiah dibenarkan kecuali oleh pihak Penganjur dengan alternatif yang sama atau lebih nilainya.

TERMA DAN SYARAT UMUM

16. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu.

17. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap bersetuju akan membela Penganjur dari sebarang liabiliti. Penganjur tidak akan menanggung segala tuntutan undang-undang, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin berlaku akibat penyertaan Kempen.

18. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Sila baca Terma & Syarat sebelum mengambil bahagian.

19. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen, serta memberi kebenaran kepada Penganjur dan syarikat bersekutu untuk menggunakan semua maklumat yang diperolehi daripada Kempen, seperti, data biografik dan penyertaan bertujuan, termasuk, secara tidak terhad, untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, atau promosi untuk selama-lamanya, di mana-mana dan semua media yang dikenali sekarang atau selepas ini, tanpa sebarang pampasan, kecuali dilarang di sisi undang-undang.

20. Sekiranya berlaku sebarang ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat dan mana-mana pengiklanan Kempen, publisiti dan bahan lain berkaitan dengan Kempen ini, Terma dan Syarat yang telah dinyatakan harus diamalkan.

21. Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan semua pihak bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

22. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-88-8960 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau layari laman web kami di www.yakult.com.my.